Bolos 18 gol dalam 4 perlawanan, statistik yang dengan sendirinya menceritakan betapa pincangnya barisan pertahanan negara tanpa perlu diulas dengan lebih terperinci. Jelas ini bukan barisan pertahanan yang kita kenali akan keampuhan mereka hingga diangkat tonggak kejayaan Piala AFF Suzuki tujuh bulan lalu.
Jika ketika itu gandingan Mahali Jasuli – Muslim Ahmad – Fadhli Shas – Asrarudin Putra, sesekali dibantu kelibat Sabre Abu dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang hanya bolos 3 gol dalam 6 perlawanan (tidak termasuk perlawanan pertama Malaysia tewas 1-5), keserasian dan keampuhan itu nyata gagal dibentuk semula K.Rajagobal yang sekali lagi menyaksikan kesilapan mudah dan kelemahan pertahanan menjadi punca utama harapan Malaysia mara ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia ibarat ‘telur di hujung tanduk’.
Gandingan yang sama, namun tiada lagi sesuatu untuk digentarkan, tiada lagi keserasian dan gandingan mantap, tiada lagi aksi lasak yang boleh menyekat pergerakan penyerang lawan sepertimana mereka pernah mengecewakan Sarayoot Chaikamdee (Thailand), Nguyen Trong Hoang (Vietnam), serta Cristian Gonzalez dan Irfan Bachdim (Indonesia).
Kehadiran semula pemain pertahanan yang juga bekas kapten, Aidil Zafuan Abdul Razak juga tidak dapat menutup kelemahan itu, dan sekadar menjadi watak popular di barisan pertahanan yang terpaksa diperkuatkan tonggak skuad Olimpik ekoran tersisihnya Norhafiz Zamani Misbah dan Nasriq Baharom.
Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal ketika ditemui penulis tidak lama dulu pernah menyuarakan rasa terkilannya akan kegagalan barisan pertahanan berfungsi dengan baik, kerap hilang konsentrasi dan tidak belajar daripada kesilapan, justeru khuatir ia akan menjejaskan peluang pasukan negara.
Manakala Rajagobal juga pernah beberapa kali membidas pemain pertahanan negara secara terbuka, namun ia tampak tidak mengubah keadaan malah menjadikannya lebih buruk.
Apapun, melihat kepada 5 gol yang dilepaskan pada perlawanan menentang Singapura, timbul 2 persoalan. Pertama, ke manakah hilangnya pemain pertahanan negara ketika barisan depan Singapura diketuai penyerang veteran, Aleksandar Duric bermaharajalela dan mempersenda benteng pertahanan yang seolah ‘tidak wujud’ sepanjang 90 minit permainan, dan kedua, prestasi Sharbini Allawee yang langsung tidak meyakinkan.
Umpamanya gol pertama itu sendiri mungkin boleh dielak jika Duric dikawal baik Fadhli, atau Sharbinee bertindak pantas merebahkan badan (automatic response yang perlu ada pada mana-mana penjaga gol), gol kedua pula Sharbini sekadar memerhati, membiarkan sahaja bola mengegar gawangnya, gol ketiga berpunca kegagalan awal Asrarudin yang seolah hilang arah tuju serta Muslim menyekat/mengawal pergerakan Mustafic manakala Sharbini tidak melakukan sebarang cubaan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Gol keempat, PALING KETARA, bermula sekali lagi menerusi kesilapan Asrarudin, diikuti kegagalan Muslim dan Amar Rohidan, dilengkapkan MAHALI JASULI yang sekadar memerhati Shi Jiayi, tanpa mencabar langsung larian dilakukan penyerang itu.
Dan kelima, PEMAIN PERTAHANAN BOLEH DISAHKAN TIDAK WUJUD dalam permainan ini, apabila Mahali yang gagal menyekat pemain Singapura dari melakukan hantaran, langsung tidak berusaha untuk merampas semula bola berkenaan dari kaki Duric, hanya memerhati, dan cukup memalukan melihat seorang pemain berusia 41 tahun, melakukan turning semudah A,B,C untuk gol kelima.
Melihat situasi ini, apakah konklusi yang anda sebagai peminat HARIMAU MALAYA fikirkan, pada ketika bukan sahaja pertahanan, tetapi penjaga gol juga mempamer prestasi mengecewakan dan langsung tidak meyakinkan?
