Sunday, June 12, 2011

Panas Di Kem Kelantan, Pemain Bidas Karathu


Tewas aksi final selepas mendahului hingga minit akhir permainan, sememangnya hakikat yang perit untuk diterima, namun bagi sesetengah pemain Kelantan, ia tambah menyakitkan melihat jurulatih yang berpengalaman luas seperti Datuk M.Karathu pincang dari segi taktikal, formasi dan pemilihan kesebelasan utama pemain. 

Semakin ramai pula yang meluahkan kekecewaan, dan berpendapat keputusan perlawanan mungkin sebaliknya jika Karathu lebih bijak membuat percaturan. 

SS : Betul ke Karathu tiada variasi, idea tak berkembang? SS tak tahulah nak kata apa. Kalau dilihat setiap game, trend dia sama, adakah dia ni takut untuk cuba sesuatu yang baru, takut buat keputusan, dan player kena ikut jer cakap dia? "tengoklah pertukaran pun minit ke-90 baru nak buat, apa faedah? adakah peranan pemain simpanan ni sekadar nak lengahkan masa? Kalau ada 20 minit lagi pemain dah letih mintak suruh tukar, dia tunggu dua minit nak habis baru nak tukar, trend tak pernah lari.." . p/s - patutlah kalah dengan bekas anak murid (irfan). – Pemain 1.

SS : Ada ramai player berkaliber di dalam pasukan, tapi stick to one set of player, takkan sampai bila-bila pun tak nak diorang main? tak kisah la, mungkin diorang boleh jaga kerusi simpanan, takut kena curi ke. Tidak mustahil ramai yg akan mula tawar hati, dan merasakan takde masa depan dah kat sini (kb). "posisi saya oklah memang ramai boleh main, tapi posisi lain? dah nama pun final, crowd ramai, tekanan kuat, atmosphere dia lain, sepatutnya guna pemain berpengalaman, pemain berpengalaman tahu macam mana nak handle situasi, kita ada 20 player skuad utama yg training hard..". p/s : betul juga, tapi kalau 11 pemain yang main first eleven dah diset awal-awal ikut citarasa orang tertentu, training macam mana pun anda takkan terpilih. – Pemain 2.

“sabar jer la bro, bukan malam kita..". SS : Statement pendek, tapi kalau bukak mulut mungkin banyak benda nak cakap. benarkah tanggapan bahawa coach kena turunkan pemain berpengalaman? "saya tak boleh komen, mungkin betul tapi takut coach pula takleh trima, dia jurulatih, kita player, mmg kita kena ikut cakap dia..". p/s : memang kecewa tak dapat lihat pemain ini beraksi, dia turut bantu team mara ke final, pastinya ingin juga merasa suasana final tapi last-last duk kat bench, tapi cukuplah, komen banyak-banyak bukan boleh ubah keadaan. –Pemain 3.

SS : ada berpendapat Ramzul sepatutnya bagi main first, Izuan atau Nizad second. Tapi kalau kita cakap, ada pula yang kata kita nk tunjuk pandai lebih dari coach, tapi itu basic knowledge dia patut ada. "kalau PLAN A, PLAN A la sampai habis, takde PLAN B. pemain ramai yang tak menjadi, kenapa tak tukar bila dah masuk 20 minit terakhir, nak tunggu last minit tu kenapa?..". p/s: kalau diikutkan hati, nampaknya ramai dah yg tawar ati dengan dia, yelah dia lebih percayakan budak yang main 2 game, dari pemain yang dah main bertahun-tahun. – Pemain 4.

SS : adakah betul penilaian player, coach sathia jauh lebih bagus, dan tahu siapa lebih layak main, dan siapa tidak. even taktikal sekarang pun banyak dibantu coach sathia yg banyak bagi idea kat dia dari belakang tabir? "nak SWAP player pun tak pandai nak cakap apa lagi. Bagi dia, defend utk ganti defend, mid ganti mid, striker ganti striker, pernah tengok tak dia tukar mid ngn striker, atau pemain defensif ganti pemain atas? Atau pemain sayap tolak pergi atas jadi striker? Kalau ada tu arahan abg hashim (Mustapha), bukan arahan dia..”. p/s : nak juga tengok pemain Kelantan beraksi di pelbagai posisi, versatile. – Pemain 5.

Nordin, foto : Bernama
Diteliti semula, cakap mereka ada betulnya. Umpamanya dari aspek pertukaran pemain, apakah peranan pemain gantian sekadar melengahkan masa? Cuba lihat apa yang dilakukan Irfan Bakti, beliau mengeluarkan tiga pemain, dan kesemua tiga pemain yang dimasukkan menyumbang peranan penting di dalam kemenangan bergaya Terengganu, termasuklah penjaring gol kemenangan, Ahmad Nordin Alias.

Nordin sebelum itu masuk menggantikan pemain kebangsaan, Ismail Faruqi Ashaari, satu percaturan berisiko tinggi oleh Irfan, yang membuahkan hasil, tapi tidak berani dilakukan Karathu. Karathu seolah takut untuk mengeluarkan Badri Razi atau Shakir Shaari lebih awal, walaupun aksi mereka jelas tidak di tahap sebenar.

*Analisa adalah dari sudut pandang penulis sebagai wartawan, mungkin ada yang setuju dan tidak bersetuju. Bukan untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi dengan harapan adanya penambahbaikan. Kepada yang menang, tangguhkan dulu pesta anda, perjalanan masih belum tamat, kepada yg tewas, segeralah bangkit memadam kecewa, sesuatu yg lebih besar menanti.*

52 comments:

Naelah al-farafisyah said...
This comment has been removed by the author.
pjoe said...

