Status selaku penjaring terbanyak Liga Super musim 2011 dengan 20 gol, dalam sekelip mata melonjakkan nama Abdul Hadi Yahya selaku antara penyerang wajar digeruni pertahanan lawan, seterusnya menjadi rebutan beberapa pasukan gergasi bolasepak tanah air.
Dengan pasukan yang diwakilinya kini, Terengganu sendiri layak dilabel antara pasukan TOP liga tempatan, ditambah pula dengan status Sang Penyu selaku Juara Piala FA, penyerang berusia 26 tahun kelahiran Klang ini, tidak begitu teruja untuk mencuba nasib atau menempa nama bersama pasukan lain.
Bagi Hadi, dia selesa bersama Terengganu, yang membantu melonjakkan namanya dalam tempoh singkat – terima kasih kepada jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim yang memberi kepercayaan penuh kepadanya, dengan memberi posisi penyerang utama, dibantu gandingan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin di barisan depan.
“memang saya akui ada mendapat beberapa tawaran sejak sebelum tamat Liga Super lagi, ada 2-3 team, tapi saya belum pertimbangkan sebarang tawaran, lagipun saya selesa di sini (Terengganu), Piala Malaysia pun belum start lagi, maybe next season kat sini lagi kot. Bagi saya tawaran tinggi bukan perkara pokok, itu no.2, yg utama adalah KOMITMEN (ambition) pasukan itu sendiri, boleh pergi jauh atau tidak, kesungguhan mereka, dan pengurusan yang baik..”. – Abdul Hadi Yahya.
Hadi sebelum ini pernah beraksi bersama Selangor, Kuala Lumpur dan T-Team, dan 2011 nyata tahun bertuah untuknya apabila disenarai sebagai salah seorang daripada 23 pemain skuad Harimau Malaya, bimbingan Datuk K.Rajagobal, dan menjaringkan gol pada penampilan pertamanya di pentas antarabangsa, ketika seri 1-1 menentang Hong Kong.
Apapun, Hadi nyata belum puas, selagi tidak menjaringkan gol di perlawanan kompetitif, dan meletakkan sasaran untuk membuktikan sentuhan pemusnahnya ketika menentang Singapura, dalam aksi Kelayakan Piala Dunia, 23 dan 28 Julai depan.
“Bagi saya perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool, serta menentang Singapura ada bezanya, ia dua pengalaman berbeza. Arsenal dan Liverpool, peluang untuk kita merasai dan menimba pengalaman beraksi bersama bintang bolasepak dunia, Singapura pula hidup dan mati kita dalam perjuangan merebut tempat ke pusingan seterusnya. tapi memang mentality saya nak skor setiap game, coach pun cakap anggap lawan Arsenal dan Liverpool, sebagai satu pertandingan (tournament), lakukan yg terbaik, enjoy the game, dan yang penting elak kecederaan..”.
Skuad negara akan menentang Arsenal pada 13 Julai, diikuti Liverpool pada 16 Julai, dan Chelsea (21 Julai), yang mana perlawanan menentang Chelsea akan diwakili oleh skuad Olimpik negara bimbingan Ong Kim Swee, selain diperkuatkan beberapa tonggak berpengalaman seperti Hairudin Omar, Amri Yahyah, S.Subramaniam, Daudsu Jamaludin, Badri Razi dan Farizal Marlias.
hadi mung bayar brapo ko penjaga gol felda united bruni? Napok sangat bola bayar.. Mcm sengaja jah lepas gol .. Napok sangat nk kasut emas! Wakakakaka!
ReplyDeleteJgn main tuduh gitu , ingat skit Kelate pon pernah mng 6-0 nga FELDA , beza 6 gol tuh , ganu mng 6-2 , beza 4 gol jah :)
ReplyDeleteawe org gol bayok ye royat bayo lalu..bila nok maju bolasepak negara kita kalu ada org pe mung nie...berat nanang..baham ke mum r blake...
ReplyDeletebagi pendapat kawe xdok game hok diatur dale team senior nih. kito blh tgk puok2 presiden rama keno tangkap. team senior tidok bodo nok atur game, nanti tok pasal2 tertutup periuk nasi.. tahniah utk hadi.. tu kesungguhan dio utk skor sbhanyok mngkin. TAHNIAH KELATE UNTUK JUARA LIGA hehehe...
ReplyDeleteitu rezki abdul hadi..tahniah abdul hadi..kekalkan prestasi anda..red warriors tetap di hatiku..walaupun kami anak kelahiran besut
ReplyDeletestarang awok tranung..
ReplyDeletetahniah org Besut, org pantai timur sejati, org Besut kental dan berani terus menyokong Kelantan dan Terengganu.... xsabar nak g berkhidmat di Jerteh semula.....GKG
ReplyDeletedah jadi rezeki hadi dan bukan matyo nak wat camne.. kita penyokong kena la terima ...
ReplyDeletesebagai penyokong TRW kita jgn mempelekehkan team lain dan kita kena ingat kalau kita hebat ada team lain yang lagi hebat..kalah menang adat bertanding jadi terimalah dgn hati terbuka.. -GKG-
sy sbgai penyokong sejati TRW jg keciwa hadi memintas saat2 akhir..tp kita jg perlu igt,3 penalti matyo yg gagal disempurnakan dgn baik..kalau cuma 1 yg gagal,insyaALLAH kasut emas jd milik dia..tp dah tersurat gitu..nk wat guano...huhu
ReplyDeletetahniah hadi..terbaik dr demo
ReplyDelete