SS yakin Rizal Fahmi, atau Farisham Ismail (dua pilihan centreback lain) sendiri belum tentu dapat menggalas cabaran berat ini, apatah lagi dengan kekurangan pengalaman di pentas antarabangsa, manakala di gawang, Rajagobal perlu mempertimbangkan dengan serius sama ada mengekalkan Sharbini atau mengembalikan posisi no.1 kepada Apek, yang turut mengalami kemerosotan prestasi.
bila penyokong menjadi panjaga gol...tgk je bola masuk dalam
ReplyDeleteshar5bini
ReplyDeletexperlulah kisah sangat pre-season match..dah tahap player kite sampai situ je lagipun tu game pertunjukkan..anggap jela game tu nak bg player kite merasa bermain ngn player tahap tinggi dari kite..
ReplyDeleteterime jela yg kite dah silap pecaturan..player kite kepenatan..ngn singapura dah wat persediaan awal kaji team kite, time team malaysia lawan taiwan ngn arsenal/liverpool..lagi dorang dah lawan ngn taiwan..mungkin taiwan ade bg tips kelemahan team kite..
FULLSTOP bercerite ngn kesilapan lalu..raja ngn player kite semestiye sudah sedar ngn kesilapan sendiri..
ape2 pun kite perlu bangkit di bukit jalil nanti..ramai2 penuhkan stadium..
sblm nih muslim ngan fadhli shas dah pnah ckp, diorang serasi dan lebih yakin bila bsama khairul fahmi. lihatlah sblm nih, betapa kebal bek skuad olimpik. kenapa stkt nih, rajagopal tidak mencuba utk menyenaraikan ketiga2 pemain dlm suatu masa. yg terakhir mereka bertiga pnah bmain dlm satu masa adlh ketika aff. lps tuh xdop.
ReplyDeletelihatlah ketika lwn arsenal, tyme fahmi ada, fadli n muslim xdop. tyme lwn liverpool, tyme fahmi ada, skjp jer fadli n muslim ada, lps tuh ditukar terus dgn rizan n farisham. kenapa kenapa kenapa??
masa lawan Liverpool, Khairul Fahmi jadi keeper dan Farisham dan Rizal Fahmi jadi defend pun teruk jugak, nak kata tak serasi, ketiga-tiga merupakan watak penting dalam pasukan Kelantan...
ReplyDeletekenape x shukor adan d masukkn dlm national team, kuat la bahagia defense kite same di ganding kan dgn aidil..konpem slamat gawang! pelik la team malaysia x msk kn pemain2 lame yg ade cap. tgk je team luar umo nk sampi 40 thn bole je main! nie WORLD CUP babe!!!
ReplyDeleteramai peminat yg kondem apex bila lepas 5 gol lwn livepool..media pun main peranan yg apex da merudum..naik kan nama sabini..diruangan ni pun admin ada mention konon apex da besar kepala alias diva..jd DR pun ikut ckp public la ..tu yg kasi sabini main..skuad olimpik apex / muslim /fadli / mahali/zubir bole kekang lebanon yg sepuluh kali power dr singa..lepas 1 gol hanya sebab main 10 org..jd semua pihak kena bertanggungjwb..jgn bantai pemain n DR je..
ReplyDeleteapek bertanggunjawab kepada diri dia, rajagobal lagi dekat dengan apek n sarbini, kenapa perlu dia ikut cakap media atau public utk menentukan apek ni dah jatuh prestasi? itu penilaian dia sendiri sebagai coach bahawa prestasi apek jatuh sbb tu dia percayakan sarbini.
ReplyDeletemedia atau public boleh menegur atau mempersoal, tapi sekali lagi, dia coach dia punyai reason la utk gugurkan apek, letak sarbini.
adalah kelakar jika anonymous 7:37 nak kata punca dia jatuh adalah sebab media atau ruangan ini pernah cakap apek besar kepala, atau diva.
anda ni kalau ya pun fanatik khairul fahmi, tak payahlah nak tegakkan benang yang basah. 1 malaysia tahu prestasi apek jatuh, tunang dia yg tahu sume pasal dia rapat ngn dia yg mana khairul fahmi sendiri cakap sumber inspirasi pun cakap dia berlagak superstar, kurang ajar, apa pula jawapan awak utk statement tersebut?? (sebelum membalas fikir dulu adakah apa yg saya cakap ni salah) kami juga tak masuk campur urusan peribadi dia, n taknak masuk campur soal dia sombong.
kalau tak dah lama penulis sendiri tulis pasal dia sombong, tapi SS tak buat macam tu sebab itu peribadi masing2.
so ignore jer, sekarang kita cakap pasal prestasi jer ok..
sabree abu..kereta kebal yg diabaikan...kingraja dah silap tak ambik dia
ReplyDeletemungkin tak cukup fit utk international game kot, sebab dia kan injured aritu..tapi tu la kita sepatutnya ramai defend umpamanya nasriq, subra, bunyamin omar, dan ebagaianya...