Salam,
Pendapat peribadi kawe; player tak seharusnya letakkan kesalahan kepada coach semata-mata. This is final.. and as we know.. it is a different ball game. Walaupun sangat obvious coach menggunakan hampir semua player sama ketika menang di KT & taktikal hampir 90% sama. Tak dapat dinafikan 1st half semalam Kelate tak dapat bermain our own style of football. Simple passing & controlling possession. Kita dinafikan kemenangan bukan kerana taktikal genius Terengganu tapi kepincangan idea & sikap sambil lewa. Bagi kawe, bukan salah coach 100%... player juga harus pikul 'beban' itu. Jangan menunding jari ke 1 sama lain. Coach tu umpama nakhoda kapal TRW...

egypt85 said...

ntah...pening ngn karathu...cmfirm musim depe dio xlatih kelate lg..syabas Bro Aiman,1 pendedahan y berani..kalu boleh DEDAHKAN lg kepincagan Team Kelate ni...Nmpak dr Luar semau PERFECT tp hakikatnye.......ALLAH saje y tau..Kalu saya jd player pun sya tramat kecewa sgt2..Harap byk lg artikel sperti ni,biar "sedar" ckit..

anti-mercun! said...

saya setuju dgn pendapat pjoe..seharusnya pemain2 kelantan tdk hrus meletakkan kesalahan di bahu jurulatih..maaf admin artikel ini adalah artikel yg pling saya tdk suka sepnjg web suara sukan ditubuhkan..krn boleh mengaibkan jurulatih serta maruah yang ada pada DATUK M.KARATHU..maaf admin adakah anda tdk suka DATUK M di Kelantan shingga anda menulis artikel ini..pendedahan ini sbnrnya mndedahkan kelemahan pemain2 Kelantan itu sndri dan bkn jurulatih krn pemain2 tdk memahami corak yg diterapkan coach M..Shrusnya mreka menuding jari pada mreka sndri krn brmain dgn begitu lewa setelah leading 1-0..inilah bola sepak msia admin..slalu cari alasan yg xptut setelah kalah..ape pun minta maaf jika trkasar bhasa..dan sye hrap anda tdk membangkitkan lgi soal ini..tq

Alexis Aiman said...

saya hargai semua komen diberi, masing-masing ada pendapat sendiri.

ditegaskan di sini, suara sukan adalah untuk menyuarakan apa yang disuarakan oleh peminat, pemain, bekas atlet, atau sesiapa sahaja, selain kupasan SS sendiri melalui pemerhatian.

saya nak tanya bro anti mercun, apakah salah menulis perkara betul, atau dalam kata lain apabila ia berkaitan kepincangan/kelemahan pasukan kelantan maka ia tidak boleh ditulis? suara sukan, adalah laman untuk semua, utk 1malaysia, walaupun saya orang kelantan saya tidak boleh bersikap bias dalam penulisan.

adalah tidak beretika apabila tulis pasal kebangkitan kelantan, semua nak puji, bila kritik sikit terus kata inilah artikel pali g tidak best. dulu saya pernah tulis pasal devan, takde plak sape2 tanya adakah saya ni anti-devan.

bila tulis pasal kekalahan, pemain pun ada hak mereka untuk bersuara, dan menjadi tugas kami untuk menyampaikan. kami takk boleh pilih, benda ni boleh tulis, benda ni tak boleh tulis, maksudnya kita tidak bersikap jujur dalam menyampaikan berita, 100 artikel SS mengangkat bolasepak Kelantan, 1 artikel sahaja pasal karathu, terus dilabel saya anti-karathu?

apa pula pendapat peminat pasukan lain, bukankah mereka akan cop SS ni 'lidah rasmi kelantan' kalau berita ini walaupun benar tapi tidak disampaikan, tapi berita buruk pasukan lain, cepat sahaja ditulis? fikir-fikirkan, anda minta sy tidak membangkitkan soal ini, padahal ini adalah luahan pemain. so, rasional ke? lambat laun akan sampai ke pengetahuan media lain, masa tu mungkin anda boleh suruh Metro, Bharian, Arena, TV3 tidak memainkan isu ini...apapun setiap pandangan saya hargai, memberi ruang memperbaiki kesilapan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dengan baki 2 perlawanan lagi dan selangor serta terengganu berpeluang untuk menggugat kelantan di takhta liga, kawe melihat laporan ini seperti suatu perang saraf untuk melemahkan mental kem kelantan. pada saat getir seperti ini kelantan memerlukan kekuatan mental dan perpaduan yang utuh dikalangan pemain, jurulatih dan pengurusan untuk memastikan gelaran juara liga super yg sudah dalam sebelah tangan daripada terlepas ke negeri lain. pada kawe, laporan ini tidak tepat pada masanya selain boleh diragui ketepatannya berikutan blog ini pernah melaporkan suatu kenyataan yang kononnya daripada indra putra tapi dengan pantas dinafikan oleh beliau. apa pun tujuan laporan ini, yang pasti peminat kelantan tidak mengharap suatu laporan seperti ini, biarkan masalah dalaman pasukan (jika ada) diselesaikan secara dalaman.

Sack Karathu said...

