Pautan Suara Sukan

Monday, July 11, 2011

Dalam Kenangan : Takkan Ada Seorang Lagi Mokhtar

Sebut sahaja nama Mokhtar Dahari, pastinya terkenang kembali kelibat lincah seorang wira, seorang tokoh bolasepak, seorang lagenda termahsyur di zaman kegemilangannya.

Tidak keterlaluan, malah pastinya diakui majoriti peminat bolasepak tempatan, jika dikatakan Mokhtar tiada galang ganti – teknik KAWALAN BOLA dan KEPANTASAN LARIAN yang MEMUKAU, KEMAHIRAN atau SKILL individu yang MENAKJUBKAN, penyerang dengan SENTUHAN PEMUSNAH di depan gol, KEKUATAN SEPAKAN yang cukup LUAR BIASA, KELIBAT yang MENGHADIRKAN GERUN pertahanan lawan, KEBIJAKSANAAN MENGHIDU PELUANG – menjadikan SuperMokh UNSTOPPABLE ketika zaman kemuncaknya.

Kehebatan SuperMokh, sememangnya bukan suatu yang asing di rantau Asia ketika itu, justeru tidak hairanlah pemain berasal dari Setapak ini pernah diiktiraf sebagai penyerang TERBAIK ASIA pada 1977, tahun yang sama menyaksikannya meraih Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

Mokhtar adalah ROLE MODEL, contoh pemain yang wajar dijadikan teladan di atas KOMITMEN, KESUNGGUHAN dan ASPIRASInya. BOLASEPAK SUDAH SEBATI dengannya, MENGALIR SEBAGAI DARAH DI DALAM DIRInya, SEMANGATnya cukup LUAR BIASA, PATRIOTISMEnya NYATA TIDAK BOLEH DIPERTIKAI – SuperMokh adalah jenis pemain yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mengangkat nama Malaysia berdiri sama tinggi dengan jagoan bolasepak dunia ketika itu.

Antara detik yang pastinya masih segar dalam memori, 2 gol jaringan SuperMokh ketika Malaysia menundukkan gergasi England, Arsenal, 2-0, serta gol menakjubkannya ketika mengikat skuad England B bimbingan Bobby Robson, 1-1.

Bekas jurulatih SuperMokh, Datuk Ghani Minhat, antara individu memainkan peranan besar membentuk beliau muncul PENYERANG TERBILANG Asia, menyifatkan kelebihan yang ada pada SuperMokh suatu yang cukup istimewa yang tiada pada pemain lain.
 
“Mokh cukup istimewa, dialah kapten, seorang pemimpin pasukan yang dihormati, semua mengagumi dia, kalau dia sepak bola, u jangan sesekali nak tahan bola tu, kekuatan kuasa kuda (tergelak), kalau defend boleh patah kaki, kalau keeper boleh patah tangan, Arumugam (bekas penjaga gol negara) pernah patah jari masa nak save bola dia..dia pemain yg cukup berdisiplin, tak pernah ingkar arahan saya, kesungguhan dia takkan boleh kita lihat pada orang lain. saya yakin belum ada, dan takkan ada pemain sebaik dia selepas ini, dia tiada ganti..”. – Datuk Ghani Minhat, Bekas Jurulatih SuperMokh.

“saya ni masa dia main, sekolah lagi. memang kagum dan bangga lah dengan pemain seperti SuperMokh, idola ramai ketika itu, apabila saya dapat peluang main bersama dia dalam satu pasukan (Talasco) memang gembira sangat lah main dengan idola kita kan, saya follow dia sejak awal dia main, seorang yg cukup gigih, cukup fokus, u boleh cakap apa saja pasal dia, tapi jangan sesekali kutuk pasal Selangor, Malaysia, dia cukup pantang.. saya dengan dia beza 10 tahun, dia banyak mengajar saya, bukan sahaja bolasepak tapi juga erti hidup. dia tak layan saya seperti kawan atau sekadar rakan sepasukan, tetapi sebagai abang-adik..banyak memberi saya nasihat..”. – Zolkifli Ahmad, bekas rakan sepasukan.

“semangat SuperMokh cukup luarbiasa, apabila kita main, dia mesti mahu menang, kalau kalah, takkan bercakap dengan orang, makan pun tidak, tak percaya u tanya wife dia, dia akan memberontak hingga dia tahu punca kekalahan dan kemudian bangkit pada next game, he’s really passionate, patriotism dia cukup tinggi, sayang dia tinggalkan kita pada usia cukup muda..” – Datuk Santokh Singh.

Menyingkap kegemilangan SuperMokh, beliau adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Selangor (177 gol) dan juga Malaysia (125 gol) dengan 167 penampilan antarabangsa – rekod yang pastinya sukar ditandingi mana-mana pemain.

Beliau memulakan karier bersama pasukan Selangor, pada 1971 di Kejohanan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), menentang Kedah dan menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, sebelum dipanggil Jalil Che Din mewakili negara pada Kejohanan Pestabola Merdeka 1972, yang menjadi platform buatnya mempamer kehebatan.

Selepas mengumumkan persaraan pada 1979, SuperMokh kembali ke arena bolasepak antarabangsa untuk meraih kap ke-100 antarabangsa ketika Malaysia menentang Jepun di Pestabola Merdeka 1980, dan kemudiannya mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors diketuai lagenda Bolasepak Dunia, Diego Maradona (1982).

