Tindakan FAM untuk tidak menghantar
bantahan terhadap kes membabitkan pemain lebih umur Myanmar pada Kelayakan B-22
Piala Asia, bukanlah satu kejutan dan ianya sudah diduga dari awal - tetapi pastinya satu kekecewaan buat seluruh peminat bolasepak tempatan yang merasakan FAM tidak seiring dengan apa yang mereka laungkan, Support Our Local Football.
Awal-awal lagi hanya media dan ‘pihak
ketiga’ (mengikut kata Datuk Azuddin Ahmad) yang dilihat bersungguh-sungguh
memperjuangkan nasib, mencari bukti bagi membantu skuad B-22 negara itu yang tersingkir selepas kekalahan
kepada Myanmar, pada ketika FAM mengambil sikap berdiam diri dengan alasan
tiada bukti, manakala bukti yang ada pula tidak mahu dimanfaat dan dikatakan tidak dapat membantu.
Tatkala beberapa bukti diperoleh media dilihat sudah cukup untuk setidak-tidaknya membolehkan bantahan dikemuka, berikut beberapa dokumen yang
mempengaruhi tindakan FAM untuk tidak membuat bantahan.
Mengikut maklumat atau bukti yang diperolehi FAM dari senarai pendaftaran pemain ini, memang SAH Kaung Si Thu adalah pemain yang lahir pada 1993, iaitu berusia 19 tahun, manakala Kyi Lin lahir pada 1992, iaitu berusia 20 tahun - ini berbeza dengan maklumat awal yang tertera di laman wikipedia yang kemudiannya telah diedit.
Sementara Kyaw Zayar Win pula dikatakan dua individu dengan nama sama, seorang berusia 24 tahun, dan seorang lagi berusia 21 tahun justeru menjadikan FAM membuat konklusi betapa mereka 'tidak boleh menang kes' walaupun bantahan dikemuka.
Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapa susah sangat untuk hantar sahaja bantahan, menang atau tidak biar AFC yang tentukan melalui jawatankuasa tertentu yang akan menyiasat kes ini, sekurang-kurangnya kita cuba untuk fight akan perkara ini - apakah rasional mengalah sebelum mencuba sedangkan peluang itu tetap ada?
Menurut Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa : "FAM tak mahu protes kerana AFC dilaporkan hanya menerima dokumen rasmi daripada Myanmar, justeru apa jadi dengan dokumen rasmi untuk pemain sama yang diguna masa Sukan SEA? Saya rasa FAM tak pernah nak kisah pun nak simpan dokumen tu sebelum ni, AFC pun terkenal dengan sikap malas nak periksa, apa ada depan mata diorang tengok..".
Apa gunanya juga Malaysia mempunyai wakil di dalam AFC andai kesemua mereka tidak sedikitpun memberi kelebihan kepada kita pada situasi yang melampaui keraguan munasabah seperti ini? Umpamanya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Naib Presiden), Dato' Hamidin (Jawatankuasa Pertandingan), dan Dato' Alex Soosay (General Secretary).
mesti time ni ramai peminat bolasepak malaysia rindukan Tan Sri Annuar Musa, sbb TSAM yg benar2 nampak cintakan bolasepak Malaysia, yg lain nk g stadium pn payah. sy rasa baru peminat malaysia dapat tahu apa sebenarnya sikap FAM dan membenci FAM, padahal rakyat Kelantan dah lama menderita dek FAM dan terbaru kes yg melibatkan TSAM. masa kes TSAM rakyat Kelantan je yg bersungguh menegakkan kebenaran TSAM dan rakyat negeri lain bergelak ketawa menyatakan bahawa FAm betul dan TSAM salah. sekarang tgklah semua apa yg terjadi , GOMO KELATE GOMO, KITA GOMO SENGOTI
ReplyDeletemohon hamba Allah jgn racist kenegerian sgt. kami penyokong2 bola sepak malaysia dari negeri lain pun kecewa dgn marah atas tindakan FAM ke atas TSAM, dan juga yg lain2.
ReplyDeleteOrang kelate ni kuat sifat kenegerian. zzz...
ReplyDeletesemua org x suka FAM
mngkn FAM ni dah disuap dgn mcm2 bnda dr Myammar la nie... alasan mmg x logik. x ckup bukti tu mmg satu alasan yg x munasabah.. susah ke kalau nk kemukakan bantahan n AFC lakukan siasatan terhadap pemain2 myammar tu... rasata bkn susah pn nk siasat umur seseorang tu.. nmpk sgt dh FAM ni cuba jgk nk putar belit keadaan..
ReplyDelete“I don’t like any form of age cheating. But in Myanmar football, it has become second nature. We need more time to fix it,” said U Aung Kyaw Lwin, Yangon United FC manager.
ReplyDelete“When Kaung Si Thu was asked to play U-19, I said no because he was already 23. But for U-21, I yielded.”
http://www.mmtimes.com/2012/sport/615/index.html
bro aiman,
ReplyDeleteboleh x benda2 mcm ni dilaporkan kpd SPRM?
biar sprm siasat kot2 ada unsur rasuah kt sini?
sila berikan kepastian..
tq
Kita ni sbg rakyat bolehla ckp hanta je bntahan tu, tapi klau otak kite ni thp menteri, bende pling utama kita tgok, kalo bantahan tu tak valid, tak ke kita boleh dituduh cuba memalukan Myanmar? Sekaligus hubungan diplomatik pun terjejas... Esok-esok tiap-tiap kali kita qualify je group stage competition ape pun, Myanmar pulak asik hantar bantahan, tak ke buat gaduh jadinye...
ReplyDeleteKalo bantahan tu valid pun...
ReplyDeleteDahla MAS dipndg buruk satu dunia, sbab tak qualify cara betul... Lepas tu Myanmar pun mesti bengang... haru biru jadinye...
OK le tu takyah bantah, kita boleh jadikan ni satu pngajaran utk kita sedia qualifier asia cup 2015... atau mungkin kalo malaysia masuk afc challenge cup.
sudah2 la tu..nk bising pn dh xguna..tempoh bantahan pn dh tamat yg penting kta pndg ke dpn...kalu betul myanmar menipu xkn pergi jauhnye bolasepak diorg...lambat atau cepat je nanti kantoi...ambik la semua ni sbg iktibar...lps ni kta sokong skuad senior dlm aff suzuki cup..kalau lwn team myanmar kta hentam diorg cukup2 biar diorg tau langit tu tinggi ke rendah..hehehe
ReplyDelete