Pertandingan futsal wanita Sukan
Malaysia (SUKMA) ke-16 di Kuala Lumpur bakal menyaksikan juara baru apabila
penyandang pingat emas, Selangor ditunjukkan jalan keluar tatkala Perak dan
Sabah mengisi dua slot terakhir separuh akhir bagi mengiringi Kedah dan Wilayah
Persekutuan.
Perak yang hanya memerlukan satu
mata sahaja untuk menyingkirkan Selangor yang sudahpun beraksi kesemua empat
perlawanan, beraksi garang untuk merakamkan kemenangan 11-1 ke atas Pulau
Pinang dan mara sebagai naib juara Kumpulan A dengan mengutip 9 mata.
Pada aksi separuh akhir yang
dijadual berlangsung pada Jumaat, Perak akan bertemu juara Kumpulan B, Wilayah
Persekutuan dan Pengerusi Futsal Negeri Perak, Datuk Muhd Yadzan Muhammad
optimis pasukannya boleh melangkah lebih jauh jika mengekalkan momentum dan
prestasi yang ditunjukkan pada aksi peringkat kumpulan.
“Kita datang ke sini dengan
sasaran membawa pulang gangsa, tetapi melihat kepada prestasi dan komitmen
pemain sepanjang 4 perlawanan, tidak mustahil kita boleh menukar warna pingat
kepada perak atau emas. Kekalahan kepada Kedah tidak perlu dibimbangkan kerana
kita telahpun layak, sebaliknya kita pandang ke depan dan tewaskan Wilayah
adalah sasaran kita seterusnya,” katanya yang hadir memberikan sokongan kepada
pemain di KSL Sports Puchong.
Tambahnya lagi : “Pasukan Perak
ini tiada nama besar atau kelibat pemain bintang, kita buat pemilihan dan
pasukan yang dibentuk ini adalah ditapis daripada sejumlah 80 pemain pada awalnya.
Pasukan seperti Selangor yang mempunyai pemain kebangsaan lambat membawa masuk
pemain mereka dan saya boleh kata rezeki memihak pada kita.”
Kedah muncul juara Kumpulan A
setelah menundukkan Perak 3-1 pada aksi terakhir sekaligus mencatat rekod bersih
menang kesemua empat perlawanan awal dan kini disebut-sebut sebagai pilihan
utama untuk muncul juara – pada aksi separuh akhir, mereka akan menentang skuad
dari Borneo, Sabah.
Foto : DuniaFutsal.my |
Sementara itu, Sabah pula mengetepikan
tentangan sengit Johor dengan kemenangan 2-1 sebelum mengesahkan kemaraan –
terima kasih kepada jaringan Ji Fedallia Clarita Jaimin dan Lovella Julia Jelus
yang membolehkan mereka mengutip 9 mata untuk muncul naib juara Kumpulan B di
belakang Wilayah.
Jurulatih Sabah, Laini Ahing
berkata : “Semangat untuk layak ke semi itu cukup tinggi di kalangan pemain,
dan mereka beraksi habis-habisan. Mereka memberikan segalanya untuk memastikan
kemenangan ini dan saya perlu memberi kredit kepada pemain saya.
“Menentang Kedah di semi, saya
merasakan peluang adalah 50-50. Kita tidak gentar dengan reputasi mereka yang
menang semua empat perlawanan dan akan berikan saingan yang sengit.”
Hello Everybody,
ReplyDeleteMy name is Ahmad Asnul Brunei, I contacted Mr Osman Loan Firm for a business loan amount of $250,000, Then i was told about the step of approving my requested loan amount, after taking the risk again because i was so much desperate of setting up a business to my greatest surprise, the loan amount was credited to my bank account within 24 banking hours without any stress of getting my loan. I was surprise because i was first fall a victim of scam! If you are interested of securing any loan amount & you are located in any country, I'll advise you can contact Mr Osman Loan Firm via email osmanloanserves@gmail.com
LOAN APPLICATION INFORMATION FORM
First name......
Middle name.....
2) Gender:.........
3) Loan Amount Needed:.........
4) Loan Duration:.........
5) Country:.........
6) Home Address:.........
7) Mobile Number:.........
8) Email address..........
9) Monthly Income:.....................
10) Occupation:...........................
11)Which site did you here about us.....................
Thanks and Best Regards.
Derek Email osmanloanserves@gmail.com