Wednesday, June 1, 2011

Debaran 6 Jun : Hanya Apek Terlepas, Shahrizan Sedia Kecewakan Sang Penyu


Sayang sekali, ketika Terengganu dan Kelantan bakal bertemu dalam perlawanan yang diklasifikasikan ‘Match of The Season’, yang juga POTENTIAL TITLE DECIDER match 6 Jun depan, khidmat penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat digunakan untuk membantu Kelantan memburu kejuaraan berganda musim ini, kerana komitmennya bersama skuad Olimpik negara.

Salah satu pasukan yang menang pada Isnin depan, akan berada di kedudukan selesa memburu kejuaraan sulung Liga Super, dan kehilangan seorang pemain tonggak di gawang gol pastinya dirasai di kem Kelantan, ketika saingan memasuki fasa cukup getir.

Apapun, pengganti Khairul Fahmi bukanlah calang-calang pemain – Shahrizan Ismail, bukanlah nama asing bagi penyokong Kelantan, apatah lagi dia pernah memainkan peranan penting ketika Kelantan menjulang trofi Liga Perdana 2 pada 2000, manakala tahun berikutnya beraksi cemerlang di Suku Akhir Piala Malaysia, menyelamatkan sepakan penalti, membantu Kelantan mara ke separuh akhir.

Malah, Shahrizan yang membantu Kelantan menjulang Piala Emas Raja-Raja tahun lalu, dengan menyelamatkan dua sepakan penalti, kini beroleh peluang terbaik membuktikannya kudratnya masih berbisa di sebalik memanaskan bangku simpanan sejak beberapa musim lalu.

Mengimbau antara memori paling diingati menentang Terengganu, Shahrizan tewas 2 kali kepada jaringan Sapian Wahid dan 1 jaringan Nafuzi Zain pada Separuh Akhir Piala Malaysia 2001, ketika itu Kelantan di bawah bimbingan K.Rajagobal tewas aggregate 1-3.

Apapun, Kelantan bernasib baik, untuk perlawanan liga pada 6 Jun, hanya kehilangan khidmat Khairul Fahmi (Apek), serta Zairul Fitri (2 kad kuning), manakala semua pemain kebangsaan lain iaitu Norsharul Idlan, Farisham Ismail dan S.Chanturu akan dapat diturunkan.

Apek bagaimanapun akan kembali pada aksi final, 11 Jun menentang lawan sama, ekoran berjaya mendapatkan pelepasan dari skuad Olimpik untuk perlawanan bersejarah itu.

8 comments:

egypt85 said...

xpo..sahhrizan xkurng hebatnye..harap dia dpt buktikna y dia masih berbisa..pengalaman y byk boleh mmbantu beliau..

Alexis Aiman said...

pngalman sharizan ditagih...hope he can do well..

ibun_jogho said...

Sharizan @ Mat Shah pun ok lg. Biar dia buktikan pd couch bhw dia msh blh bmain dgn baik.

Final FA Cup 2009 (lwn Selangor) dia main baik jg. Walaupun terpaksa lps 1 gol (penyamaan) Amri - hingga memaksa perlwanan ke masa tambahan.

Ok, kita percaya MatShah blh menyengat.

Alexis Aiman said...

napok gayo egypt85 & ibun jogho dah leading loni...hehehe....walaupun auto update tunjuk nama ore lain, jngan risau k hehehe..

egypt85 said...

kawe leading lamo doh..ehhehe...doh tiap2 ari buka suara sukan..trbaik la aiman(buke ngepong ni)hehe

Tokki said...

Ni laa masalah..bila keeper utama tk de..baru laa nk turunkan shahrizan main...sepatutnya coach kelate kena buat giliran utk keeper bermain..baru laa semua pemain dapat merasakan tekanan pemainan sebenar.

Shahrizan dr awal musim tk pernah sentuh bola liga super dan akan diturunkan dalam perlawanan penting.

Selagi apek ada, nampak gaya susah laa shahrizan nak sentuh bola liga super...lama2 boring gak pemain dok je kt bangku...bila tk de pilihan je baru cari aku...

Padahal tk salah masa awal musim dulu, turunkan shahrizan kalau lawan dgn team yg kita rasa dpt makan..

faiz said...

skuad olimpik ada perlawanan persahabatan ko perlawanan penting...
klu persahabatan, tunggu lepas final piala FA dulu....

ibun_jogho said...

"napok gayo egypt85 & ibun jogho dah leading...". Tiba2 rasa seronok & galak pla nk komen mengomen ni. haha..

Hahai.. Xpe, yg 2 org leading tu x penting kot. Yg pnting, Kelate dpt leading Ganu pd 6/6 & 11/6 nanti.

Mat Shah terbaaek...