Pautan Suara Sukan

Tuesday, February 7, 2012

Alkohol : Firdaus Menyesal, Digantung FAS


“saya cukup menyesal di atas tindakan saya, dan bersedia menerima apa sahaj hukuman yang akan dijatuhkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Singapura, saya akan beri kerjasama penuh, dan saya akan dedahkan fakta sebenar isu ini dalam tempoh terdekat..”.

Demikian reaksi pemain tengah Lions XII, Firdaus Kasman selepas dia digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bolasepak bagi satu tempoh yang ditetapkan selepas didapati bersalah tidak mematuhi kod tatatertib pemain yang telah ditetapkan Persatuan Bolasepak Singapura.

Ini ekoran insiden Firdaus mengambil alcohol (arak) ketika meraikan Majlis Hari Jadinya baru-baru ini, dan ia melanggar salah satu daripada Peraturan Tatatertib dan Etika Professional Pemain yang ditetapkan FAS, yang menyebut pemain dilarang sama sekali mengambil alcohol dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan waktu.

Pemain berusia 24 tahun itu, kini berada dalam pengawasan pihak polis sejak ditahan di Clarke Quay Sabtu lalu, dan dilaporkan sudahpun terlepas sessi latihan untuk dua hari. Malah, dia juga gagal melaporkan kepada pegawai pasukan tentang ketidakhadirannya.

3 comments:

  1. x silap aku dia kena gantung bukan sbb arak tp sbb gagal hadir latihan, kalau ingat balik berita sblum pengantungan, Firdaus Kasman dilapor hilang oleh Lions XII....

    hilang tu sbb kena tahan dlm lokap...

    kes minum arak tu sampingan sahaja, dia ditahan polis bukan sbb minum arak tetapi sbb terambil beg tangan org lain semasa mabuk, polis tahan dia atas kesalahan mencuri....

    ReplyDelete
  2. abg kassim sebab arak lah dia digantung.. kes ambik beg org tu, tu polis punya tindakan pulak.. tindakan FAS untuk si peminum adalah gantung.. adoi itu pun susah paham ke

    ReplyDelete
  3. anon kt atas x faham kot, xde kesalahan minum arak pun dlm bola sepak nie, org bukan islam pun ada dlm pasukan lions xii, dlm s-league bersepah org bukan islam, xkan sbb minum arak kena gantung.?? lawak la lu...

    ReplyDelete