ReplyDeletenorhafiz pulak belum boleh consider utk game international sbb baru jer pulih...takut bila pk defend nih huhu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletestriker dh power..tp defend...huh, xtau ar nk kate cmne lg..amar patut keluar, asra patut digantikan dgn zubir azmi dr skuad olimpik..mahali kdg2 hilang fokus, patut ganti dgn sabre abu..nashriq baharom dh xde eh??pasal keper susah nk komen sbb smua dh power kecuali defender
ReplyDelete"Jika ketika itu gandingan Mahali Jasuli – Muslim Ahmad – Fadhli Shas – Asrarudin Putra, sesekali dibantu kelibat Sabre Abu dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang hanya bolos 3 gol dalam 6 perlawanan ...". Ketika itu. Ketika smlm Mahali Jasuli - Muslim Ahmad - Fadli Shas Asrarudin, & "ketangkasan" Sharbinei Allawei..
ReplyDeleteApex lps 5 gol yg x brapa penting ktika lwn kelab EPL ramai yg mlenting. Sharbinei lps 5 gol penting msa lwn Singapur ramai yg bengang..
Keserasian.. Defend smuanya (kalau x slp) adalah dr Harimau Muda A. Xkan x serasi lg. Mungkin x serasi dgn keeper? Ini bkn gandingan ptama kali defends dgn Sharbinei.
Knp x try je Farisham (yg xde dlm snarai) & Rizal Fahmi? OOoo mungkin xde pengalaman. Sampai bila nk ada pengalaman kalu asyik panaskan krusi simpanan.
Mana Sabre Abu? Kedah plg sikit bolos musim ni (20). Sabree kan salah seorang defend Kedah. Mungkin Sabre x dipanggil krn pasukan Kedah sndiri bkn top 3. Aik..? Kelantan juara lg tu (bolos 21), xde jg defend dr pasukan Kelantan. Harimau Muda A bolos 28 gol. Bkn ke defend anak rimau tu yg jd defend smlm?
Knp msh kekalkan Amar Rohidan? Mungkin krn Amar watak pting dlm skuad AFF hari tu. Sampai bila nk sandarkan pd kenangan (hhehe..mcm lagu Jamal) lalu. Knp x msk Shakir? Ooo.. Shakir hanya wakil ngara masa remaja je, dh jadi remaja tua ni Shakir xbrapa perfom kot. Aik.. Knp Amar blh, Shakir x blh?
*Ada pnyokong setia (kononyalah) yg x senang hati krn sbhagian penyokong lain mengkritik DR & pasukan. Kata mrk, penyokong yg kritik ni x stia, lalang, pengkhianat dll. Salah ke kita x puas hati? Salah ke kita kritik?
Kalau kita x syang pasukan kita dh x hirau dh menang ke kalah. Peduli haapa.. Tp sbb kita syanglah kita krtik.
*Hazwan Arif (July 24, 2011, 9:00 PM): "pasal keper susah nk komen sbb smua dh power kecuali defender".. Ini pndapat anda, sya xleh nk komenlah. Tp keeper "dh power"... Ehm..
Apa2pun kawe tertarik dgn ayat ni "Kehadiran semula pemain pertahanan yang juga bekas kapten, Aidil Zafuan Abdul Razak juga tidak dapat menutup kelemahan itu, dan sekadar menjadi watak popular di barisan pertahanan ...". Tp xnak ulas apa2, takut nanti penyokong yg kononnya setia marah..
mmg memeningkn kepala. sbb mahali+fadli+muslim adalah tonggak piala AFF & juga kemaraan kelayakan olimpik masa kalahkn lubnan sblm ni.
ReplyDeletetapi kenapa diorg tiba2 tak konsisten. kalau benarlah mereka lebih yakin kalau bergandingan dgn khairul fahmi, better settlekn perkara ni elok2.
aku rasa kalau ini benar, ia adalah sesutu yg tidak sihat dalam kem kebangsaan. bayangkan kalau benar & sharbinee atau nasril tau. kan dah menimbulkn perasaan tak puas hati mcm tu
so apa asalan utk terus kekalkan sarbini bg pgkomen yg backup sarbini?
