Pautan Suara Sukan

Sunday, July 24, 2011

Bekas Pemain Bidas Cara FAM Kendalikan Tiket VIP


Khalid Ali, ketika zamannya sebagai pemain
“apa anak Azuddin tu besar sangat ke? Siapa mamat tu and apa pulak kapasiti Deja Moss nak duduk kat tempat VVIP, sekadar bergelar anak menantu Azuddin kira ada access nak duduk kat VVIP la? Artis siap dapat  tiket jemputan, apa sumbangan  dia untuk negara berbanding kami bekas player? Wei, kalau aku jadi setiausaha agung FAM sekalipun, aku bagi anak aku duduk kat tempat rm58 je la, takda orang nak mengata. FAM langsung tak kenang jasa kami..”.

“aku bukan takde duit nak beli tiket, tapi nak tengok sejauh mana FAM ingat ke tak kat kitorang, orang sebarangan ko boleh bagi pass percuma, tiket grandstand, duduk kat VVIP, tapi kami ni jemput pun tidak. Datuk Ghani pun dapat invitation kena pergi ambik sendiri kat FAM! Datuk Hamidin bagi satu tiket last minit kat aku, dia cakap takleh bagi invitation, tempat duduk VIP katanya, VIP la sangat duduk bersesak, belakang tandas, tempat duduk sempit, kena plak sebelah aku mat saleh dua kali besar aku, camne nak tengok game? camni ke layanan terhadap kami bekas pemain?..”. – Khalid Ali, bekas pemain kebangsaan.

Sememangnya, kata-kata Khalid, pemain yang menyarung jersi negara selama 9 tahun bermula 1976 – 1985 ada benarnya, dan diakui kebanyakan bekas pemain negara yang lain, apatah lagi tiada seorangpun daripada mereka kecuali Raja Bola, Datuk Ghani Minhat mendapat jemputan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan menentang kelab EPL – Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru-baru ini.

Apapun, penulis gagal mendapatkan pengesahan apakah Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, dan wira-wira bolasepak negara yang lain turut mendapat jemputan untuk menyaksikan perlawanan bertaraf antarabangsa yang lain.

Sehingga kini masih menjadi tanda tanya, dan persoalan siapakah sebenarnya yang betul-betul layak mendapat tiket percuma tempat duduk Grandstand atau pass VIP, dan apakah kriteria yang dilihat FAM sebelum mengelar seseorang itu VIP & VVIP, boleh duduk sebaris dengan kerabat diraja, sepertimana anak Setiausaha Agung, Datuk Azuddin Ahmad serta menantunya, Deja Moss.

Apakah ‘kelebihan’ itu sekadar diberi kepada orang kuat FAM, kenalan-kenalan dan kroni mereka, artis-artis atau selebriti, para penaja dan keluarga mereka? Kenapa tidak FAM turut mengeluarkan pass VIP atau memberikan tiket grandstand secara percuma kepada bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negara, sebagai menghargai sumbangan mereka. 

Pemerhatian penulis sendiri, VIP yang datang ke stadium atas jemputan FAM, ada di antaranya tidak tahu langsung pasal bola, tetapi memenuhi ruangan tempat duduk bersama ahli keluarga, anak-anak kecil dan mengurangkan kuota yang sepatutnya menjadi milik orang lain.

Apakah selepas menjuarai Sukan Sea selepas 20 tahun, menang Piala AFF Suzuki buat kali pertama, dan menarik semula peminat ke stadium yang selama ini suram, jasa mereka dilupakan begitu sahaja? 

Jika ini keluhan atau persoalan yang dilontarkan Khalid atau bekas pemain kepada FAM, peminat setia HARIMAU MALAYA yang mana ada di antara mereka terdiri daripada pelajar, juga mempunyai pendapat untuk disuarakan.

Rata-ratanya berpendapat FAM tidak seharusnya meletakkan harga terlalu tinggi bagi sesebuah perlawanan sekiranya mahu memastikan peminat berterusan memberi sokongan, dan seterusnya memastikan stadium sentiasa penuh tiap kali HARIMAU MALAYA beraksi, meskipun ada juga yang berpendapat patriotisme tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Kepada FAM, rasional lah dalam setiap tindakan, jika tidak mahu berterusan menjadi sasaran kritikan.

