Pahang menempah tiket ke suku
akhir pertandingan futsal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 dengan penuh
bergaya apabila empat gol jaringan Mohd Azrol Hairun membantu skuad Tok Gajah membelasah
seteru Pantai Timur, Terengganu, 8-1 sekaligus menjuarai Kumpulan C.
Jurulatih Pahang, Mohd Yazeed
Hamzah berkata : “Sudah saya katakan, saya kenal pemain saya dan saya tahu
mereka akan lakukan apa yang patut pada hari ini. Walaupun saya tahu kami boleh
mencatat kemenangan, saya tidak jangka kami akan menang sampai 8 gol kerana
Terengganu bukan calang-calan pasukan. Apa yang saya pesan pada mereka, main
seperti biasa, sudahkan setiap peluang.
Foto : DuniaFutsal.my |
Pahang akan bertemu naib juara
Kumpulan B, Perlis pada aksi suku akhir – Perlis mengesahkan kemaraan setelah
mencatat kemenangan dramatik 6-5 ke atas Pulau Pinang.
“Kini tumpuan kami adalah menentang Perlis di
suku akhir. Perlis adalah pasukan yang sukar diduga kekuatan mereka jadi saya
berharap pemain akan meneruskan prestasi cemerlang sepertimana ditunjukkan hari
ini,” kata Yazeed.
Dalam pada itu, kekalahan besar
bagaimanapun tidak menjejaskan slot suku akhir buat Terengganu yang turut perlu
berterima kasih kepada Kedah yang menewaskan Sarawak 5-3 apatah lagi tiket ke
suku akhir dari Kumpulan C sebelum ini menjadi pertarungan tiga penjuru
membabitkan Terengganu, Pahang dan Sarawak.
Namun, jurulatih Sang Penyu, Zulharisam
Awang sedikit terkilan dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah
kepada tiga pemainnya – Putera Muhammad Faris Anuar, Fuad Mamat dan Muhammad
Shafiq Hashim seterusnya bakal terlepas aksi menentang Johor di suku akhir.
“Kad yang dilayangkan semuanya
tanpa amaran, foul je terus layang kad merah. Sepatutnya pengadil beri amaran
lisan terlebih dahulu. Ini sedikit menjejaskan prestasi pasukan, moral jatuh
dan kini saya perlu mencatur strategi lain untuk aksi suku akhir.
Pengadil cetus kontroversi. Fotop : DuniaFutsal.my |
“Begitupun, saya percaya barisan
pemain yang kita bawa ke SUKMA boleh galas tanggungawab dengan baik. Kita tidak
akan menjadikan ini alasan untuk mengalah, menentang Johor kita masih dengan
misi sama menempah tiket ke separuh akhir. Ia memang bukan laluan mudah, tetapi
bukannya mustahil,” kata Zulharisam.
Terdahulu, Johor yang hadir
dengan status juara bertahan dibelasah Selangor 4-0 namun kegagalan Sabah
menewaskan Perak membolehkan skuad dari selatan tanah air itu bernasib baik
untuk meneruskan kemaraan dan
menghidupkan misi mempertahankan emas.
Selangor menjuarai Kumpulan A
dengan maksima 9 mata dari 3 perlawanan, manakala Wilayah Persekutuan
membelasah Negeri Sembilan 5-1 untuk muncul juara Kumpulan B – dua lagi slot
suku akhir dilengkapkan Pulau Pinang dan Kedah yang mara atas kapasiti sebagai
dua pasukan tangga ketiga terbaik.
Jadual suku akhir pada Jumaat :
9 pagi : Kedah lwn Selangor
10.15 pagi : Pulau Pinang lwn
Wilayah Persekutuan
4.15 ptg : Perlis lwn Pahang
5.30 ptg : Terengganu lwn Johor
No comments:
Post a Comment