Finalis Piala FA 2011, Kelantan dan Terengganu boleh memilih untuk berehat lebih lama sebagai persediaan menjelang final Piala FA pada 11 Jun 2011 andai kedua-duanya sepakat meminta menangguhkan perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan pada 6 Jun depan dengan syarat diluluskan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
Namun, belum pun ianya diusulkan kepada pihak berkaitan, awal-awal lagi Terengganu memilih untuk tidak bersetuju dengan cadangan yang diusulkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), dan mahu perlawanan itu tetap dilangsungkan mengikut jadual asal tanpa sebarang pindaan.
Ironinya, jika ditunda kepada satu tarikh yang lain selepas aksi final, bermakna Kelantan dan Terengganu akan mempunyai 13 hari tempoh persediaan untuk menghadapi aksi final, kerana aksi terakhir Liga Super sebelum 6 Jun adalah pada 28 Mei.
Namun, Terengganu sebenarnya mempunyai alasan tersendiri, yang boleh disifatkan serampang dua mata apabila enggan bersetuju dengan cadangan KAFA itu.
Pertemuan Kelantan dan Terengganu, pada 6 Jun, adalah aksi ke 24 Liga Super, yakni yang ketiga terakhir, dalam usaha kedua-dua pasukan merebut gelaran sulung juara Liga Super, sejak ia diperkenalkan pada 2004.
Andai kedudukan ketika ini, Kelantan (1) dan Terengganu (3) atau dalam kata lain kedudukan kedua-dua pasukan di tiga tempat teratas kekal sehingga ke tarikh tersebut, pertemuan pada 6 Jun akan menjadi penentu kepada cabaran masing-masing dalam mengejar kejuaraan Liga Super, dan Terengganu sebenarnya tidak mahu memperlahankan momentum tersebut.
“Kelantan yang minta mahu tunda, bukan kita, dan saya tak fikir penundaan perlawanan sesuatu yang bagus, u tengok kita dah suffer dari awal, setiap minggu main 2 game, kadang 3 game, terlalu pack, kalau nak tunda, banyak game yang boleh tunda dari awal, biar seminggu satu game jer main, bukan tunda sekarang, dah sampai fasa terakhir dah pun, lagipun game main tempat kita, kelebihan bagi kita. Kita tahu Kelantan mahu lebih rehat, dan fokus untuk final, tapi kita tak boleh ikut cakap dia, kalau ikut maknanya kita dah tewas awal-awal, kita nak menang game tu dan kutip 3 point, tapi biar pihak pengurusan yang tentukan..”, jelas salah seorang pegawai Persatuan Bolasepak Terengganu.
Perlu diiingat, sepertimana Kelantan, Terengganu juga belum tewas pada aksi di laman sendiri sepanjang musim ini, dan mereka juga antara dua pasukan selain Sabah berjaya menyekat Kelantan dari mengutip mata penuh di Kota Bharu (seri 1-1 pada 1 Februari), justeru keyakinan di kem Sang Penyu sebenarnya terlalu tinggi bahawasanya mereka mampu menundukkan anak buah Datuk M.Karathu.
Ia pastinya akan memberi kelebihan psikologi awal kepada Terengganu, untuk mengintai dua kejuaraan pertama musim ini, namun dalam masa sama usah terlepas pandang cabaran dihadirkan pasukan Selangor.
Malah, Selangor berpotensi merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut jika Kelantan mahupun Terengganu melakukan kesilapan di saat getir, apatah lagi hanya 1 mata memisahkan kedudukan antara tiga pasukan ini.
Pasukan | P | M | S | K | J | B | BJ | MT |
20 | 13 | 4 | 3 | 42 | 16 | +26 | 43 | |
20 | 13 | 3 | 4 | 29 | 18 | +11 | 42 | |
20 | 12 | 5 | 3 | 37 | 18 | +19 | 41 |
Ini juga peluang terbaik untuk salah satu pasukan antara Kelantan / Terengganu, merangkul kejuaraan berganda Liga Super & Piala FA buat pertama kali. Kedah pernah melakukannya pada 2007/2008, diikuti Selangor 2009.
K0ta ganu n0k tau klemahan kelantan dlu..
ReplyDeleteMit0k share deh b0h kat idrbsm,...
buleh boh, silakan... =)
ReplyDeleteDua pasukan yang dari dulu lagi menjadi badi bagi kelantan untuk menang. Ganu ngan Kedah. Dua2 liat terutamanya Ganu.
ReplyDeleteDari aspek psikologi, sebenarnya kelantan nak tumpu ke final piala FA sebab kelantan tak penah menang lagi cup ni. Ganu dah penah menang tahun 2000.
Bila Kelantan mintak tangguh match dalam super league, Ganu refuse. Apa nak dikata. Satu tak setuju kira tak jadi lah.
Apa2 pun aku nampak, jika match di KT Ganu kalah atau seri, ini akan memberi impak yang besar di final nanti dari segi morale player sebab kelantan berkelebihan dalam carta liga. Kelantan apa2 pun result di Ganu, aku yakin tetap akan tampil mantap di final nanti (neutral playground).
Ganu tak nak tangguh match liga super ngan kelantan. MUNGKIN MAKAN DIRI!
GKG. Go! Go! Go1
pasukan yg tewas pada 6 Jun, akan cukup tertekan kerana berpotensi terlepas kedua-dua kejuaraan liga n Piala Fa...
ReplyDeleteSatu pandangan.
ReplyDeleteKekuatan Terengganu terletak pada ketajaman penyudah Hadi dan shooting jauh Ashaari. Cara menyekat Hadi ialah tight man marking. Bagi Ashaari pulak, ketika dia dapat bola, player dari belakang(winger n striker lawan) mesti kejar utk rampas balik bola sambil player depan buat shielding. Kalau player depan dia yg kejar, senang2 je Ashaari olek.
Diharap TRW dapat wat homework dan tengok video mcm mana Selangor n Johor FC kalahkan Ganu. Kerana defend Ganu tidaklah kebal mana.
Kerana Ganu pasti akan study mcm mana Perak bleh menang ngan TRW dan mungkin juga Ganu bleh dpt info dari T-Team cara2 kalahkan TRW.
Salam perkenalan
aku rase kelate tahu dye xleh nk menang kat ganu so dye mitok tangguh dulu slps final piala FA..coz dye tahu final nanti dye ada chance tuk menang sbb main kat neutral ground...kalu dye menang kelebihan moral belah dye..so bile dye dtg ganu main pulok..moral player ganu dah jatuh..tu jer sbb utama nape dye mitok tangguh bukan letih pun....sbb dye tahu ganu tgh perform lening....
ReplyDeleteStarang org ganung
ReplyDeletetak mustahil untuk menang.. Hehe.. Biarkan terengganu dengan cara mereka.. Dari segi pnyokong rsanya xjauh sangat.. Fan kelantan pasti ramai yang turut hadir menyaksikan 'first leg final' ni..
ReplyDelete