Pautan Suara Sukan

Wednesday, April 27, 2011

Kritikan Cetus Kebangkitan, Elia Sumber Inspirasi : Khairul Fahmi


Kurang 2 minggu lalu, mereka dikritik hebat gara-gara prestasi tidak konsisten, tewas 3 daripada 5, termasuk kekalahan memalukan kepada pasukan berwajah baru, Perak, 0-4. 

Sasaran kritikan pula tidak lain tidak bukan 2 pemain tonggak, iaitu kapten Badri Razi, dan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan 1-0 ke atas pendahulu, Selangor, bermakna anak buah Dato’ M.Karathu mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut sesudah menundukkan Perlis 2 kali, juga kemenangan kesembilan musim ini, selain berjaya mengekalkan rekod bersih di tempat sendiri.

Ini sekaligus membayangkan Kelantan sudah kembali ke landasan mencabar kejuaraan, mengetepikan prestasi suram dan kini pastinya diangkat ramai selaku calon berpotensi menjuarai Liga Super musim ini – adat dunia, “Kalah Dikeji, Menang Dijunjung”.

Jika sebelum ini Suara Sukan mendedahkan luahan Badri atau Piya, baca di sini (dituduh main tino), kali ini kami mendapatkan pula pandangan Khairul Fahmi tentang kebangkitan skuad TRW, juga perkongsian perasaannya ketika pengkritik lantang mempersoalkan kredibilitinya.

“Terima kasih kepada penyokong yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk kembali bangkit, juga kepada yang mengkritik, kamu menyemarakkan lagi semangat saya, saya tak pernah anggap prestasi saya merosot, sebagai player ada jatuh bangun, dan saya tak pernah ada prasaan marah kepada penyokong, kerana ini semua lumrah dalam bolasepak, baik buruk penyokong Kelate, dia tetap penyokong kita, Cuma jangan buat tafsiran bukan2..”, jelasnya.

Khairul Fahmi juga mendedahkan betapa teman wanitanya, Aimie Harmelia (tak pasti nama sebenar atau komersial) antara yang sentiasa memberikannya sokongan, setiap kali sebelum dan selepas perlawanan.

“Elia memang selalu bagi saya semangat, dia selalu support saya, support team, selalu bersama saya, saya boleh kata, selain family saya, dia juga sumber inspirasi dan pencetus motivasi untuk saya berjaya..”, tambah Khairul lagi.

Selepas 15 perlawanan, Khairul Fahmi sudahpun melepaskan 15 gol, dan beliau baru-baru ini menerima Anugerah Pemain Muda Terbaik Astro Arena, dan Suara Sukan berharap ini akan menjadi pencetus kepada kejayaan lebih gemilang buat Khairul Fahmi, Kelantan dan Malaysia di masa akan datang.

2 comments:

  1. kemah KFCM, syabas juga pada admin SS kerana mendapatkan pndangan sebgini rupa, dgr kata pergi umrah, wish u all the best!!

    ReplyDelete