Pautan Suara Sukan

Saturday, July 7, 2012

Ahli Gabungan Tidak Dibenar Sentuh Isu Lain, Kongres FAM Hambar


Kongres FAM 2010 & 2011 yang berlangsung pada hari ini, menyaksikan hanya penambahan ahli jawatankuasa eksekutif daripada 8 kepada 10 orang menjadi ‘keputusan besar’ yang dibuat menjadikan keseluruhan sesi yang berlangsung hampir 90 minit hambar tanpa sebarang isu lain diketengahkan.

Penambahan 2 ahli wanita untuk membarisi jawatankuasa eksekutif adalah sebagai pindaan kepada artikel 33 statut FAM dan dimuktamadkan pada kongres yang dipengerusikan Presiden, Sultan Ahmad Shah, tengah hari tadi.

Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah berkata : “kita telah bersetuju dengan penambahan ahli jawatankuasa, di mana 2 tambahan itu khusus untuk kuota wanita, ia sejajar dengan peraturan FIFA dan AFC. Kita percaya ia dapat membantu pembangunan bolasepak wanita. Pencalonan sebagaimana biasa akan datang dari ahli gabungan sebelum kongres akan datang, dan saya yakin mereka akan calonkan individu yang relevan untuk mengangkat martabat bolasepak wanita,”.

foto : Mohamad Sabri Hassan
foto : Mohamad Sabri Hassan
Dalam pada itu, sepanjang kongres berlangsung, hanya Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dilihat aktif melontarkan pendapat dan pertanyaan pada ketika semua ahli gabungan lain tampak ‘berat’ untuk berbuat demikian, namun apa yang menjadi persoalan Shahidan adalah mengapa KONGRES TIDAK MEMBENARKAN ahli gabungan untuk bersuara tentang lain-lain perkara berbangkit.

“Kita ahli gabungan tiada ruang untuk bercakap tentang hal-hal lain yang berbangkit selain agenda mesyuarat, itu peraturan katanya. Jadi apa guna ada terms lain-lain perkara berbangkit dalam minit mesyuarat? Tujuan saya bersuara, saya mahu biarlah pertubuhan ini ditadbir secara kasih sayang, jangan ada buruk sangka. Kita kena rigid, jangan berpemikiran sempit,” katanya yang ditemui selepas berakhir kongres.

Antara perkara yang dibangkitkan Shahidan, apakah larangan memberi kenyataan turut membabitkan media sosial seperti blog, facebook, portal tidak rasmi atau mana-mana medium lain, atau ianya sekadar membabitkan media rasmi yang berdaftar sahaja namun tidak mendapat jawapan daripada Tuanku Presiden, sebaliknya disindir apakah beliau mahu mengikut jejak Tan Sri Annuar Musa, iaitu bersuara menggunakan laman facebook.

“Kita perlukan penjelasan tentang statut yang menyebut tentang kesalahan memberi kenyataan kepada media, apa terms media itu, adakah membabitkan media sosial? Kenapa ia tidak boleh dibangkitkan? Apakah bersuara menggunakan media sosial satu kesalahan? Takkan hari-hari orang bagi statement, hari-hari FAM nak tangkap orang? Nanti lokap tak cukup. Harini tangkap seorang, esok yang lain pula bercakap, ia takkan habis, FAM tidak boleh keras, tadbir secara lembut,” tambah Shahidan.

11 comments:

  1. di masa hadapan, diharap mereka dpt mengetengahkan isu2 yang lebih membina untuk memajukan sukan negara..mesti menjadikan setiap mesyuarat efektif dan memberi output yg boleh dilaksanakan dgn segera.. :-)

    http://amirrugbyclothing.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. "namun apa yang menjadi persoalan Shahidan adalah mengapa KONGRES TIDAK MEMBENARKAN ahli gabungan untuk bersuara tentang lain-lain perkara berbangkit."<---presiden n S/U takut ada usul supaya mereka letak jawatan laa tuu..-SDD-

    ReplyDelete
  3. bila nak mampus dia ni

    ReplyDelete
  4. Alahai FAM sindir TSAM kononnya layak bersuara melaui FB sahaja. tahukah kamu FAM,suara TSAM jauh lebih beritegriti, lebih konstruktif dan lebih intelektual kalau hendak di bandingkan dengan dua tiga individu dan juak2 yang duduk dikerusi empuk di FAM, tahukah kamu, TSAM telah berhempas pulas mengerah keringat untuk mempertahankan maruah negara, cuba bayangkan apakah perasaan rakyat Malaysia seandainya kedua2 piala itu dibawa ke seberang tambak Johor, kami rakyat Malaysia tidak rela...

    ReplyDelete
  5. 80 tahun sudaaa lagi 2 tahun mampus la tua ni

    ReplyDelete
  6. Waa.. segaknya Datuk Fendi mengiringi presidenya ke majlis kongress FAM baru2 ini, Naib presiden lah katakan....

    ReplyDelete
  7. poyo jer .. Muka hitam mcm beruk

    ReplyDelete
  8. mukew hodoh langcung teada nur kat wajah cemuge cultan pahang copat copat mampussssss

    ReplyDelete
  9. F.A.M BANGSAT DIBUNUH SAJA!

    ReplyDelete