Kelakar apabila Peter Butler, jurulatih yang dua kali
melarikan diri dari kem The Red Warriors, malah menghilangkan diri tanpa
pengetahuan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Februari lalu, kali
ini pening kepala memikirkan anak buahnya pula meniru pe’el sama.
Kehilangan penyerang Liberia, Francis Forkey Doe, untuk
tempoh lebih seminggu, nyata dilihat sebagai perkhabaran kurang gembira di kem
Terengganu, apatah lagi saingan liga yang berehat hampir sebulan akan
bersambung semula esok, 16 Jun, dengan Terengganu menentang pasukan adik,
T-Team.
Dan apabila Butler membuka mulut meluahkan rasa kecewa di
atas attitude buruk Forkey Doe ini yang turut dilabel sebagai tidak
professional dan tidak komited kepada pasukan, teringat pula saya kepada
tindakan sama Butler ketika meninggalkan kem TRW begitu sahaja tanpa sebarang
penjelasan ketika dia masih terikat dengan kontrak bersama KAFA.
Memang ketika itu salah di kedua-dua pihak, dan
masing-masing tidak mahu mengalah, tidak mahu sesekali ego tercalar, namun
tindakan Butler itu juga tidak professional apabila diberi cuti tetapi terus
hilang tanpa khabar berita, tiba-tiba dilaporkan berada di KL, dan memohon
untuk mengisi jawatan jurulatih di Indonesia.
Jadi, apabila ia berlaku pula di kem Terengganu, dengan
Butler sebagai jurulatih dan Forkey Doe sebagai pemain buat hal, ia boleh
dilihat sebagai seorang anak mengikut jejak bapanya – bapa borek anak rintik la
katakan, atau boleh juga disebut WHAT U GIVE, U GET BACK.
Forkey Doe dilaporkan tidak memaklumkan kepada pengurusan
tentang kelewatannya melapor diri di kem Terengganu hingga ketika ini, selepas
pulang menyertai skuad kebangsaannya untuk tugasan antarabangsa, tetapi
perlakuan Forkey Doe itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
foto :duniasukanonline |
Pemain itu, melalui borak-borak kosong antara saya dan bekas
jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris tidak lama dulu, sememangnya mempunyai
masalah disiplin dan kurang disenangi rakan sepasukan yang lain, malah dia juga
dikatakan agak DEMAND dan merasakan dirinya lebih bagus, berstatus bintang
berbanding pemain-pemain lain, dan perkara ini juga bukanlah sesuatu yang baru
bagi penyokong Sang Penyu sendiri.
Justeru, adalah tidak wajar PBSNT terus berlembut dengan
pemain ini, walaupun diakui dia merupakan antara pemain import terbaik setakat
ini dalam kancah Liga Malaysia, dikhuatiri dia akan terus besar kepala
seterusnya merencatkan keharmonian dalam pasukan. Manakala Butler pula, ingatlah
contoh yang baik akan sentiasa menjadi ikutan.
p/s : Jom beramai-ramai penuhkan venue perlawanan malam esok,
berikan sokongan tidak berbelah bahgi kepada pasukan kesayangan anda, di
sebalik kemeriahan Euro2012.
doe esok ada matgh dgn liberia agaknya. kelayakan africa nation cup lwn namibia.
ReplyDeletetu yg belum balik.. dan paham2 jela management kt malaysia ni mcm mana. haha..