Tak kira apa lalang nak kata.. Sebenarnya memang Karathu bukan tactical base coach, lebih kepada passion base.. Bersabar dikala pemain x menunjukan kemampuan sebenar dan mengharapkan keajaiban atau kesalahan pihak lawan untuk menang. Masih x kenal kemampuan pemain walau dah lama bersama mereka. Dalam sesetengah game passion base berjaya(macam kat KT, piya x bagus pada 1st half tapi menjadi pada 2nd half). Semalam Piya sepatutnya ditukarkan 30-25 minit sebelum penamat tapi masih di beri peluang dan ia memakan diri. TRW ada ramai pemain yang boleh diturunkan dan boleh menjalankan tugas dengan baik, kenapa nak stick ngan player yang sama jer?

Anonymous said...

dengan tactical seperti tu la kelantan berjaya ke final (dan hampir menang) dan dengan taktikal seperti itu juga kelantan sedang mendahului liga super dgn berbaki 2 perlawanan. andai anda rasa diri lebih berkelayakan maka lobi saja diri anda untuk menjadi jurulatih kelantan tahun depan. dan jika kelantan menang semlm, pasti tiada siapa akan menyalahkan taktikal dato' karathu...dan yang pasti, tiada pemain dan peminat MU menyalahkan ferguson kerana kalah dalam final champions league..

Anonymous said...

Yang komen kat atas tow.. ko pegi page TSAM ko cari post dia selepas kelantan kena belasah di Perak.

Dah jumpa ko bagi tau.. betul ke kerana tactical karathu TRW sampai ke Final dan sedang leading Liga.

anti-mercun! said...

saya minta maaf admin jika komen dan pandangan sye keterlaluan..tapi artikel ini secara tdk lgsung akn membuatkan khususnya peminat memandang serong trhdap datuk karathu..bahkan imej dan maruahnya akn jatuh tergolek..admin anda xsalah dlm penulisan ini tetapi apa yg sye tekankan di sini kesan negatif yg akn brlaku secara keseluruhan kpd bola sepak Kelantan tntg kelemahan datuk karathu..sekali lagi admin sye ingin minta maaf byk2..sblm ini sye selalu membaca artikel dan kerap juga mengunjungi blog ini tnpa memberi komen tpi kali ni sye ingin luahkan pndangan sye trhdap artikel ini..mendedahkan kelemahan bola sepak kelantan tak salah tpi sye cuma bmbg jika berlaku kesan negatif hasil drpd artikel ini..WALLAHUALAM..tq admin krn memberi maklum balas..

Nik Zulkhairi said...

salam SS. tima kasih lg skali, kalau tak memang tak sampai stadium kawe mlm tadi. beberapa perkara berbangkit:

1. memang tak dpt dinafikan secara taktikal datuk k tak sedinamik abe ya, sedikit konservatif. formasi & line up x ambil kira taktikal pihak lawan.
2. dlm beberapa position, ada gap yg besar antara pemain utama & reserve. contoh: nizad ganti mat yo?
3. taktik lengah masa makan diri.

tapi,

TRW leading liga, masuk final fa cup, jaringan paling tinggi, bolos kedua rendah, leading kasut emas..

still player nak blame datuk k?

pjoe said...

kudos Aiman, dari skop journalism you have done a great job. kawe dah lama follow blog demo. kenapa? sebab demo 'unbiased' dalam memberikan laporan serta temuramah eksklusif yang kadangkala tak ada dalam medium media lain (yang kebanyakkannya menyediakan kolum sebesar tapak tangan untuk bolasepak tempatan).

to anti-mercun, kawe faham.. demo ambil berat dengan pasukan kito.. tapi maaflahla deh.. mitok jangan menyinggung @ buat assumption bukan2 kepada penulis blog ini.

kita samo2 nok tengok TRW bangkit semula. Fasa begini memang sangat sukar bagi player, coach, manager & juga fans. We must stick together.. jangan jadikan perbezaan kita sebagai 'senjata' pihak lawan menjatuhkan kita.

to aiman, keep up the good work bro!

kasimselamat said...

kita telan samada yang pahit atau manis..... luahkan pandangan anda ... jgn disimpan.... tq bro aiman...

anti-mercun! said...

Thanks Pjoe sebab demo pahe hok kawe royak tu..mmg sye sbg peminat trw tdk menginginkan prkara2 buruk brlaku pd pasukan spaya trw terus maju ke hadapan dan tdk menoleh kebelakang lagi.to AIMAN sye bnar2 mnta maaf jika komen sye buat anda trsinggung dan kecil hati..tpi sye tetap brhrap yg Datuk M akan kekal di Kelate dan hrap trw terus maju!INSYALLAH..

Alexis Aiman said...

sorry lah kalau ada yg berpendapat entri ini tidak kena pada masa.
ya saya akui mmg betul ia mungkin menjatuhkan moral pemain atau mental dalam pasukan, and we just hope for the best. sebagai contoh, daudsu, dia tanduk masuk gol sendiri, semua cakap bukan salah dia, dia tak tanduk pun konfirm masuk, betul ke? ada tengok ulang tayang? saya sendiri tak salahkan dia, dia terbaik, tapi KOSMO kata terima kasih daudsu.

so, dia salah atau tidak salah, moral dia tetap down, sama macam ni, pokok ceritanya adalah moral down, Karathu akui pemain moral down, Tan Sri akui moral down, so moral tetap down diorang baca atau tidak story ini, dan cabaran bagi mereka adalah untuk bangkit!

kepada yg suka pertikai kesahihan tu, termasuk anonymous 6;29pm, terima kasih kerana mengingatkan kepada kes Indra Putra, kalau anda tak lupa, anda rasa saya lupa ke? apa masalah sebenarnya dengan anda, OH, kalau saya tulis benda baik tentang kelantan, shakir masuk national team, daudsu berbisa, awe nak gegar bukit jalil, ramzul minta bagi masa, norshahrul janji skor, apek pecah rekod, semua tu berita boleh dipercayai, taknak pertikai tepat ke tak, tapi bila saya tulis benda ni terus awak hebahkan kata takleh percaya la apa, diraguilah.

