Pahang membuktikan mereka adalah
pasukan yang perlu diberi perhatian pada pertandingan futsal Sukan Malaysia
kali ini apabila menempah pertemuan separuh akhir menentang Pulau Pinang hasil
kemenangan 5-4 mengatasi Perlis dalam aksi suku akhir mendebarkan di KSL Sports
Puchong.
Meskipun kehilangan khidmat
penjaga gol, Safwan Abdullah seawal minit ketiga akibat layangan kad merah,
barisan pemain bimbingan Mohd Yazeed Hamzah tidak mudah menyerah kalah sebaliknya
tiga kali bangkit sebelum muncul pemenang pada perlawanan itu.
Foto : DuniaFutsal.my |
“Pemain-pemain tidak hilang fokus
walaupun kita hilang penjaga gol seawal minit ketiga. Mereka mempamer aksi
bersemangat dan kesungguhan yang sama sepertimana dua perlawanan lalu. Mereka
berjuang ke titisan peluh terakhir. Pemain saya membuktikan mental mereka cukup
kuat dan mereka mempunyai kriteria yang diperlukan untuk mara lebih jauh,”
katanya.
Mengenai pertemuan menentang
Pulau Pinang, Yazeed berkata pada tahap ini semua pasukan akan beraksi
habis-habisan dan tidak mahu pemainnya memandang enteng cabaran lawan yang mara
selepas menyingkirkan Selangor.
“Kemenangan Penang membuktikan
apabila sampai tahap ini, semangat semua pasukan adalah luar biasa hebat. Tiada
yang mahu mengalah dengan mudah, lihatlah bagaimana Selangor yang menang
kesemua tiga perlawanan, disebut sebagai pilihan tetapi akhirnya kecundang di
suku akhir. Kami perlu berhati-hati dan saya mempunyai cara saya sendiri
bagaimana mahu menangani Penang nanti.”
Sementara itu, Johor yang bermula
dengan goyah dalam misi mempertahankan pingat emas kini tanpa diduga kembali
dalam persaingan apabila mengesahkan slot separuh akhir terakhir menjadi milik
mereka dengan menyingkirkan lawan dari Pantai Timur, Terengganu dengan keputusan
5-4.
Foto : DuniaFutsal.my |
Terengganu yang turun tanpa tiga
tonggak iaitu Fuad Mamat, Putera Muhamad Faris Anuar dan Muhammad Shafiq Hashim
yang digantung perlawanan nyata berdepan laluan sukar menentang Johor yang
tampil sebagai pasukan jauh berbeza berbanding aksi peringkat kumpulan.
Johor akan menentang Wilayah Persekutuan
dalam aksi separuh akhir pada Sabtu dan pemenang akan bertemu sama ada Pahang
atau Pulau Pinang dalam aksi final yang dijadual berlangsung pada 8 malam hari
yang sama.
Aksi separuh akhir (Sabtu) :
9 pagi : Pulau Pinang lwn Pahang
10.15 pagi : Johor lawan Wilayah
Persekutuan
Akhir (Sabtu) : 8 malam
No comments:
Post a Comment