Persatuan
Bolasepak Melaka United dan Kelab Bolasepak Frenz United hari ini menandatangani
Memorandum Persefahaman yang mana bakal menyaksikan dedikasi yang lebih baik di
dalam meningkatkan standard bolasepak di negeri ini.
Majlis
menandatangani MoU dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron
di atas kapasitinya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United, dan
Presiden Frenz United FC, Dato’ Noor Ihsan A. Hamid.
Majlis
berlangsung dengan disaksikan wakil pengurusan tertinggi dari kedua-dua kelab
termasuk pengurus pasukan Melaka United, Datuk Mohd Yusoff
Hj. Mahadi.
Untuk rekod, Melaka United SA beraksi di dalam saingan Piala FAM yang merupakan
Divisyen Ketiga Liga Malaysia.
Menerusi
perjanjian ini, yang membuka jalan untuk terjalinnya hubungan yang memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak dalam perjanjian selama 15 tahun, antara lain memastikan Frenz United
FC berpindah pangkalannya dari Janda Baik, Pahang ke Melaka dengan Stadium Hang
Tuah yang cukup popular atau lebih dikenali sebagai ‘Stadium Kubu’ akan menjadi
gelanggang tuan rumah buat FUFC.
Dua
kejohanan utama Frenz United Asia – Trofi Juara-Juara Asia (ACT) dan Piala
Antarabangsa Frenz (FIC) akan turut berlangsung di Melaka secara tahunan.
Mengulas
mengenai persetujuan yang dicapai bersama MUSA, Datuk Seri Idris Haron berkata : “Kami cukup gembira menerusi Memorandum
Persefahaman ini ianya merapatkan hubungan antara pengurusan tertinggi dalam
keluarga bolasepak. Kerajaan Negeri Melaka percaya bahawa status Melaka sebagai antara
destinasi pelancongan yang menarik akan lebih utuh menerusi perjanjian
kerjasama ini.”
“Ianya
satu penghormatan buat Melaka untuk menjadi tuan rumah dua kejohanan elit
antarabangsa ini buat kali pertama. Kami mempunyai kemudahan berkelas dunia dan
kepakaran yang memberikan keyakinan kepada Frenz United FC untuk membawa
kejohanan itu ke sini,” tambahnya.
“Aspek
yang paling penting dalam perjanjian ini adalah membangunkan sukan bolasepak di
peringkat akar umbi.”
Presiden
Frenz United FC, Dato’ Noor Ihsan, berkata : “Hari ini menandakan satu
peristiwa yang cukup penting dalam sejarah FUFC. Kami cukup teruja MoU ini menyediakan platform yang baik untuk
kerjasama yang lebih utuh, membolehkan pertukaran dan perkongsian maklumat dan
kepakaran yang bertujuan menggalakkan pembangunan bolasepak di Melaka.”
Beliau
menambah Frenz United FC diwujudkan untuk membekalkan peluang kepada pemain
lepasan akademi kelab itu di Janda Baik untuk meneruskan karier bolasepak
mereka.
“Terdapat
sejumlah 24 kelab antarabangsa dari seluruh Asia, Eropah, dan Afrika Selatan
mengambil bahagian dalam kejohanan ACT dan FIC stiap tahun. Penyertaan
kelab-kelab ini akan melonjakkan industri pelancongan di Melaka. Kami juga
mempunyai perancangan untuk membangunkan sukan bolasepak di peringkat sekolah dengan
memperkenalkan klinik kejurulatihan,” kata Dato’ Noor Ihsan.
Kejohanan
Piala Antarabangsa Frenz B18 2015 telah dianjurkan secara bersama oleh Malaysia dan Indonesia. Aksi peringkat
kumpulan berlangsung di Kuala Lumpur dan Palembang, Indonesia melibatkan
penyertaan 16 kelab dari seluruh dunia.
Kelab Brazil, SC Internacional muncul juara dengan menewaskan Estudiantes FC dari
Argentina 3-2 pada aksi akhir di Stadium Gelora Sriwijayain Palembang.
No comments:
Post a Comment