foto : bharian.com.my |
Hampir 15 tahun bergelar pemain bolasepak professional, tonggak veteran Felda United, Chow Chee Weng akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada arena bolasepak tanah air apabila mengumumkan persaraannya secara rasmi, hari ini.
Bagi pengemar bolasepak tanah air (bukan yang baru nak minat & kenal bolasepak), nama Chee Weng pastinya bukan asing – pemain VERSATILE yang mencipta nama ketika zaman kegemilangan Pulau Pinang pada penghujung 90-an, ketika skuad Harimau Kumbang diperkuatkan pemain bintang seperti Azman Adnan, Merzagua Abderazak, R.Sureshkumar, G.Shanmugam, Moey Kok Hong, Ooi Hoe Guan dan Azlisham Ibrahim.
Chee Weng juga merupakan anggota skuad Piala Dunia bawah 20 tahun negara pada 1998, Olimpik 2000 bimbingan Hatem Soussi, dan turut pernah menabur bakti bersama beberapa pasukan lain termasuklah Negeri Sembilan, Selangor Public Bank, Sabah sebelum berhijrah ke Felda United pada 2009.
Chee Weng juga pernah mewakili pasukan kebangsaan bimbingan K.Rajagobal pada 2004 dan tidak dinafikan antara yang tersohor di kalangan pemain berbangsa cina yang pernah mewarnai Liga Malaysia, selain Chee Wan Hoe, Ching Hong Aik, Wong Sai Kong, Chan Kok Heng, dan Ng Kok Heng (pemain seangkatan beliau sahaja).
Antara pencapaian Chee Weng, menjuarai Piala FA (2002) dan Naib Juara Piala FA (1997), kedua-duanya bersama Pulau Pinang.
“memang ia satu keputusan sukar meninggalkan lapangan yang saya ceburi almost 15 tahun lebih sejak dari usia remaja, tapi sudah tiba masanya, saya kena berundur, banyak kenangan pahit manis sukar untuk saya lupakan, ia satu memori indah. Terima kasih kepada Felda Utd beri saya peluang menabur bakti, walaupun berstatus veteran, sekarang masa untuk saya fokus family dan masa depan..”. – Chow Chee Weng.
Kepada Chee Weng, semoga berjaya dalam apa jua bidang diceburi selepas ini, sama ada ianya masih melibatkan bidang sukan, atau bidang lain. Pastinya pengalaman anda masih ditagih Felda Utd, dalam usaha mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru yang berpotensi dari komuniti mereka sendiri. SELAMAT MAJU JAYA CHOW CHEE WENG!!
chee weng main youth world cup 98 di kl sekali dgn nafuzi zain, tg hazman & nik fadli nik leh kan?
ReplyDeleteyes bro..
ReplyDelete"Bagi pengemar bolasepak tanah air (bukan yang baru nak minat & kenal bolasepak), nama Chee Weng pastinya bukan asing"
ReplyDeleteSombongnya ayat dia..huhuhu..
Satu sekolah dgn ambo. Methodist ACS
ReplyDeletePoop
ReplyDelete