ReplyDeleteAku nak komen satu jah..
ReplyDeleteKita banyak player yg berbakat tapi takde atas padang masa lawan Singapore samada tak diturunkan atau tak dipanggil. Contohnya, wing kiri Kelantan yg bukan saja ada speed, malah ada skill dan instinct untuk score gol - NURUL AZWAN ROYA. Sampai sekarang Rajagopal tak panggil dia. What a waste of talent!
ASHARI SHAMSUDDIN - winger come forward yang sangat tenang, main ada vision, ada naluri jaring gol, pah ceroh tak diturunkan. Sepatutnya dia kena main walaupun sebagai sub. Ingat lagi sapa score gol kedua masa lawan INDON di BUKIT JALIL? Ingat lagi sapa yg passing bola kat Safee masa Msia dapat first gol di INDON?
KHAIRUL FAHMI - yg ni aku tak perlu ulas. Dah nyata dia yg TERBAIK di Malaysia sekarang berbanding SHARBINEE
Dan ada 3 player pada pendapat aku yg perlu 'direhatkan' dari bermain for time being, SHARBINEE, MUSLIM ngn FADHLI.
Taktik Rajagopal pada pengaamatan aku tak berapa positif berbanding Kim Swee. Budak2 Olimpik kita main BERANI, ADA VISION dan tidak membenarkan lawan menguasai bola dgn lama. Tak macam Rajagopal
Aku harap, Harimau Malaya akan revenge balik di BJ 28hb ni. Biar ia jadi sejarah sebagai upset TERHEBAT dalam sejarah
INSYA ALLAH!!!
Pada pendapat aku inilah line up yg aku rasa PALING ampuh untuk Malaysia sekarang
ReplyDeleteKeeper: KFCM
Defend: Mahali, Aidil, Subra, Asra
Midfield: Ashari, Shakir, Safiq, Nurul Azwan Roya
Striker: Matyo, Safee
Sub: Baddrol, Hadi dll
Pendapat aku jelah.
ak suka lineup kt ats,knapa xpernah raja nk turunkan shakir berbanding amar.ya,mmg shakir nmpak sdikit slow berbanding amar tp dr segi skil,ctrl ball,passing shakir dlm clas yg tersendiri.sheby pn puji shakir(walopon sheby pn xbrpe btol gk sbenarny kdg2).main 10last min xdpt nk mnilai ssorg pmain. izzaq faris ngn fakri lg r,xde function lansong.baik amek irfan,s.azwari,zaharulnizam (skuad olimpik) lg. ap pn,bkn nya raja nk dgr,"i know my player,this is my team". mcm la team 2 dy yg punye,weiii tambiy,team 2 satu malaysia yg pnye lah!!!
ReplyDeleteutk sadara admin:-tidak salah melaporkan sesuatu yg benar..niat saya yg sebetulnya adalah utk menegur pd diri sendiri n pembaca SS bhw jika na beri kritikan biarkan berasas bkn hentam kromo..lebih2 lg menjurus pd sifat/fizikal/negeri/..jika d nilai pd prestasi memang rata2 semua pemain hampir atau telah merudum..bkn semua org bole memahami diri org lain walaupun istri sendiri yg tidor sekatil..apatah lg hanya tunang..yg kita perlu skrg adalah menunjukan sokongan pd pasukan HM ta kira sape pun..peluang masih ada ..kalau ta le g jugak rombak pasukan seperti mana pasukan /kelab/negara lain buat..tu je
ReplyDeleteABG MOK.
ReplyDeleteSubra defend cantik masa lawan Chelsea, sayang tak ambil dia. Keeper mlm tu pun ok, boleh diharap.
Yang aku tak faham kenapa kita perjudikan nasib dengan memasukkan Ismail Faruqi. Betul dia di atas.. tetapi oleh kerana sumbangannya minima, pemain Malaysia sebenarnya yang berkurangan daripada 11 orang menjadi 10.3. Ditambah pula dengan kelemahan Sarbini, tinggal la 10 pemain lawan 11. Itu pasal kita teruk kena pressure. 2nd halaf ok la sikit bila ada pertukaran.
Striker deorang semua singa tua.. tapi banyak experience, back kita nampak macam anak rimau, kuat tapi senang kena tipula.
Anyway.. singa-singa tu take advantage sebab main atas karpet.. players kita terkial-kial jer nampak. Mari kita ajar singa-singa tua di padang rumput sebenar SNBJ.
