Mereka pernah buat salah, mereka pernah dihukum, digantung, dilarang daripada beraksi, malah ada yang pernah dibuang daerah, selain menerima pelbagai cemuhan, pandangan buruk masyarakat hingga suatu ketika rasanya begitu sukar walaupun untuk meneruskan hidup sebagai insan biasa.
Satu kesilapan tanpa berfikir panjang, menyebabkan hidup mereka ibarat pelarian di negara sendiri, walhal jasa dan sumbangan mereka kepada negara tidak terkira banyaknya.
PADAH BERMAIN API, BAHANA RASUAH, dan hanya diri sendiri yang harus disalahkan di atas apa yang berlaku, tatkala kesilapan lalu tidak lagi boleh diubah, hanya mampu diinsafi dan dijadikan pengajaran.
Cukup tersentuh hati, melihat dua bekas pemain cukup popular di era kegemilangan bolasepak tanah air suatu ketika dulu, Aziz Azizan dan Jelani Wilastra, antara pemain yang terlibat dalam skandal rasuah yang menggegar arena bolasepak tanah air pada 1994, tampil berlintas langsung di rancangan Stadium Angkasa (TV1), pada Selasa.
Apa yang dikagumi, malah membuatkan orang ramai, mahupun penonton di studio (termasuk penulis sendiri) terharu, sebak dan tersentuh – keberanian, kesudian dua pemain ini tampil mengaku, dan mendedahkan tentang bagaimana mereka boleh terlibat dalam gejala tidak bermoral ini, yang akhirnya memusnahkan nama, reputasi, imej dan kerjaya yang dibina sekelip mata.
DESAKAN HIDUP, KEINGINAN UNTUK HIDUP MEWAH dan MENGUBAH NASIB KELUARGA, selain GELAP MATA apabila ‘dihidangkan’ duit begitu banyak di depan mata, antara yang mendorong mereka terjebak dalam gejala rasuah tanpa berfikir panjang namun tempiasnya bukan calang-calang.
Mereka kehilangan rakan, hilang kerjaya yang seharusnya menjadikan mereka LAGENDA/TOKOH SUKAN pada hari ini, dan perit turut dirasai kesemua ahli keluarga.
Pendedahan berani Aziz dan Jelani, harus dipuji. Apa yang mahu disampaikan mereka, agar kesilapan lampau mereka tidak diulangi generasi pemain pada hari ini, dan agar ianya dijadikan PENGAJARAN.
Seperti kata pengacara, Hafizal Hamad, adalah menjadi prinsip bookie, ‘Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya’, justeru kerana sebab itulah apabila gejala MENJIJIKKAN ini dikatakan kembali berulang, rata-rata pemain yang terlibat adalah di kalangan pemain Piala Presiden.
Bagi SS, tanya pada diri, di mana letaknya HARGA dan MARUAH diri? Siapa yang tidak rambang mata melihat duit berpuluh ribu di depan mata, namun apakah itu PRINSIP HIDUP yang diperjuangkan? Hidup senang dengan duit HARAM, apakah ianya BERKAT meneruskan hidup sedemikian, malah menyara keluarga dengan duit yang sama?
Bagaimana tergamak diri anda menghancurkan kepercayaan majikan, peminat, dan orang sekeliling, sedikitpun tanpa rasa bersalah? Makan gaji dengan orang lain, tapi ikut kata orang lain, setia pada yang lain?
Malah ketika penulis sendiri ditanya oleh rakan pengacara, Izwan Mohd Nor, jawapan yang penulis berikan lebih kurang begini :
“mereka ni pengkhianat, kalau dulu kita kata pengkhianat agama, bangsa dan negara, mereka ni pengkhianat diri sendiri, khianat kepada industry sukan, peminat, dan orang ramai, kalau sesuatu keputusn itu sudah diatur apa gunanya lagi menyokong..di sinilah perlunya DISIPLIN diri, ia perlu ditanam pada usia muda..” .
Kepada pihak berkuasa, hukuman yang dijatuhkan usahlah bersifat ONE SIDED, kalau ada penerima, sudah tentu ada PEMBERInya. Seringkali menjadi kelaziman dalam perkara-perkara seperti ini, hanya PENERIMA sahaja ‘dihighlightkan’ manakala BOOKIE terlepas begitu sahaja.
Seharusnya jika PENERIMA dihukum, BOOKIE dan ORANG TENGAH yang mengatur ‘deal’ ini yang mana dikhabarkan terdiri daripada bekas pemain sendiri, dikenakan HUKUMAN DUA KALI GANDA.
isu sebegini, sering menjadi tajuk utama. mungkin pelbagai alasan dan cerita cover line akan terpacul dari pelbagai pihak. tapi itu semua mungkin berlaku kerana ada reaksi positif dan negatif nya, kaau tidak, mesti lampu tidak bernyala. apapun, mungkin perkara ini tidak hanya dalam ba ini, mungkin dalam bab lain pun ada, cuma kurang atau tidak didedahkan sahaja.perkembangan sebegini boleh menjejaskan juga wawasanmenjadi sukan sebagai industri,entah lah. kita berharap penyelelesaian yang terbaik dapat diadakan demi untk menjadi sukan sebagai ladasan murni demi negara dan sukan itu sendiri. walllahhuallam.
ReplyDeletemmg satu pengkhianatan kpd penyokong...kami berhabis beratus/beribu ringgit utk pergi ke stadium dgn tujuan utk memberi sokongan moral kpd pemain...saya doakan pemain kelate bersih dr gejala ini...dan semoga mereka semua di murahkan rezeki kerana memberi kegembiraan & kebanggaan kpd seluruh rakyat kelate
ReplyDelete