Pautan Suara Sukan

Thursday, February 2, 2012

Import : Kaca Usah Disangka Permata


Sesudah tamat 5 perlawanan liga, juara bertahan, Kelantan menepati pre-season prediction selaku pasukan pilihan, dengan mencipta kelebihan awal di persada liga.

Meskipun hanya dipisahkan 1 mata dengan Terengganu dan Perak, masing-masing di tangga kedua dan ketiga, ia nyata tonik tambahan buat anak buah Peter Butler dalam misi muncul pasukan ketiga selepas Kedah dan Selangor berjaya mempertahankan trofi Liga Super untuk dua musim berturut-turut.

Kedudukan selepas tamat 5 perlawanan juga secara tidak langsung membayangkan saingan tahun ini, belum mampu untuk menyaksikan kehadiran pencabar baru, terutamanya dari kalangan pasukan yang selama ini lebih dianggap pelengkap saingan – antaranya Kuala Lumpur, Sabah, Johor FC, Felda United mahupun pendatang baru seperti PKNS Selangor dan Sarawak – mungkin mereka memerlukan lebih masa untuk mencetus impak.

Kesemua pasukan yang dinyatakan menduduki BOTTOM HALF kedudukan liga, sementara kelompok TOP HALF sepertimana dijangka diisi pasukan pilihan awal musim, kecuali KEDAH, yang mengalami kejatuhan prestasi mengejut.

Dengan saingan tahun ini dilaporkan akan lebih rancak dan bertambah meriah dengan kehadiran semula awang import, ia ternyata tidak lebih dari gimik kosong apabila kemasukan mereka sekadar menjadi watak popular dalam pasukan masing-masing, malah ada yang ditandatangani sekadar berbekalkan rakaman video serta reputasi lampau, dan ada juga yang ditamatkan kontrak tanpa langsung berpeluh di atas padang – berhabis puluhan/ratusan ribu ringgit sekadar untuk proses TRY & ERROR?

Bukan mudah mencari trio import seperti Kedah  suatu masa dahulu
Tidak dinafikan, kehadiran awang import sebenarnya disambut dengan MIX REACTION oleh peminat bolasepak tempatan, ada yang menyambut dengan positif, ada juga yang melihat ia sebagai suatu yang negative, masing-masing ada hak bersuara namun sayangnya sehingga waktu ini, aksi pemain import yang dikatakan memiliki reputasi hebat, sekadar indah khabar dari rupa dan gagal mengubah persepsi negative tersebut.

Pasukan yang paling hebat terkena tempias, pastinya Kelantan sendiri yang umpama ‘tertipu’ dengan CV mantap import mereka – Ghaddar, Antwi, Okine, Zakaria – hingga memaksa KAFA mengambil pula dua pemain baru, mengikat kontrak dengan mereka sekali lagi tanpa melihat dahulu sejauh mana keupayaan mereka. Apakah mereka tidak belajar dari kesilapan?

Begitu juga Selangor, yang menghantar pulang Lelo Mbele tanpa pemain itu langsung turun beraksi, sebaliknya kini sedang menguji bekas pemain Dinamo Zagreb, Bosko Balaban. Terengganu pula mendapatkan khidmat pemain yang sekadar beraksi di Liga KL iaitu Mahamadou Sumareh yang kemudiannya ditamatkan kontrak dengan alasan masalah visa, sementara Francis Doe dan Erison Da Silva (Baiano) belum menampakkan taring sebenar masing-masing.

Begitu jugalah ceritanya dengan Lazar Popovic, Michal Kubala (Perak) yang mana kelibat kuda tua, Akmal Rizal dilihat lebih menonjol dengan aksi hebat dan meyakinkan. Danilo Dos Santos dan Daniel Soares (Kedah) sekadar ‘MEMBANTU’ Kedah untuk berada di tangga ke-13 – malulah dengan pasukan seperti Felda Utd dan Johor FC yang langsung tiada pemain import (buat masa ini).

Seseorang pemain import haruslah 2 atau 3 kali ganda lebih bagus, lebih berkualiti dari pemain tempatan, kerana itulah mereka menerima gaji dan layanan yang lebih daripada pemain kita sedia ada. Tetapi kalau beraksi sekadar pemain di Liga Bolasepak Daerah, Liga DBKL atau Piala Presiden, rasanya lebih elok gaji besar diterima mereka dibayar kepada pemain-pemain remaja, bakat-bakat tempatan yang mempunyai potensi untuk mara lebih jauh ke depan.

Pasukan seperti Kelantan dan Terengganu yang akan bersaing dalam Piala AFC memang tidak dinafikan memerlukan kudrat pemain import untuk melontarkan cabaran hebat, namun janganlah terlalu ghairah, terlalu taksub hinggakan kaca pun disangka permata. 

Peringatan ini bukan sahaja kepada pasukan-pasukan dengan bajet atau reputasi besar, tetapi juga untuk semua pasukan agar anda tidak tersalah menilai, seterusnya membazir begitu sahaja wang ringgit sedangkan bukan main hebat mencanang bahawasanya anda tidak mempunyai dana kukuh, sumber kewangan terhad, minta bantuan penaja, syarikat korporat, last-last duit itu dibuang begitu sahaja.

3 comments:

  1. francis doe tak nampak taring sebenar?? biar betul...dah berapa gol die skor untuk terengganu pun kire tak menyerlah ke..import perak yg midfield tu pun leh tahan gak, yg striker tu tak berapa sgt (xpasti nama mereka)..tp import kelantan mmg tak seberapa, pemain tempatan kelantan lg bgs..psl kedah plak, masa awal season dulu coach wan jamak berlagak sgt kata tak nak amik marlon james pasal da tua, sekali dia da score byk utk ATM..

    ReplyDelete
  2. import perak y tahan bola dri sepakn salah sorang player perak(lupa da sapa).bola tuu kalo xtahan mmg goal r.bangang punye import player.

    ReplyDelete
  3. sementara Francis Doe dan Erison Da Silva (Baiano) belum menampakkan taring sebenar masing-masing.

    - Gua tertarik betul dgn ayat lu ni bro.... saya rasa anda belum buat research betul2 pasal permain import dlm liga M terutamanye Francis Doe...Tengok tak games Terengganu Vs Lions IXX? anda bagai membuat fakta berdasarkan laporan dlm akhbar dan hanya tonton games secara live kat tv je.... maafla...memang anda hebat sebagai wartawan sukan...namun anda masih belum betul2 "kick" lagi dlm menilai permain import...teruskan usaha anda...tengok betul2 dulu palyer import yg anda malsudkan itu dan baru nilaikan....

    ReplyDelete