Pahang meraih pingat gangsa
pertandingan futsal lelaki Sukan Malaysia ke-16 setelah menewaskan Johor pada
aksi penentuan tempat ketiga tatkala Johor berputih mata gagal mempertahankan
pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.
Setelah disingkirkan Wilayah
Persekutuan dengan jaringan tipis 2-3 di peringkat separuh akhir, hanya pingat
gangsa dilihat menjadi penawar kecewa buat Johor namun menentang Pahang yang
tewas kepada Pulau Pinang, mereka gagal memperlihatkan aksi mantap terutamanya
di barisan pertahanan apabila tewas dengan jaringan 5-10.
Foto : DuniaFutsal.my |
Skuad tok gajah tidak mengulangi
kesilapan sama sepertimana ketika menentang Pulau Pinang di mana beberapa
kesilapan mudah dimanfaatkan sebaiknya pasukan dari utara tanah air itu untuk menjaringkan
gol dan mara ke final, sebaliknya beraksi dengan lebih tenang serta gerak
permainan lebih tersusun.
“Bukan rezeki kita untuk mara ke
final, pemain saya sudah melakukan yang terbaik, berjuang habis-habisan dan
saya tidak boleh menyalahkan mereka di atas kegagalan ini. Untuk mara ke
separuh akhir sudah cukup bagus dan kita akhiri pertandingan dengan pingat
gangsa. Ia satu pencapaian cukup baik bagi sebuah pasukan yang tidak diletakkan
harapan langsung dan kami akan kembali dengan lebih mantap selepas ini,” kata
jurulatih Pahang, Mohd Yazeed Hamzah.
Sementara itu, pingat gangsa
futsal wanita pula menjadi milik Kedah yang menewaskan Perak 3-1 – keputusan
sama ketika kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan sebelum ini.
Foto : DuniaFutsal.my |
Gol-gol
Kedah dijaringkan Nur Madihah Nadzri, Nur Faizah Akhir dan Fatin Shafiqah
Abdullah sekaligus membantu skuad kenari memperbaiki pencapaian menduduki
tempat keempat pada 2011.
No comments:
Post a Comment