OK, sekarang kalau saya buktikan player ada cakap, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas artikel ini, apa awak nk cakap? kalau berani dedahkan la nama, saya ada etika saya, kalau taknak percaya, saya tak mintak percaya, tapi usah hasut orang lain plak.

ye betul, biarlah mereka selesaikan sendiri kalau betul ada masalah, kalau macam tu, kenapa korang plak kecoh bila 3 Abdul masuk TTeam, bila Akmal komplen pasal bonus, kenapa korang ambil tahu, biarlah diorang selesaikan sendiri, setuju tak pembaca semua?

usah jadi lalang la, tulis benda baik semua nak puji, baru tulis benda betul skit, terus nk cakap macam2.

terima kasih.

Alexis Aiman said...

bro anti mercun, its ok...anda ada pandangan dan setiap pandangan dihargai, cuma jangan salah tafsir jer, itu jer harapan. truskan membaca dan tegorlah apa yg patut, kalau ada silap, insyaAllah akan diperbetulkan.

Pjoe : thanks bro for da support, sangat menghargai. Tq again..

Alexis Aiman said...

tq juga kepada bro kassimselamat..saya sekadar wartawan picisan, menulis untuk kepuasan, bukan nak cari nama. sy sedia dikritik kalau saya salah, cuma sebelum kritik minta pembaca semua pertimbangkan dulu adakah benar saya ni salah. kalau salah then proceed, insyaAllah saya boleh terima, dan perbetulkan.

admin said...

apa yg sy nampak..sy setuju..komen player 5 tu.. sepatutnya.. Coach ade plan B.. ape2 pun kalau benar coach dtk m.karathu..akn sedih..berterusan.

shark said...

mende ni paling aku stuju. dh lama ak duk perhatikan. kanapa coach suka sgt masukkan rizal fahmi yg jelas tidak lah sehebat mana pun, sedangkan ramai lagi yg mampu beraksi lebih baik drpd itu seperti daniel fadzly, abdul aziz dan juga wan rohaimi. haaa......bercakap pasal wan rohaimi ni, ak amat2 pelik, kenapa la dia ni susah sgt nak dimasukkan oleh coach sedangkan beliau boleh dianggap antara salah seorang legend bola sepak kita. sudah semestinya, pengalaman beliau amat2 berguna. tp nak buat camana, sayang sgt kt rizal fahmi. kt mana hebat budak tu pun xtahu. bola pun malas kejar. huh....

Mo8 said...

semoga pengurusan membuat program motivasi untuk boost the spirit of all the players & coach. Focus on the next 2 games...set kito jange pecoh...

egypt85 said...

byk dah komen pasal artikel ni..ada pro n kontra....bg saya...xsalah u kita dedahkn sedmikian,sbgai peringtan jg u coach...kalu sorg pemain y xpauas ati xpe lah..tp ni 5 pemaian..tu xtanye ramai lg..tramat beza player d bwh sathia n karathu.klau baru je bjinak2 tgk bola sari duo ni mmg xleh nk beza..time kelate kaloh 4-0 ngn perak Tsam pening ngn karathu,minta sathia tolong karathu.mgkin sathia lbh tau nilai player n wat taktikal.Dari luar napok comey team kelate kot2 d dalam ada y buruk plk..maaf ni pndapt kawe hok buke wartawan..baru hbis nagji jah..

Anonymous said...

salam..
admin boleh cerita tak pasal wan rohaimi..saya tak tahu sejarah dia hehe

Anonymous said...

raso tertipu pun ado raso kecewa pun ado kalu players ditentukan oleh citarasa org2 tertentu.sapa bilo nk maju bola kltn termasuk mlaysia skali kalo ado bnda2 gini.
sekiranya kltn mng mlm td smue ni takkan timbul,tp kalo ade game kltn kalah dgn disajikan permainan yg lemah longlai akan timbul byk bnda bermain2 dlm fikiran peminat.ade msalah ke ngan team kltn,knapa player ni xkluar,knapa player mcm ni bleh masuk ganti padahal player lain ok lg.
pasni ade 2 game utk liga super pastu piala msia so harap bnda2 gini tak berlaku lagi.biar players yg betul2 kualiti n bersemngat je main jgn jd pisang berbuah 3 4kali

Tokki said...

Bro Aiman, jangan pedulikan komen yang mengkritik tulisan dan pendedahan ini ...stended laa org kelate yang tk boleh terima orang lain kritik..walaupun yg kritik tu pun org kelate sendiri...takan kita nk tulis yang manis saja..yang baik saja..sampai bila pasukan tk kemana-mana..

Coach karathu ni meme ide dia tk akan pegi kemana...ni zaman 2011 dan bukan zaman dia latih kelantan dulu kala...pemain yg komplen pasal coach tu lebih tau dari kita yang dok kat luar ni...so apa yg pemain komplen tu, kita dedahkan saja..biar peminat bolasepak TRW tahu apa isi sebenar di kem TRW.