Matyo kena main, by hook or by crook, DR kena pilih players betul, jangan malu minta pandangan orang. Ayuh Harimau Malaya !!!
bkn nk marah ke penulis SS krn tulis ayat nin....... " gol ketiga berpunca kegagalan awal Asrarudin yang seolah hilang arah tuju serta Muslim menyekat/mengawal pergerakan Mustafic manakala Sharbini tidak melakukan sebarang cubaan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
ReplyDeleteGol keempat, PALING KETARA, bermula sekali lagi menerusi kesilapan Asrarudin, diikuti kegagalan Muslim dan Amar Rohidan, dilengkapkan MAHALI JASULI yang sekadar memerhati Shi Jiayi, tanpa mencabar langsung larian dilakukan penyerang itu.
Dan kelima, PEMAIN PERTAHANAN BOLEH DISAHKAN TIDAK WUJUD dalam permainan ini, apabila Mahali yang gagal menyekat pemain Singapura dari melakukan hantaran, langsung tidak berusaha untuk merampas semula bola berkenaan dari kaki Duric, hanya memerhati, dan cukup memalukan melihat seorang pemain berusia 41 tahun, melakukan turning semudah A,B,C untuk gol kelima....... bkn nk bela sharbinee tapi mmg sukar untuk selamatkan gol 3 4 5...... ulasan gol ketiga, prnh x korng tngk VAN DER SAR melepaskn gol sebegitu bb bola tu volyy laju BTW jarang gk dpat slamatkan bola tu......................gol ke 4 pula, Sharbinee keliru krn ad dua org yg ingin menyambar hataran itu dn tiade sorang pun bekk yng masuk......gol kelime pula, mmg cntik turning DURIC and nothing to do Malaysia Boleh
bukan apa, kita tak nak ada persepsi media saja reka cerita ttg apek, sbb tu ambil kata2 tunang dia sbagai contoh..cuma kita kena ingat, ini team kita, team yg kita sokong, team yg kita sayang, tak salah kita kritik atau puji, cuma kritik atau puji, make sure tidak berlebihan. kalau trlebih puji takut jadi riak n sombong, fokus hilang, kalau kutuk berlebihan takut moral down. yg penting kita sama2 suarakan apa yg tak kena pasal prestasi, kalau saya silap jangan marah2, jangan hentam sebaliknya bagitau cara elok, saya akan terima dan betulkan hehe ;)begitu juga pasal player, jgn hentam ..just kritikan membina agar dia boleh bangkit semula!
ReplyDeleteApex lepas 8 gol masa lawan Arsenal ngan Liverpool
ReplyDeleteSharbinie lepas 10 gol lawan Taiwan, Liverpool, Singapore..
Hehehe..
Basic logic. Defend paling kental di Malaysia berada di negeri Kelantan dan Kedah. Midfield paling mantap di Malaysia berada di negeri Kelantan. Forward dan winger paling mantap di Malaysia berada di negeri Kelantan, Terengganu.
ReplyDeleteTulang belakang TRW 2011(3 pemain terbaik TRW):
1) Subra adalah sebenarnya tulang belakang pertahanan Kelantan, pandai baca game dan dibantu oleh Farisham.
2) Shakir sebagai pemain tengah bertahan paling mantap di Malaysia ketika ini merupakan tunjang TRW.
3) Matyo masih kekal sebagai chief striker berpengaruh dan mesin gol
Tulang sumsum pasukan Harimau Malaya (pemain terburuk HM):
1) Sharbinee, angka 5 sinonim dengannya. Bersungguh semasa persahabatan, sambil lewa semasa perlawanan sebenar. Digelar penjaga gola 'tengok saja'
2) 4 Defender HM, selepas menang piala AFF bermula game menentang Taiwan lagi sudah menampakkan kemerosotan prestasi. Sudah nampak tiada 'bakat' semulajadi sebagai pertahanan.
3) Amar Rohidan, sekadar watak popular bila menjuarai piala AFF, tidak nampak berkesan mengawal tengah sejak piala AFF lagi, tidak patut berada dalam skuad negara. Watak yang patut dipersalahkan selain dari pertahanan dan penjaga gol.
4) Fakri Saarani, po cih.. tidak patut berada dalam skuad negara.
