“Hanya pemain yang benar-benar meyakinkan saya, akan kekal dalam pasukan, dan mereka perlu bekerja keras, membuktikan apa yang mampu mereka beri pada pasukan. Tiada satupun slot automatic sama ada dia nama besar, atau pemain popular. Tapi sekarang jangan kacau saya saya sibuk, saya ada hal perlu diselesaikan..masih terlalu awal..”, kata-kata yang keluar dari mulut pengendali skuad kebangsaan, K.Rajagobal ketika ditanya mengenai kedudukan pemain utama dalam pasukan, yang ketika ini mempamer prestasi kurang meyakinkan bersama pasukan negeri atau kelab masing-masing dalam saingan liga.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pemain, Rajagobal memilih untuk tidak segera melatah atau menekan butang panik, kerana padanya ia adalah kebiasaan bagi mana-mana pemain sekalipun ada prestasi on/off mereka.
Apapun, andai berpandu kepada kenyataan Rajagobal, atau lebih popular dengan gelaran ‘King Raja’ di kalangan rakan media, beliau pastinya sedikit bimbang melihat prestasi pemain pujaan ramai ketika ini, Khairul Fahmi Che Mat serta beberapa pemain tonggak dalam skuad Olimpik (Harimau Muda A), namun Rajagobal memilih untuk tidak menyebut nama mana-mana pemain.
“Saya tahu awak wartawan ada banyak benda kena korek, tapi berapa banyak game awak tengok semalam? Perak/Kelantan itupun depan TV, saya pantau lebih daripada 10 game seminggu, macam-macam input saya terima, saya tak boleh buat keputusan segera, saya kena teliti, kena nilai, kena tengok sendiri, tapi kita masih ada masa, pemain masih ada masa. Nak cakap banyak, jumpa saya hari Jumaat.”, jelasnya dengan nada berseloroh.
Ketika ini, bukan sahaja Khairul Fahmi, tetapi prestasi beberapa pemain kebangsaan dalam Liga Super, adalah di bawah tahap sebenar, antaranya Fakri Saarani, Aidil Zafuan, Zaquan Adha (N.Sembilan), termasuklah skuad Harimau Muda A, yang mana beberapa pemain mereka seperti Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan K.Gurusamy turut menganggotai skuad senior kebangsaan.
Lebih menimbulkan keraguan, Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, sekaligus menimbulkan persoalan akan kemampuan mereka menjelang Kelayakan Piala Dunia (Senior) dan Kelayakan Olimpik, Jun depan.
Apapun, Suara Sukan yakin, sepertimana kata Rajagobal masih ada masa untuk pemain bangkit menunjukkan aksi lebih meyakinkan dan masih ada ruang memperbaiki kelemahan, apapun, Rajagobal pastinya lebih tahu akan pemain beliau.
bangkit!!! bangkit!! lah pahlawanku..!! xselalu kita diatas.. hidup umpama roda.. terus bangkit..
ReplyDeletebagus rajagobal, anda beri masa kepada mereka, mereka pasti akan buktikan, akan bangkit, suka cara anda, ada jurulatih cepat jer menghukum..
ReplyDeletedah bolos lebih dari sedozen masih nak beri masa? masa apa lagi?..bukan nya liga masih blum mula..kalau nak beri masa kena beri sebelum liga bermula...ibarat orang lumba kereta F1..nak siapkan diri dan jentera, kena sebelum sirkit F1 bermula...bila dah bermula dan kereta buat hal, rosak, nak buat apa lagi?
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeletedah bolos lebih dari sedozen masih nak beri masa? masa apa lagi?..bukan nya liga masih blum mula..kalau nak beri masa kena beri sebelum liga bermula...ibarat orang lumba kereta F1..nak siapkan diri dan jentera, kena sebelum sirkit F1 bermula...bila dah bermula dan kereta buat hal, rosak, nak buat apa lagi? <--- DAH TU BAIK KO JER YANG GANTI RAJAGOPAL... TAK GITU??? PILIH JER SATU TEAM KESUKAAN KO...
dah bolos lebih dari sedozen masih nak beri masa? masa apa lagi?..bukan nya liga masih blum mula..kalau nak beri masa kena beri sebelum liga bermula...ibarat orang lumba kereta F1..nak siapkan diri dan jentera, kena sebelum sirkit F1 bermula...bila dah bermula dan kereta buat hal, rosak, nak buat apa lagi?<------- KO NI BODOH..RAJAGOPAL DAH BGTAU DIA POLLOW UP DAH LEBIH 10 GAME.....KO BRU FOLLOW BARU 3 GAME DAH NK MENGHUKUM......PEMAIN NI ADA NAIK DAN TURUN PRESTASI...
ReplyDelete