Bukan kata kem TRW, pasukan apa sekali pun kalau ada info yang betul dan dtg dr mulut pemain / sumber yang betul, dedahkan saja. Jangan jadi mcm kes indra dulu sudah...yang tk ngaku stetmen dr dia

Anonymous said...

harap coach sathia kembali dalam kem TRW...strateginya lagi ampuh dari coach karathu...

Anonymous said...

aku sokong admin ..aku follow lamo dh bola klate ni,buke sari duo tiko mene jah.. n meme aku tau ado certain2 part hok xkena dale trw tp xlah ktara sgt krana kbijaksanaan tsam dlm urus tadbirnya..mgnai coach karathu,SEMEMNGNYA dia buntu idea,xkreatif LANGSUNG.YES.aku akui. meme dr dulu ag aku xstuju dio pgang tgas ni di kem klate.hok mano xstuju dgan aku ni,demo tgokla smusim dua lg andai kata coach Bidan Terjun ni still lg kt trw,apa akn jd.. copy n simpan xpo kyataan aku ni..nok btaruh malas,tp nt kta pakat2 tgoklah..kjayaan hok dio bawak ko trw sapa tahap skrag ni adalah HASIL ADUNAN N RESIPI sathianathan.. cuba celikkan mata n berani trima kpincangan utk kita samo2 baiki,jgn bila sudoh d fasa kritkal bru nok uar2kan kyataan tu,kyataan ni,xbmakna dah,buke nok suruh karathu down or ltak jwatan k apo,tp nok suruh dio ambik lgkah lebih dinamik utk pmbgunan trw ke tahap y lebih kompetitif

Anonymous said...

Adakah benar cerita tentang 5 pemain ini? Namakan pemainlah..siapa? Subra?
Sudah biasa di persada bolasepak anatarabangsa di mana Pengurus Pasukan melengah-lengahkan masa pada minit minit terakhir. Adakah itu salah? Saya tidak sekali berasa taktikal Datuk K berkurangan dari sesiapa pun. Masa main menewaskan Selangor 5-0 dan Terengganu 3-0 tempoh hari adakah kurang taktikalnya? Sudah tentu ada pemain yang tidak menyukainya tetapi pada hakikatnya, sebagai Jurulatih, dia tidak boleh menjadi populist. Kalau anda betul-betul peminat bolasepak TRW, anda akan tahu bahawa cara Kelatan main musim ini agak berlainan dengan short passing. Secara amnya, tanpa 5 tunggak utama musim lepas, Kelantan mempamerkan permainan yang memberangsangkan. Apanya tidak? Kedududakan liga no 1 dan naib juara Piala Fa. Tahun lepas kita kalah dengan Kedah 1st round. Janganlah nak sensasikan berita yang tak berasas. Lain pula halnya kalau admin menamakan 5 pemain itu?

Anonymous said...

tiap org ade pendapat..masing2 bg komen,x puas ati antara satu sama lain..tp terfikirkah kite terdapat konspirasi dari pihak atasan..dgn kata lain dlm menentukan kejuaraan..maaf,diorg senang ati dpt duit,kite kt sini berbalas pendapat..maaf skali lg..sekadar renungan..

Anonymous said...

Terlebih dahulu, harap maaf dan ini sekadar pandangan peribadi. Perlu ditegaskan disini, bukan semua berita buruk yang admin keluarkan tentang team kelate akan diperlecehkan dan bukan semua berita baik yang admin keluarkan akan digemari dan diterima bulat-bulat oleh pembaca. yang lebih penting disini adalah samaada berita baik atau buruk yang dipaparkan mempunyai kebenaran dan kesahihan dari segi maklumat serta sumber. kalu berita gembira pun tapi benda yg kurang tepat apa gunanya. admin patut lebih bertanggunjawab dan tidak mencipta sebarang isu untuk menyerang mana-mana individu yang tidak digemari. Anda mungkin tidak selesa dengan dato M. Karathu tapi tidak semua org sependapat dgn anda.

Anonymous said...

aiman janji demo betul! Jgn caro gapo hok ore kato.. Kawe sokong demo sokmo2 .. Buleh kata fanatik gak xleh kata gapo la ko karathu biar la latih supo vavi pun... . Teruskan aiman ambo salute demo!

Anonymous said...

aiman... Lepah ni demo kena brani mcm skalo.. Jgn sebab kritikan ore demo berhenti menulis... Kawe nk demo wat mcm skalo... Seorang wartawan blogger yg berani telus demo kena teruskan usaha demo.. Kawe backup doh demo .. Kalu kawe bunyi ore kato ko demo kawe backup.. Sb kawe tahu demo betul!

Alexis Aiman said...

KEPADA ANONYMOUS ATAU LAIN2 PEMBACA YG SUKA SANGAT PERTIKAI KESAHIHAN BERITA, ATAU KETEPATAN. GI LA BACA HARIAN METRO HARI NI,

BACA TOPIK STRATEGI KELANTAN SILAP. SO SKRG SAPE YG BETUL SAPE YG SALAH? SAMA TAK KOMEN PLAYER NO.2 DGN APA YG HMETRO TULIS? TAKNAK PERCAYA LAGI? APA AKU KESAH? SEKARANG KORANG MALU SENDIRI LA DUK PERTIKAI KETEPATAN.

