Jika sebelum ini, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim ibarat memperlekeh ketajaman sentuhan penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, aksi Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan semalam nyata memaksa jurulatih kelahiran Kota Bharu itu menelan semula kata-katanya.
Irfan sebelum ini dilaporkan berkata Norshahrul tidaklah sehebat mana dan pergerakannya boleh dikunci pertahanan Terengganu (baca sini), namun 2 gol Norshahrul atau lebih popular dengan panggilan Matyo pada aksi POTENTIAL TITLE DECIDER yang mana Kelantan menang 3-0, membuktikan penyerang berusia 25 tahun itu sememangnya memiliki sentuhan ‘pembunuh’ pantang diberi ruang.
“Ya, dia chief striker Kelantan, dia penyerang kebangsaan, memang bahaya kalau dia diberi ruang, dan itulah silap kita bagi terlampau banyak ruang kepada Norshahrul, pantas dihukum..”.
Matyo, 16 gol musim ini |
2 gol pada aksi ke-24 liga semalam mengembalikan status pendahulu carta penjaring terbanyak kepada Matyo, dengan 16 gol, 1 gol mengatasi penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya dan ditanya adakah Irfan sudah merencana atau membayangkan strategi ampuh menyekat pergerakan penyerang itu pada aksi final Piala FA 11 Jun nanti, ini jawapan Irfan.
“sebenarnya bukan Norshahrul sahaja perlu dikawal, bukan dia sorang, saya tengok dua pemain sayap mereka cukup lincah (Nurul Azwan/S.Chanturu), mereka pantas sangat, licik, tapi saya tak gusar, perlawanan semalam menampakkan ruang kat mana perlu kita baiki, saya akan tampil dengan perubahan taktikal dan strategi yang mana kita yakin boleh perangkap Kelantan..”.
Irfan menolak kemungkinan mental/moral pemain terjejas dengan kekalahan teruk semalam, sekaligus memberi kelebihan psikologi menjelang perlawanan akhir Piala FA, dan yakin pemainnya akan bangkit segera.
Dengan kemenangan semalam, Kelantan kian hampir mencipta sejarah gemilang bolasepak mereka, mendakap dua trofi yang belum pernah dimenangi iaitu Liga Super dan Piala FA, tatkala peluang Terengganu menoktahkan kemarau 10 tahun masih terbuka.
Sementara itu, penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha memuji tindakan pemain pertahanan, S.Subramaniam yang secara jujur mengaku belum pulih sepenuhnya, dan memilih untuk tidak beraksi pada perlawanan penting semalam, sekaligus memberi ruang kepada Rizal Fahmi Rosid untuk diturunkan.
Subra, berkorban |
“kita puji Subra, dia bagus dan professional, semua pemain kalau boleh dia nak main, dia cedera pun dia tak ngaku sebab nak main, lagipun perlawanan penting, Subra mari jumpa coach, dia cakap dia belum boleh main, kalau main pun takleh bagi 100%, bimbang karang kalau jadi lagi teruk, dia korban posisi dia, pemain macam ni yg kita nak, dia professional memudahkan jurulatih rancang awal-awal..”, jelas Hashim.
Mengenai peluang Kelantan merangkul double, Hashim yakin andai prestasi ditunjukkan sepertimana ketika menewaskan Selangor (5-1) dan Terengganu (3-0) dapat dikekalkan, misi itu tidak mustahil untuk digapai.
walaupun pahit trpaksa irfan telan smua kata2nya...huhuu...mmg kata2 irfan sblm game tu pun sbnrnya psiko trhadap matyo tp matyo tetap trima sbgai pmbakar smngat....alhamdulillah dia brjaya buktikn dia masih pnyerang trhebat tatkala hadi yahya hanya mampu trsipu bila diajar matyo cara nak score goal...hehehe...
ReplyDeletep/s: ada typing error ckit tu boh...5-1 bukan 5-10...huhuhu
off topic sikit. pada pendapat SS, adakah patut mat chah dikekalkan sebagai keeper utk final fa cup ni? kalau tengok malam tadi, mmg dia perform 110% dan salah sorang best performer utk TRW.
ReplyDeletewan , tq bro for the komen, yup setuju, irfan sebenarnya nak saiko, tp tak mnjadi...hadi pula tersipu, and tq sebab bgtau...tak perasan hehe
ReplyDeleteNZ : shahrizan ni perlu dipuji sbb dia deliver walaupun asek duk panas bangku smpanan, taun lepas dia masalah doping, tapi 2009 perlu diingat dialah GK final piala FA masa tu lwn selangor, masa 2000/2001 dia top performer kelate..cukup bangga sbb prestasi dia tak jatuh, tp sudah menjadi kelaziman, apabila penjaga gol utama kembali, dia akan kembali mendapat kepercayaan apatah lagi Apek ni national GK...kecualilah kalau Apek injured then Matchah boleh dikekalkan, saya tak rasa karathu akan kekalkan matchah...tp dia mmg sentiasa bersedia jika diperlukan..
Moral dah down..tula,aritu Kelate mitok nk tangguh dulu game utk fokus pada final fa cup,diorg tak nak..sekarang dh trm akibatnya.mjur xde player yg cedera.
ReplyDeleteIrfan tpaksa telan kata2nya. Agaknya dia pakai telan ke kunyah dulu kata2 dia tu? Hahah.. Slh taip 5-10 tu, kalah Kelate byk tu. Hihi..
ReplyDeleteKelate kena hati2, Irfan ada snjata rahsia utk balas dendam.
MatCah mmg tbaik, tp sukar utk dia berada dlm first 11, bdasarkan prestasi Apex skrg ni.
Tq Subra. Smgt berpasukan ada dlm diri dia.
SS: Blh tlg cari cerita pasal Irfan & Karathu masa bimbing team Kelate? Kawe x igt thn brapa, tp pernah baca & tgk gambar dua couch ni pernah bkerjasama terajui Kelantan. Itupun kalau kawe x slh baca & tgk. Masa tu slh seorang jadi ktua Jurulatih, sorang jd pmbantu.
Mat yo ni ada time xjd tp bila kena ngan masa betul2 hebat..
ReplyDelete2 gol smlm bkn gol mudah, dah tutup angle pun dpt lg score, itulah matyo.
Skrg dah leading 16 gol harap mat yo dpt kasut emas thun ni..
-ZP
tu la org cakap tangguh degil nak main jugak...
ReplyDeletesebenarnya keputusan smlm mnguatkan lagi kabar angin kelatan mng liga, bagi piala fa kat ganu, dan harap ianya tak terjadi, kalau tganu menang sekalipun biarlah sebab permainan cemerlang mereka dlm 90 minit, bukan sbb diatur...
insyaAllah kawe cuba bro, manpower tadok, tp kawe try cari hehe
trbaik la game semalam...byk doh ore komen..serupo ngn hok atas2 je lah kawe..hehe...
ReplyDeletekawe xrs wujud unsur game diatur..sebab kita dpat tgk mcm mn player trengganu bersungguh utk cuba mencari gol..semua serangan mereka bahaya, cuma harapkan player kelantan dpt patahkan smua serangan mereka je. lgpun kawe xrs kelantan terlalu kurang cerdik utk mengatur game mcm tu. sbb liga masih lg ada baki 2 game. kelantan mungkin boleh berpakat dgn trengganu tp dgn perak dn sabah?? Buat masa ni peluang kelantan utk jd juara liga cuma cerah, bkn terjamin, jd kawe xrs la pihak kafa nak ambil risiko dgn berpakat..
ReplyDelete