Real Mulia FC belum bersedia mengangkat bendera
putih meskipun jurang lima mata dengan Perlis tatkala berbaki hanya tiga
perlawanan dilihat semakin mustahil untuk diatasi.
Selepas menyaksikan pasukannya bekerja keras
membenam cabaran Megah Murni FC 1-0 di gelanggang lawan, jurulatih RMFC, Yunus Aliff optimis pertarungan
antara RMFC dan Perlis untuk memburu slot beraksi di Liga Perdana 2016 hanya
akan ternoktah apabila kedua-dua pasukan
bertembung sesama sendiri di Kangar pada 16 Ogos depan.
“Ianya tipis, tetapi selagi peluang ada kita tidak
boleh mengalah. Saya melihat bagaimana pemain saya mengatasi tekanan untuk
menang ke atas Felcra, kemudiannya Megah Murni. Mereka mahukan kemenangan ini,
tidak putus asa, menunjukkan semangat tinggi untuk terus kekal dalam
perjuangan.
“Masih ada tiga perlawanan, 9 mata boleh dikutip
jadi saya tidak akan kata peluang sudah tertutup. Kita akan menentang Perlis di
Kangar, jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku sehingga ke aksi terakhir
nanti. Apapun, kita akan fokus perlawanan ke perlawanan dan saya mahu
persiapkan barisan terbaik untuk menentang Penjara Ahad ini,” ujar Yunus.
Ahad lalu, gol tunggal jaringan bekas pemain
kebangsaan, Zulkifli Affendi Zakri pada minit ke-40 menghadiahkan kemenangan
penting buat Real Mulia pada hari sama yang menyaksikan pendahulu Kumpulan A,
Perlis mengukuhkan cengkaman di tangga teratas menerusi kemenangan 2-1 ke atas
jiran Real Mulia, UKM FC.
“Tidak mudah berdepan tekanan seperti ini, tetapi
moral pemain di tahap cukup tinggi. Kami perlu kekal fokus dan lakukan tugas
kami di atas padang. Yang penting, kerjasama sepasukan cukup tinggi,” jelas
Zulkifli yang pernah membarisi skuad Sukan SEA 2001 dan 2005.
Ianya adalah kemenangan kelapan RMFC di gelanggang
lawan – satu-satunya pasukan yang menang kesemua perlawanan di tempat lawan –
sekaligus menyaksikan RMFC terus menghambat kedudukan Perlis yang cemerlang
mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.