AKU NI WARTAWAN, BUKAN PEMINAT. KALAU PEMINAT MUNGKIN MENULIS SBB DGR KHABAR ANGIN, AKU WARTAWAN MENULIS AKU GI SELIDIK, SIASAT, TANYA SENDIRI. BUKAN KORANG BAYAR BIL TELEFON AKU CALL PLAYER2 NI MINTA KOMEN, TRANSPORTATION AKU GI JUMPA PLAYER2 BERKENAAN.

ETIKA KEWARTAWANAN KALAU PLAYER TU KATA JANGAN DEDAH NAMA, KITA TAK BOLEH DEDAH, KORANG TAHU KE? KALAU DEDAH JUGAK DIA ADA RIGHTS NAK SAMAN, KORANG TAHU KE? SEMBANG MACAM MAMBANG, DIORANG DEDAHKAN NI BUKAN MINTAK KARATHU BLAH, DIORANG NAK KARATHU LEBIH OPEN, TAKKAN ITUPUNN TAK FAHAM.

TULIS BENDA BAIK KE BURUK KE, AKU TULIS BUKAN SUKA-SUKA. KORANG PERGILAH CARI MEDIA KAT LUAR SANA YG TULIS LEBIH BANYAK PASAL BENDA-BENDA GINI, KORANG GI CARILA PASAL KES RASUAH SELANGOR, ADA MEDIA TULIS? GI LA CARI PASAL BERITA KEGILAAN BOLA SEPAK DI KELANTAN, ADA MEDIA LAIN TULIS? GI LA CARI PASAL PENTADBIRAN TSAM, ADA MEDIA LAIN TULIS? BILA PRESTASI PIYA JATUH, SUME PAPER CONDEM DIA, TAPI AKU INTERVIU TULIS PASAL DIA KECEWA DITUDUH MAIN TINO, JUAL GAME, ADA MEDIA LAIN TULIS? PERGILAH TANYA PIYA BERAPA LAMA AKU BORAK NGN DIA MALAM TU, GI LA TANYA HASHIM BRAPA LAMA AKU BORAK NGN DIA NK TULIS PASAL DIA. SEMUA NI AKU BUKAN DIBAYAR GAJI, AKU WAT SUKA2, SEBAB AKU SUKA MENULIS.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Alexis Aiman said...

kepada yg menyokong, terima kasih. hargai sokongan anda. kalau boleh tulis nama, mungkin boleh kuar makan borak2 lepak2 skali nanti. haha

mat hashim said...

aku sekarang dah tak percaya kat orang yang mengata blog ni, ada hamba Allah sorang dua kata blogger ni info tak betul, saja nak sensasi, tapi aku baru baca Harian Metro, komen yang sama, takkan tipu? maknanya maklumat dlm blog ni tepat la. org yg duk kutuk tu dah malu sendiri. syabas bro aiman, harap tak down dgn kata2 org k...

baiz said...

sabor jer la cesc aiman....kita mempertikai bukan bererti benci dan menghina....tak semua manusia perfect hatta abe ka pon...so bila ada teguran macam nih harap abe ka lebih open...

mmg tukar player last minit sebelum habis game nak wat aper...kurang2 pon 15 minit seblm abih game ok gak...

berkenaan isu kelantan leading liga super...mmg benar tapi berapa kali sudah turun naik dari takhta..susah nak menten...paling mudah nak tahu taktikal sama ke tak...tgk jer la bila tteam lawan kelantan mesti kelantan kalah punya...seolah2 3 ex player tuh dah tahu dan cukup masak dengan strategi abe ka...

so lepas nih...harapan saya...masing2 open minded...terima pandangan semua orang walau tak semua pandangan tuh kita serap....kurang2 dapat jadikan guideline ;)

Anonymous said...

sy masih keliru tentang seorang penulis blog ni..sebelum ni penulis mengaku dia bukan orang kelantan,,dia ckp kebetulan berada di kelantan..skrg dia cakap dia orang kelantan..

yang keliru..

chikteh said...

Anonymous 11.49pm: bila masa plak penulis mengaku dia bukan org kelantan? haha.. ko memang haters kan? dtg dr mane ntah.. utk pengetahuan, aku kawan ngan penulis sejak form 3 dulu lg..kami sekolah sesama di Kota Bharu.. tp, kalo ko xnak caya pon xde pape pun kerugian utk kami.. ;)

Anonymous said...

aku sokong aiman.. Usaha dia selama ini berkarya untuk trw.. Tanpa meminta imbuhan,elaun,mahupun gaji..menulis benda yg betul pun di anggap salah.. Aiman jga tahu dia perlu menjaga pravicy player yg minta untuk tidak dedahkan nama.. Kalau dia dedah dia akan disaman malah ramai athlet2 tidak percaya pada penulis di kemudian hari.. Bagi saya la isu luahan hati pemain tidak lah sebesar mana pun.. Cuma bg pihak yg tidak berpuashati dgn aiman shj yg memperbesar besarkan cerita ini.. Kalian2 semua perlu sedar.. Satu satunya wartawan trw adalah aiman.. Try cari blogger2 lain.. Ada ke mcm aiman? Kalu ada artikel pun hanya di petik dari akhbar2.. Bkn sumber mcm yg aiman tulis.. Yg mencari sendiri maklumat2 untuk penulisan nya.. Kepada aiman sabar byk2 kami tetap menyokong anda.. Sb kami tahu anda menulis bkn krn nama.. Anda menulis dgn penuh minat sambil berbakti pada tanah tumpah darah sendiri.. Jgn pedulikan mulut org.. Anda tetap terbaekkkk di mata kami!

