Pautan Suara Sukan

Tuesday, August 9, 2011

Kejohanan Dunia : Beregu Kontroversi Gagal Teruskan Kejutan


Sensasi dicipta beregu kontroversi, Zakri Abdul Latiff/Hoo Thien How, sekadar mampu bertahan hingga aksi pusingan kedua, apabila ditunjukkan jalan keluar, oleh beregu dari Taiwan, Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu.

Zakri/Thien How yang mengejutkan juara dunia 2005, Tony Gunawan/Howard Bach pada aksi pusingan pertama tewas straight set selepas memberi tentangan sengit, 24-26, 19-21 dalam masa 45 minit kepada pasangan pilihan kesepuluh kejohanan itu.

Sebelum ini, kehadiran Zakri/Thien How di Kejohanan Dunia ini, mencetus kontroversi hebat, apatah lagi mereka ‘layak’ ke Wembley atas pemilihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mengetepikan beregu yang berhak layak secara merit, Gan Teik Chai/Tan Bin Shen, membuatkan ramai yang mahu melihat sendiri sejauh mana gandingan ini boleh mencipta impak pada penampilan pertama mereka ini.

Dalam pada itu, pemain veteran, Wong Choong Hann hanya memerlukan 18 minit untuk mara ke pusingan kedua, apabila mencatat kemenangan mudah ke atas pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsin, 21-7, 21-9.

No comments:

Post a Comment