Penampilan awalnya bersama T-Team lebih kepada kontroversi, malah impaknya tidak semaksima sepertimana dia megemudi Kelantan ke dua aksi final Piala Malaysia pada 2009 dan 2010, namun apabila sudah ada CHEMISTRY dan berjaya menyesuaikan diri bersama pasukan, maka kelibat INDRA PUTRA MAHYUDDIN tidak lagi boleh dipandang enteng mana-mana pertahanan lawan.
foto kredit : duniasukan.com |
Pada usia 30 tahun, Indra masih layak digelar pengempur berbisa, apatah lagi sentuhan jaringannya belum menampakkan tanda-tanda pudar, dan dia juga merupakan penjaring terbanyak pasukan berstatus kelab itu dengan 16 gol (11-Liga Super, 1-Piala FA, 4-Piala Malaysia), termasuk 2 gol yang dijaringkannya ketika menyingkirkan Sabah tempoh hari.
Menentang Negeri Sembilan malam ini, Indra bukan sahaja menggalas harapan menggunung T-Team membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik seterusnya mencipta sejarah sebagai kelab pertama selepas MPPJ Selangor mara ke final, tetapi turut membawa misi peribadi untuk beraksi di 4 final Piala Malaysia berturut-turut, dan yang kelima secara keseluruhan.
Pemain berasal dari Perak ini merasai aksi final pertama pada 2001, ketika itu mewakili negeri kelahirannya, tewas kepada Terengganu, 2008 bersama Selangor tewas kepada Kedah, 2009 bersama Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan, dan pertama kali merasai nikmat bergelar juara pada 2010 bersama Kelantan menewaskan Negeri Sembilan.
Berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil nama Indra akan sekali lagi tertera selaku pencetak gol buat T-Team menentang skuad Rusa, dan tidak mustahil juga bagi T-Team untuk meneruskan rentak cemerlang mereka dalam kempen Piala Malaysia kali ini apatah lagi dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, selain keberkesanan gandingan Zairo Anuar Zailani, Norfarhan Mohd, Fitri Omar dan Indra di barisan depan.
Manakala bagi Negeri Sembilan, peluang bagi mereka mengecewakan tuan rumah terbuka lebih luas andai berjaya mencari gol awal (gol tempat lawan), dan di sinilah jentera serangan diketuai Hairudin Omar perlu memainkan peranan berkesan, tidak lagi mengulangi kesilapan yang kerap mereka lakukan iaitu kegagalan menyudahkan deretan peluang terhidang, tiada gunanya menguasai perlawanan sepertimana ketika 2 perlawanan menentang Felda Utd tetapi tiada sentuhan penyudah.
Kembalinya Zaquan Adha Razak pastinya memberikan lebih pilihan buat Azraai Khor yang turut memiliki Firdaus Azizul, Shahurain Abu Samah dan Fakri Saarani di barisan depan.
SS prediction : T-Team 3 – 2 Negeri Sembilan
t-team mng 2-1
ReplyDeletehai-0 dan indra bijak mencipta peluang di depan gol..... pemain yang sangat kreatif...
ReplyDeletegame seimbang diantara kedua pasukan kerana mempunyai pemain2 bepengalaman,yang mano sedikit kelebihan mgkn berpihak kepada N9 jika t-team x dpt menyaingi shukor di bahagie tengoh.posisi lain nampaknya setara.Kelebihan t-team pulok sbb main diganu kot.prediction kawe 0-0
ReplyDeletemitok2 la ganu nga t-team xley g final.bru air mato blakow.sbb ganu agah etek.mene nga kelate pn kih pgdil.x rok cetong!
ReplyDeletetrg menang dgn selangor tpi tgk ref......banyok wi free kick ke selangor.....x bunyi pon....prinsip trg nk jadi juara kene lawan lake.....hahahah
ReplyDeletesalam abg aiman,mntk komen psl artikel di blog sy..amatur la katakan..hehe
ReplyDeletehttp://princehizami.blogspot.com/2011/10/misi-ke-33-bakal-terkubur.html