Presiden PBNJ yang digantung, Tunku Mahkota Johor dalam satu
kenyataan hari ini mengumumkan akan menghadiahkan sebuah kereta Audi Q7 SUV
masing-masing kepada dua pemain terbaik Johor Darul Takzim musim ini.
Ini bukan sahaja untuk menyemarakkan pemain-pemain pasukan
itu untuk melakukan yang terbaik ketika aksi final Piala FA Sabtu ini, tetapi
turut melakukan sebaik mungkin untuk cuba menjuarai Liga Super walaupun harapan
kian tipis.
Ini adalah antara langkah diambil TMJ dalam memastikan pemain mereka terus menunjukkan kesetiaan untuk musim mendatang. Lain pasukan, lain strategi.
jangan berkumpul di RNR seremban - kat nanti jem highway!!!
ReplyDelete