Anonymous said...

Memang tugas wartawan melaporkan apa yang berlaku.. Tetapi time adalah segalanya. Berita ni adalah exclusive.. Tapi untuk apa..? Sack coach sekarang. Memang kita menulis bukan kerana nama.. Saya tabik penulis.. Tapi pasukan Kelantan berada didalam saat yang paling genting. Pasukan memerlukan sokongan dari semua pihak, pengurus, pemain dan peminat. Jangan kita menjadi sokong yang membawa rebah.. Lepah abih duo game ni kalu nok tulih gajoh rima pun kito pakak2 tulih.. Ko guano..?

Imie penang said...

kawe pun sokong aiman..meme dah apa2 cerita yg berlaku buruk ko baik utk team kita patut didedahkan..kalau tak dedah kita sbg peminat tak akan tahu..bila ada crita cenggini br lah kita tahu tak smua player yg suka akan cara dato k..meme betul apa yg player ckp, kita blh tgk la cara mainan team kita teruma bila lawan team yg agak mudah tp kita tak dapat bermain dgn baik..bila lawan team 50-50 kita boleh menang bergaya..sekian sekadar memberi pendapat, komen kawe ni tak bermakna kawe nak kondem ore hok tok suka entry..to aiman, teruskan menulis,kawe suko blog demo 2,3 jam skali msk nak tgk kot ada entry baru..

Anonymous said...

sama jah kawe.. Sari 10kali round dalam blog ni.. Kebenaran tetap kebenaran jgn tudung tahi gajah dgn daun cerma.. Benda betul xleh nk tipu.. Fanatik2 jugok.. Jgn sampai kebenaran di nafikan..

Anonymous said...

kepada chikteh


kalau tak percaya,,sy cari balik artikel yang awal blog ni ditubuhkan..

awe dogo said...

artikel ni memang mantap.. betul doh gapo admin tulis tu. kawe sokong kelate jgop tapi tengok pada taktik perlambat maso final baru ni makan diri kelate balik. cepat sangat nak puas hati bo sumak 1 gol. gol last minit terengganu tu pun sbab counter attack dari bawah. tok cayo try demo tgk balik perlawanan tu.

bakpo kalo epl, pmain pun buleh kutuk coach tapi bila bola malaysia gk kutuk sikit mcm2 nak marah. pmain sepasukan lebih tahu kelebihan kawan masing2. macam kito maen bola la. situasi serupo jah tu.

harap admin truskan bongkar bendo2 gini. bia TRW koho molep! GKG!!

kasimselamat said...

terima kasih kepada aiman yang banyak memberi info kat sini... susah nak dapat di blog lain, kepada yang meninggalkan komen juga teruskan niat anda dan tambahkanlah kritikan anda bersama dengan pendapat dan hujah ilmiah yang akan menaikkan bola kelantan, saya sentiasa mengharapkan kelantan di puncak jaya.... GKG

Alexis Aiman said...

tq again kepada semua yg komen, ada positif dan ada negatif. saya bukan jenis tak boleh dikritik, atau cepat melatah bila orang mengata, cuma pada saya nak kritik bias ada asas. contohnya adalah tidak wajar saya dikritik kerana mendedahkan kebenaran, tapi kalau ada yg kata timing tak kena, ok saya setuju dan minta maaf tulis pada waktu yg tak betul, tp luahan pemain sapa nak dengar, kamu semua rasa media lain nak tulis ke benda ni? gi la beli SINAR, penaja rasmi kelantan, penaja sendiri pun tak tulis benda ni. gi tengok arena, sponsor Liga Super, pun takde report camni. player mengadu bukan bermaksud nk condem, org kata 'buang yang keruh, ambil yg jernih' ... penyokong pun kalau betul sokong pasukan kenapa nak buat kesimpulan bahawa player jual game? itu lagi lah jejaskan moral diorang. kalah jer jual game la, game dah diatur la, saja nk bg tganu menang sbb hadiah utk agung la..ada otak boleh pikir. kabar angin macam tu boleh plak percaya, luahan pemain korang kutuk diorang balik..

erm kepada anonymous 11:49, bila masa plak saya cakap bukan org kelantan, saya lahir di KubangKerian, sekolah kebangsaan kg sireh, sekolah menengah kota bharu, tinggal di berek 12, sebelum pindah ke kg.sireh then salor..perlukan info tambahan? hehehe.. tak perlu awak susah2 cari artikel tu, saya rasa saya tahu artikel mana yg awak maksudkan, artikel angan mat jenin ttg kegilaan bolasepak kelantan kan? maksud saya kebetulan berada di kelantan, saya ni keje kat KL, setahun sekali balik kampung, tapi aritu kebetulan cuti, dan kebetulan ada bola lawan felda united, setiap kali balik cuti tak pernah dapat peluang tgk bola.itulah maksud KEBETULAN.. saya tak cakap saya ni bukan org kelantan, harap anda faham penjelasan ini..

oh!chenta said...

keep it up aiman..haters mmg akan muncul..asal kita tahu apa yg kita buat tu betul..kita x perlu pedulikan haters2 tu semua..keep blogging..keep writing..!