15 comments:

  1. -Maaf. Ulasan Versi Kelate. Khas utk mrk yg faham je..

    Kompom lps ni ore FAM "sere" demo bokte demo wat pendedahe brani. Tp kawe suko.

    X pelik pahni kalu ado pembaco hok mureh ko demo sbb seolah-olah cubo menjatuhkan FAM. Tp xpo, sekure-kurenyo, kito buleh tau satu berito hok repoto lain x tulih.

    Artis pitih gaji beribu2 xkey nk bli tiket bola xleh. Kato sokon Malaysia.

    FAM ni wat persatuwe supo persatuwe puok dio ko? Apo heh..

    Nok tanyo sikitlah.. Datuk Azuddin tu gapo penglibate dio dale suke bola sepak (atau bide suke lain) sblm nih? Kawe x berapo tau tuh. Hok tau dio nih bekas pegawai askar.

    Kalu s/u dulu, Datuk Del Akbhar Khan tu mena la bekah pmain kebansaea. Tan Sri Annuar plok bekah Menteri Belia & Sukan.

    Tp FAM hok ado loni pun ok jugok. Smula2 nok keno wat molek lg la.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. FAM yang bodoh!
    Mentang2 sekarang team malaysia dah kuat, senang2 cas tiket Rm30. Nak tanggung kos apa sampai Rm30?

    Siapa yang tidak patriotik?
    FAM atau penonton yang tidak datang ke Stadium?

    ReplyDelete
  4. jika diberi kuasa atau amanah pd yg bukan ahlinya..tunggu lah saat kehancuran nya..\\

    ReplyDelete
  5. budak kepala botak yg bagi pingat tu sape???x pernah tgk aku

    ReplyDelete
  6. FAM dulu, kini & selamanya. perangai x pernah berubah, selagi SULTAN BOLA berkuasa.

    ReplyDelete
  7. Sjak final PM thun lps hrg tket dh naik sbb support fan klntn, pnuh stdium. -FAM ambik ksmptn.

    Pskn M'sia dah naik skit, pnykong da start nak skong team blik slps berthun2 xdiambik pduli, harga tket pun kmbali naik.. -FAM oh FAM..

    Aku nak tgok list plyer dlu, klau brknan dihati aku trun, klau msih sma dgn lwn sngapore klmrin sorry la bro.. just wasting my money and my time..


    -ZP

    ReplyDelete
  8. Hajah Deja.. terbaik la...

    ReplyDelete
  9. dgr kbr juding tu main bola zame 70an. pernoh main pestabola merdeka.. ni sekadar info hok kawe tau..

    ReplyDelete
  10. kwe hok x puas ati skali psal bdk hok bg pingat tu...anak raja mna dia tuh...

    ReplyDelete
  11. anak rajagopal bekali..

    ReplyDelete
  12. Aku cuma nak dua .

    1. TOLONG TURUNKAN HARGA TIKET , KAU GILA KE APA NAIK SAMPAI RM10 ? KAU TURUNKAN HARGA TIKET LAGI BAGUSLAH WAHAI FAM !

    2. AKU NAK TENGOK PRESIDEN FAM TURUN STADIUM , BILA LAST KALI DIA TURUN STADIUM ? KATA PRESIDEN TP PRESIDEN BOLA APA YANG TK TURUN KE STADIUM TENGOK PASUKAN NEGARA MAIN ?

    SEKIAN TERIMA KASIH .

    ReplyDelete
  13. Tuanku sultan bola sibuk..hrp maklum..

    ReplyDelete
  14. tau doh......kalu ngan FAM gak...pah ke sudah lagu ni...

    ReplyDelete
  15. Saya sokong agar beaks Pemain Dan ahli keluarganya Sahaja yang layak duduk tempat VIP Dan VVIP. priority first to our legends. Tolong lah Ada undang undang! Iaitu bekas Pemain wajib dijemput pada Semua perlawanan. Wajib tau!

    ReplyDelete