Pautan Suara Sukan

Sunday, May 22, 2011

Bookie Pilih Kelantan Menang Aksi Di Shah Alam

Perlawanan membabitkan Harimau Muda menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini adalah antara dua daripada tujuh perlawanan Liga Super yang akan menjadi tumpuan ‘bookie’ terkenal di United Kingdom, Bet365.

Bet365 meletakkan Kelantan selaku ‘heavy favourite’ untuk menumbangkan skuad bawah 21 tahun negara, kendalian Ong Kim Swee, iaitu dengan Odds 1.67 berbalas 4.33, manakala seri 3.50. (Ini SS pun tak faham macam mana dan apa maksud dia, tapi yang pasti pasukan dengan nilai Odds  rendah adalah pilihan untuk menang).


Bukti, klik pada gambar untuk imej lebih jelas.
 Malah jika dilihat pada carta di atas, peluang untuk Kelantan menang adalah cukup tinggi, iaitu 59.88% berbanding Harimau Muda, yang hanya 23.09%. Apapun jangkaan keputusan perlawanan kekal pada kedudukan 0-0, dan ia dijangka berubah menjelang 2-3 jam sebelum sepak mula perlawanan.

Ia nyata satu perkembangan mengejutkan, pada ketika ura-ura bahawasanya bola Malaysia dikuasai kaki judi, bookie dan gejala rasuah kembali menghantui bolasepak negara, semakin hangat diperkatakan, apatah lagi Bet365 adalah antara bookie paling berpengaruh di UK. 

Bet365, agensi berpengaruh
Apapun, SS yakin ia tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mengatur keputusan permainan atau rasuah di Malaysia, sebaliknya aktiviti judi bola semata-mata yang tidak melibatkan mana-mana pemain, atau pasukan.

Pada aksi pusingan pertama tempoh hari, Kelantan menewaskan Harimau Muda 2-1, dan berupaya melebarkan rekod tanpa kalah kepada 10 perlawanan, selain mengintai kemenangan ke-14 musim ini, untuk mengukuhkan kedudukan di persada liga. 

Selain perlawanan Kelantan vs Harimau Muda, satu lagi perlawanan yang turut tersenarai adalah perlawanan Felda Utd menentang Perak, di Stadium Cheras. Felda diletakkan sebagai pilihan untuk meraih 3 mata penuh, dengan Odds 2.00 (50%) berbanding Perak 3.30 (30.30%).

No comments:

Post a Comment