Wednesday, May 7, 2014

Tengku Shakirinal Minat Bola Malaysia

Adakah bola sepak Liga Malaysia akan menyaksikan satu lagi penglibatan dari kerabat Diraja? Begitulah perkhabaran yang mula bertiup membabitkan pasukan paling berjaya dalam arena bola sepak tanah air, Selangor yang dikatakan menarik minat anakanda Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Haji Shakirinal’ Amin Sulaiman Shah.

Tengku Shakirinal’ atau Tengku Nana, didefinisikan sebagai seorang yang berjiwa bola dan mula menunjukkan minat yang lebih terhadap perkembangan pasukan kesayangannya itu sejak kebelakangan ini, dengan kelibatnya turut disaksikan ketika pertemuan Selangor menentang Hanoi T&T di Stadium Shah Alam pada 1 April lalu.






Jika benar, Selangor akan menjadi pasukan Liga Malaysia ketiga mendapat sentuhan kerabat untuk memacu mereka ke arah penswastaan selepas Pahang yang dipimpin Presidennya Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, manakala Johor dipimpin Tunku Ismail Idris. 

Sebagai peminat setia pasukan Merah Kuning sejak zaman kegemilangannya dahulu, visi Tengku Nana sudah tentunya mahu melihat Selangor mengembalikan reputasi mereka sebagai gergasi bola sepak tanah air, selain mengekalkan status sebagai ‘pencipta lagenda’.

Selangor diketahui pernah melahirkan ramai lagenda bola sepak sejak dari zaman Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat, Allahyarham Mokhtar Dahari hinggalah ke era Malek Rahman, Azman Adnan dan Dollah Salleh justeru peminat bola sepak Selangor juga pastinya tertarik untuk melihat pembaharuan yang dibawa Tengku Nana andai spekulasi ini menjadi kenyataan. 

3 comments:

Anan Azri said...

tengku nana mmg minat bola dari dulu lagi masa saya sekolah rendah dia dah support team yang saya main. Orang yang kenal tengku nana je tau mmg dia minat bola dari dulu lagi.

azwan said...

jika benar. harap ianya mampu meningkatkan prestasi pasukan selangor. mengembalikan selangor ke era kegemilangan

Pengedar Shaklee Klang said...

wahh lepas ni ramai lah terlibat dengan bola..