Pautan Suara Sukan

Friday, April 15, 2011

Terima Kasih Heliza!


Bukan saja popular, tetapi juga berhati mulia dan berjiwa kebajikan. Malah status facebooknya sentiasa saja penuh dengan kata-kata motivasi yang menyemarakkan semangat, ilmiah dan tidak ketinggalan nasihat berguna kepada peminat-peminat secara khusus, serta orang ramai secara amnya.

Itulah Heliza Helmi, artis popular tanah air, yang mana cerita tentang sumbangannya kepada bekas atlet, melalui Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, disiarkan di Suara Sukan tempoh hari.

Berdasarkan maklumbalas diterima dari kalangan bekas atlet, nyata ramai yang mengagumi usaha Heliza menyumbang kepada kebajikan mereka, pada ketika kebanyakkan artis, lebih gemar menghabiskan wang untuk keperluan sendiri, antaranya membeli kereta, rumah dan pelbagai barangan peribadi yang mewah.

“Ada banyak duit, dan popular saja tak cukup, kena ada hati yg mulia, saya kagum dengan dia..” – Matin Guntali (Angkat Berat).

“Saya tahu ramai yang memberi sumbangan kepada tabung YAKEB, kebanyakkannya syarikat besar, swasta, tetapi jarang2 lah kita dapat lihat artis atau syarikat mereka memberi sumbangan, kalau ada pun yang nak cari publisiti, tapi dia (Heliza) bagus, low profile, ini baru bila awak(penulis) beritahu, saya pun tahu..” – Johari Ramli (Berbasikal).

“Sikit atau banyak tak kisah la, dia bagi seringgit pun, yang penting niat dia tolong kita, syukurla kami tak dilupakan begitu saja, moga Allah berkati dia..” – Abdullah Daud (Renang).

“Dia bagi kepada YAKEB, bukan kepada saya, tapi takpe saya tahu itulah duit yang akan mereka guna untuk bantu kami, Heliza ni saya tak kenal pun, saya dah tua mana ambil tahu pasal dunia hiburan, tapi saya tahu tak ramai artis sanggup menyumbang, terima kasih kepada Heliza..” – S.Sabapathy (Olahraga).

Heliza, penyanyi juga pelakon kelahiran Terengganu dalam temuramah bersama Suara Sukan sebelum ini, berkata beliau berhasrat untuk turut serta menyumbang dalam aktiviti kebajikan mengikut kemampuan dan ia tidak semestinya terhad kepada sumber kewangan sahaja, sebaliknya turut melibatkan perkongsian pengalaman, motivasi bersama dan aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan bersama.

Benar kata Heliza, sumbangan tidak terhad kepada kewangan semata-mata, apa yang lebih penting menghargai segala kudrat dan jasa mereka walau dengan apa cara sekalipun.

2 comments: