Pautan Suara Sukan

Sunday, April 10, 2011

E-Mel Anda : Penyokong Buat Hal, Pihak Berkuasa Sekadar Membuta?


“macam ni, masa perlawanan antara kelantan dan t-team baru-baru ni, penyokong pasukan t-team bertindak ganas selepas pasukan mereka menjaringkan gol pertama menerusi Zairo, dengan membaling batu besar tepat ke kepala budak berusia 2 tahun, dan juga ada balingan mercun di atas padang..yang penyokong Kelantan tak puas ati, polis Terengganu tak hirau langsung akan sikap penyokong mereka sebaliknya bila komplen, mereka menyalahkan pihak Kelantan mula dulu..”, begitulah isi kandungan e-mel seorang penyokong Kelantan dikenali sebagai Fadzli, diterima sejak beberapa hari lalu, namun baru dapat Suara Sukan ketengahkan.

So, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), apa tindakan anda? Ada balingan objek hingga mencederakan seorang budak, dan ada balingan mercun, takkan nak berdiam diri sahaja? Apapun, Suara Sukan perlu mendapatkan kesahihan sama ada perkara ini benar-benar terjadi, atau ianya provokasi terhadap penyokong T-Team, akibat kekalahan tempoh hari.

Andai benar ia berlaku, maka FAM tidak harus bersikap  double standard dengan membiarkan sahaja perkara seperti ini, kerana umum mengetahui FAM adalah organisasi yang pantas menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan salah laku penonton. 

Suara Sukan menasihatkan FAM agar mendapatkan laporan daripada “Match Commisioner’’, atau ‘Venue Co-Ordinator’’ atau mana-mana pegawai perlawanan tentang episode membaling mercun ini.

Dan kepada semua pasukan tuan rumah, pastikan anda memberi jaminan penuh terhadap keselamatan para penyokong, dan pastikan pihak berkuasa yang anda tempatkan tidak sekadar membuta apabila berlaku sesuatu insiden, kerana pada akhirnya nama anda juga tercemar.

6 comments:

  1. hukuman yang dijatuhkan FAM hanya utk penyokong kelantan sahaja... penyokong lain tiada dalam syarat @ undang2 FAM.. sekian..

    ReplyDelete
  2. hek eleh... skadar bace email pyokong klantan.,. sila baca juga rintihan dri pyokong tganu.. mereka ade sbb tsndiri.. dan bukn pyokong tganu y mulakn dulu.. harap siasat..

    ReplyDelete
  3. kepada anonymous, terima kasih atas pandangan. Utk pengetahuan, Suara Sukan hanya menulis mengikut emel yang diterima yg dihantar ke emel penulis sendiri, bukan pergi mencari keluhan atau rintihan orang ramai pastu tulis di sini. Harap maklum. So far yg bagi respon, adalah penyokong kelantan, (itupun bnyak lagi yg belum saya tulis)..kalau anda ada apa2 untuk diutarakan, sila bagitahu, ianya akan disuarakan, di sini tiada ruang untuk prejudis, pilih bulu atau pape. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Lambat weh nak jupa T Team sekali lagi di gelanggang kita pula pulak rasa tak sabar2 dah kah..kah..

    ReplyDelete
  5. stuju ngn abg aiman. that day komplen pasal asrama kotor terus disuarakan. dia tulis apa yg kita cakap kt dia, tnpa prejudis..mautla kalau dia nk pergi jumpa orang n tnya, 'eh korang ada masalah tak, ceciter ceciter kat aku'' haha, betul tak bro aiman?

    ReplyDelete
  6. time perak lawan terengganu pun same gak,kami perak ni kene provokasi melampau dari set2 tenganu,sampaikan batu pun dibaling ke arah kami n kami terpaksa masuk ke grandstand atas arahan pihak stadium n polis...tengganu fanatik terlebih,poyo lebih....

    ReplyDelete