Bob TRW said...

bakpo piya tok main tengoh!!! septut dio dgn shakir bru kemas ngatur game... pahtu ramul sepatut nya 1st eleven, bukan iuan.. ini pendapat kawe jah... ore lain kawe tok tahu...

tycoon said...

semangat penulis ni bagus.. saya selalu perhati sama ada penulis ni keluar di kaca tv ketika siaran bola atau forum2/talkshow.. cuma nasihat saya sebagai orang muda, don't let your emotion "appear" when dealing with pengkritik anda.. kalau you pakai CAPS LOCK utk reply kritikan, dalam kamus penulisan ia melambangkan satu tindak balas beremosi. then kalau ada artikel daripada mana2 akhbar disiarkan selepas your post has been published, it doesn't meant yg sesuatu berita itu benar krn mungkin wartawan akhbar tersebut telah mencedok berita daripada tulisan saudara.. bezanya mungkin ia diolah supaya sedikit berbeza utk dielakkan daripada dicop sebagai plagiat. sebagai penyokong tegar juga, kita harus tahu bila dan bagaimana untuk mendedahkan sesuatu perkara waima perkara tersebut adalah benar dan baik untuk masa depan. "jangan disepak lagi orang yang telah rebah kerana kena penampar pada awalnya"..

Anonymous said...

betul, kawe puji semangat demo aiman. anda berani, kadang bila nak dedahkan kebenaran, ada jer org tak suka, dia mcm politik juga, ia saling berkait. dont let yourself down bro, seperti kata tycoon jangan benarkan emosi control yourself bla berdepan pengkritik, ala sedangkan Tun Dr Mahathir yg begitu berjasa pun dikritik la bro, ia perkara biasa, asam garam. saya pun pelik, dan tertanya jugak, masa u tulis pasal Piya, Subra, Hashim, Ramzul, Norshahrul, daudsu, Norfarhan, shakir, apek so on (wow, semua ada haha) takde plak kata itu benar atau palsu, bila benda macam ni ada jer yg nak pertikai..

to brader tycoon, saya setuju babak awal komen anda, tapi saya kurang bersetuju bila anda juga seolah cuba pertikai kebenaran, kalau dalam sesebuah Press Conference, seseorang mengeluarkan kenyataan berbunyi A, maka semua media akan tulis A, takkan ada yg tulis B..so dlm hal ini, menurut laporan Hmetro, pemain itu ditemui selepas perlawanan dan ia bermaksud dia ditemui di stadium, so mungkin 2 atau 3 wartawan bertemu dgn dia (termasuklah aiman, dan wartawan Hmetro tu), so kalau player tu cakap A, semua wartawan akan tulis A lah, takkan nak memanipulasi pula? bezanya ada repoter yg tulis pasal benda ni, ada yg tidak, mungkin aiman tulis conversation penuh apa pemain tu cakap, wartawan hmetro plak cuma tulis part experien..saya bekas wartawan, saya tahu macam mana repoter ni bekerjasama kat venue2 dan deal with this situation..

penerbit rancangan di rtm kata thats why aiman qualify utk berbicara di depan kaca tv, sebab dia bercakap berdasarkan fakta and analisis dia, analisis seseorang mungkin berbeza dan mungkin ada yg takleh trima, tapi fakta perlu diterima semua pihak. tgklah macam mana dia explain pasal tambahan masa di FB dia, very clear, yg takleh trima pun last2 akur.

saudara tycoon jangan lupa, kenapa masa kelantan kalah dgn pahang, t-team, dan perak di pusingan pertama, Tan Sri seolah hilng sabar dgn karathu dan menggunakan sathia utk bantu dia? thats mean memang wujud masalah cuma tak didedahkan, saya yakin lebih ramai akan tampil bersuara dan menjelang kick off Piala Malaysia, tugas coach dah beralih ke tangan org lain.

tq - KA

shark said...

hahaha.....pelik ngan commentor yg marah ngan artikel ni. sy x rasa moral player akn lg down bila baca artikel ni. bahkan saya rasa, diorang mungkin berasa lebih lega dan puas dapat menyuarakan apa yg selama ini terpendam dalam hati mereka. jika perkara ketidakpuasan hati ini tidak dapat diluahkan, saya rasa, itu lebih men'down'kan pemain2. syabas buat penulis blog kerana berani mengeluarkan artikel sebegini.

izinkan sy menambah, pd pandangan sy, org yg paling layak memegang amanah selaku kapten pasukan semasa fianal piala fa baru2 ini adalah wan rohaimi. pengalaman dan kematangan beliau dalam arena bola sepak dapat menandingi kapten pasukan lawan, dan saya yakin, sekiranya diberi peluang, wan rohaimi pasti dapat memimpin pasukan dengan lebih baik!

Anonymous said...

TAK PATUT SALAHKAN COACH SEMATA2..MAIN ATAS PADANG PLAYER PON KENE RESPONSIBLELAA..TAK PROFESIONAL..KALO MENANG MLM TU KONPEM TAKTIKAL KARATHU PALING BERKESAN..SYE PERHATIKAN PMAIN KITE CPT PUAS HATI MAIN SMBIL LEWA LEPAS LEAD..TAK SPATUTNYA DIAMALKAN OLEH PEMAIN PROFESIONAL SPT TRW..APE2 PUN MAJU JAYA BUAT TEAM TRW..UBATI KEKALAHAN DGN RANGKUL DUA PILA BERPRESTIJ..SUPER LEAGUE DAN PIALA M;SIA

Anonymous said...

xstuju komen rizal fahmi menyalahkan kesilape daudsu tanduk bola msa brite suke tv3 sehari selepas game...stuju nga matyo,smua pemain harus dipersalahkan dan bangkit next game..gomo klate gomo