Pautan Suara Sukan

Monday, October 8, 2012

FAM Tetapkan Shah Alam Venue Final, Tiada Perubahan Harga Tiket

Atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, Persatuan Bolasepak Malaysia memutuskan Stadium Shah Alam akan menjadi gelanggang final Piala Malaysia tahun ini yang akan berlangsung pada 20 Oktober depan.



Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata : “Sepertimana biasa Stadium Nasional adalah venue final kerana ia adalah gelanggang neutral bagi kesemua pasukan, tetapi setelah kita pantau dan lihat keadaan stadium, mendapat laporan tentang keadaan rumput, kita telah membuat pemeriksaan pada hari ini, jawatankuasa telah bersidang dan memutuskan venue perlawanan akhir adalah Stadium Shah Alam, mengambil kira ia adalah yang kedua terbesar.

“Keadaan padang tak membenarkan, kita lihat 70% rumput baru ditanam pada awal September selepas digunakan pada sambutan Hari kemerdekaan, akarpun masih lembut ia akan ambil sebulan untuk kuat cengkaman, kita juga yakin rumput tak boleh nak naik sebelum tarikh 20 Oktober, lebih-lebih lagi keadaan ini tidak selamat untuk para pemain. Padang juga belum rata, kalau diteruskan di sini hanya akan menjejaskan kualiti permainan,” katanya selepas memantau keadaan di Stadium Nasional Bukit Jalil diiringi Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad dan Naib Presiden, Dato’ Affandi Hamzah.

Mengenai harga tiket, Hamidin berkata harganya telah ditetapkan pada awal musim sebelum Liga Malaysia bermula, dan takkan ada perubahan terhadap harga yang telah ditetapkan itu. 

No comments:

Post a Comment