Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini melahirkan rasa kecewa
di atas laporan yang mengatakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak,
Mohamad Abu Bakar Marzuki telah digantung selama 8 bulan dan dikenakan denda
RM8,000 kerana mengeluarkan kenyataan kepada media.
Sebaliknya, dalam satu kenyataan ringkas yang dihantar
kepada media hari ini, FAM menyebut bahawa mereka baru sahaja mengeluarkan
surat pertuduhan kepada Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang
bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib, dan beliau diberi masa
sehingga 7 hari dari tarikh surat tersebut untuk mengemukakan surat pembelaan.
Surat tunjuk sebab dikatakan perlu sampai ke Sekretariat FAM
sebelum 12 tengah hari, 7 Mei 2012.
Apa sekalipun, keputusan Jawatankuasa Tatatertib nanti sebenarnya sudah boleh diduga, skrip yang sama bakal terhasil, dan tindakan mengemukakan surat pembelaan sebenarnya tidak akan membawa apa-apa hasil buat Abu Bakar jika melihat kepada kes-kes yang terdahulu, FAM mana boleh dikritik - redha sahajalah.
SS yakin individu yang bertanggungjawab mengeluarkan surat
pertuduhan adalah Datuk Azuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM, sepertimana
dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Razak sebelum
ini – ini sekaligus membuatkan bukan sahaja SS, tapi majoriti peminat bolasepak
tempatan tertanya-tanya kenapa surat pertuduhan belum dikeluarkan Azuddin
kepada Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mana sudah sekurang-kurangnya
mengeluarkan 5 kenyataan kepada media tanpa kebenaran bertulis daripada kongress.
Apa yang diperkatakan oleh Tengku Abdullah ada benarnya, tetapi di FAM ia bukan soal benar atau tidak, sebaliknya soal JANGAN BERSUARA.
Apa yang diperkatakan oleh Tengku Abdullah ada benarnya, tetapi di FAM ia bukan soal benar atau tidak, sebaliknya soal JANGAN BERSUARA.
Di mana ketelusan FAM, atau lebih tepat, ketelusan dan integrity
Datuk Azuddin, kenapa berlakunya ‘double standard’ – satu persoalan yang belum
mampu dirungkai sehingga ke hari ini dan selama mana ia akan berterusan?
SKRIP YEY SUDAH DIJANGKAA...AMALAN DOUBLE STANDARD TETAP BERLAKU DLA FAM...HEHEHE....
ReplyDeleteMalu kokram.........
ReplyDeleteSaya tujukan ini kepada tuan2 yang berada dalam FAM, sama ada ianya Anggota Kongres, ahli2 exco, atau pengerusi kelab2 gabungan dan sesiapa saja individu dan personaliti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan FAM, saya ingin menesehatkan tuan2 bagi pehak penyokong dan peminat bolasepak tanahair khususnya dikalangan akar umbi. Tuan2 semua adalah bertanggung jawab untuk mereformasikan dan meletakkan balek FAM keatas landasan yang betul kerana disaat dan ketika ini FAM telah tergelincir dari landasan yang sebenarnya. Tuan2 bertindaklah sekarang. Undang2 FAM yang tidak relevan yang kononya ramai orang tidak faham WAJIB diperbetulkan, kaki tangan pejabat walau apa jenis jawatan sekali pon yang bekerja secara tidak professional seharusnya diganti dengan FRESH LEG. FAM adalah hak kita semua....
ReplyDeletebro, kau tahu kerana kuncu2 hamidin sudah berkuasa di fam. judin ikuti elunjuk. yang terbaru siva pula dilantik bos jk wanita dan dia terus singkir pengurus dan jadikannya pengurus. semua keledek kerbebus dari selgor dibawa ke jk itu. habislah....
ReplyDelete