14 tahun bergelar pemain kebangsaan, kejayaan dicapai SuperMokh bukan satu atau dua, dan yang paling diingati pastinya kejayaan meraih Pingat Gangsa Sukan Asia 1974, Emas Sukan Sea 1977, 1979 dan Pingat Perak Sukan Sea 1981, manakala bersama Selangor, SuperMokh antara tulang belakang yang membantu Selangor muncul kuasa bolasepak tanah air ketika itu dan pernah menjulang Piala Malaysia 10 kali.

Selepas membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia pada 1986, dan menghadiahkan jersi nombor 10 miliknya kepada Raja Muda Selangor ketika itu, SuperMokh mengumumkan persaraan buat kali kedua, namun sekali lagi kembali berbakti kepada Selangor setahun kemudian sebelum membantu Kwong Yik Bank menjuarai Liga Selangor pada 1988.

Tanggal 11 Julai 1991, iaitu genap 20 tahun daripada tarikh hari ini, Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya, setelah menderita akibat penyakit MUSCULAR DYSTROPHY – satu kehilangan besar bukan sahaja kepada peminat bolasepak, tetapi Malaysia khususnya kehilangan seorang rakyat, perwira yang sanggup berkorban apa saja untuk tanah air tercinta.

Sesungguhnya, SuperMokh tiada ganti, takkan ada seorang lagi Mokhtar Dahari. Al-Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat.

9 comments:

  1. sy tidak pernah tgk permainan moktar ni..masa tu umah sy takder tv..sy org kg hidup susah..

    ReplyDelete
  2. sy pn xpnh tgk gak.dalam tb xpnah tnjuk mokhtar maen.generasi2 muda sume tringin sgt nk tgk die maen.mcm mne kitorg nk diclare mokhtar 2 hebat sdangkn kitorg xpnah tgk care die drible,shooting bola.

    ReplyDelete
  3. Mngapa tajuk entri ni "Takkan Ada Seorang Lagi Mokhtar"..?
    Sepatutnya kita perlukan lebih dari apa yg Arwah ada, bkn seorang tp beratus2 org kalu boleh.

    Kalau difikirkan semula dimana silapnya team m'sia..? Jika dulu kita boleh fight dgn england, boleh kalahkan arsenal, jepun dan korea ni lauk je tp mngapa skrg terlalu teruk kebelakang..? nak lwn singapore negara kecil pun kita kelam kabut.

    Korea jepun dah berkali2 msuk WC tp kita..? Spatutnya kita dulu yg msuk pasal kita lg hebat dulu2..

    Apakah punca sebenar..? Pembangunan bolasepak @ rasuah @ presiden seumur hidup..? Hehe..

    Memandangkan Saudara Admin byk mngetahui sejarah bolasepak m'sia, rapat dgn bekas2 pemain dan lagenda2 kita dulu2 harap saudara dpt membuat satu entri yg merungkai persoalan yg saya percaya org lain terutama org muda kurang mngetahuinya..

    Terima Kasih..

    -ZP

    ReplyDelete
  4. meh aku bagitahu sbb apa game lama2 x disiarkan kt TV..sbb game dulu2 x mcm skrg..dulu game bosan giler kalau tgk kt tv...

    kalau siar game lama2...confirm ramai akan pertikai kehandalan pemain2 'legenda' yg duk dipuja2 skrg...

    p/s aku cakap berdasarkan video penuh M'sia vs Korea Selatan yg bawa M'sia ke Olimpik 1980 hasil kemenangan 2-1...kalau korang tgk game tersebut, mmg bosan giler la..

    sumpah korang akan pertikaikan kualiti permainan legenda2 M'sia yg duk dipuja2 skrg..

    ReplyDelete
  5. Mngapa tajuk entri ni "Takkan Ada Seorang Lagi Mokhtar"..?

    meyh aku jwb
    mmg xde walaupun seorang lg mokhtar , manusia semua berbeza , jika suatu hari nanti akan lahir seorang lg player yg akan score lebih byk goal dari mokhtar , yg caps lebih byk dari mokhtar atau bawa Malaysia ke World Cup sekalipon , die tu bukannye Mokhtar Dahari

    ReplyDelete
  6. Muhd Shamil: Tu semua org pun tahu,
    Admin sila jawap persoalan di atas.

    ReplyDelete
  7. mai sy jawab..maksud penulis..

    lum ada lagi pemain yang setanding dgn moktar dahari..selepas kematian beliau..lum ada lagi pengganti seperti moktar..itu maksud penulis sebenarnya..

    ReplyDelete
  8. hmm....super mok adalah yg terbaeeekkkk pada zaman nye....tu sudah nyata....

    ReplyDelete
  9. Ye.. Setakat ni memang takde pun player Malaysia yang boleh inspire the whole team untuk berjaya macam Supermokh pernah buat untuk Malaysia dulu.

    Walaupun kadang-kadang ada gak nama yang tertonjol, macam Safee Sali, tapi biasa naik sekejap je.. Pastu jatuh balik. IMO, Safee tak bleh pakai sangat.. Too 1-dimensional.. Weapon die merembat je.

    Mas ada banyak potensi, sebab tu ler youth Malaysia main baik masa kt international. Tapi bila naik jadi Senior team.. Haprakkkk

    ReplyDelete