Pemain yang biasa-biasa Harimau Malaya(patut dinilai semula/ditingkatkan prestasi):
1) Asraruddin, bek kiri yang kurang konsisten, sekejap ok, sekejap tak ok
2) Safiq Rahim, hanya berpengaruh dalam pasukan, kurang idea dalam menjana gerakan tetapi dapat ditutup kelemahan dengan sepakan percuma yang cukup merbahaya
3) S Kunalan, tugas hanya bawa masuk bola/kucar kacirkan pertahanan lawan, itulah tugasnya sebagai pemain bola.
Pemain superstar yang sememangnya layak digelar superstar:
1) Safee Sali.. penyudah yang cukup tajam dan tenang, tetapi jika tidak dapat bola, dia akan tenggelam
Coach Gobal,
Tektikal sejak piala AFF lagi sudah nampak kurang berkesan. Wan Jamak Wan Hassan juga telah menghidup byk kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan dan tengah. Tidak kurang yang mengatakan kita menang AFF sebab nasib, tektikal 'old school'. Pemilihan pemain sangat teruk dan selalu menurunkan pemain 'favourite' nya spt Amar, Fakri, Asraruddin meskipun pemain2 ini tidak layak bermain dalam skuad kebangsaan, dalam liga pun mereka tidak menunjukkan persembahan yang cemerlang. Ada yg berpendapat pemilihan pemain dipengarui 'tangan ghaib'. Hakikatnya pasukan yang ada bukan pasukan Harimau Malaya yang sebenarnya, tetapi adalah pasukan 'Harimau Gobal'.
Bukan Sharbinie jah ..defend2 tu lah jugok hok keno dgn taiwan..arsenal.. liverpool dan s'pore.. 4 game dah terus + last game dgn spore..masih tak berubah atau dah itu cara demo tu main.
ReplyDeleterilex lake.. gandingan defend terbaik dunia pun ada wat silap jgk.. julio cesar lepas gol celoh kekeng.. gomez lepas gol bola lucut tangan.. tp hok penting gane nk atasi n bangun balik.. kita duk duk kata kitalah penyokong setia.. tp kalah duk kutuk individu, sape ada hok cuba berlagok pandai lebih pada king gopal.. doa la belake.. pakat turun v sokongan khamis nih.. Malaysia Boleh
ReplyDeletestaranggg...
ReplyDeletemolek wehh duk perli aku...aku tapa sapa sakit key,..
ReplyDeleteapahal rajagopal pun berforum kat ni. Baik siapkan apex untuk next game dan hantar sarbini bersama-sama ismail faruqi naik bas ekspress balik kampung.
ReplyDeletedulu tim olimpik kalah 0-1 lawan Kemboja, 0-4 lawan Qatar U23 ramai suruh Rajagopal ambil alih tim olimpik drpd Ong Kim Swee...
ReplyDeleteramai yg kutuk Ong Kim Swee dan puji melambung Rajagopal...
skrg dah terbalik pulak...haha
mmg betullah penyokong Malaysia nie mmg hanya sokong bila menang sahaja....
aku masih positif sume pemain akan bermain 200% di Bukit Jalil dgn sokongan lebih 80,000 penyokong Malaysia keranan prestasi Malaysia di Bukit Jalil tak pernah mengecewakan....
Malaysia Boleh!!!
Sokong ttp sokong. Cuma rasa marah & terkilan sbb corak prmainan.
ReplyDeleteKawe jg yakin pnyokong Mlaysia akan mmenuhi SNBJ nanti. Masa ni penyokong & pmain Singapur akan ditunjukan bagaimana cara menyokong, bagaimana kemeriah di stadium besar.
Singapurr.. Nama je Stadium Jalan Besar, tp stadium kecik. Patur tukar nama Stadium Kecik Jalan Besar..
walaupun berbeza pendapat.. Tp kawe tgk semua bersatu hati dalam hal ni.. Taniah rakyat malaysia yg menyokong harimau malaya.. Taniah jgk buat saudara aiman.. Krn tiada bias kenegerian dalam artikel anda.. e tgk semua bersatu hati dalam hal ni.. Taniah rakyat malaysia yg menyokong harimau malaya.. Taniah jgk buat saudara aiman.. Krn tiada bias kenegerian dalam artikel anda..
ReplyDeleteadeh.. Jadi ulang teks sokmo! (anony 8:18)
ReplyDeleteset2 ngutuk ni kire set2 lalang belake.. puihhhhhhh..kalu menang tgk la gane pujian2.. xkira peminat ke, blogger ke, pengulas ASTRO arena ke (akbar sahari), ke sape ke semua duk pakat puji melambung2.. wira kita, penganti mokhtar dahari lah sebagainya la..
ReplyDelete