Pemain
tengah, Shinji Kagawa akan mengetuai barisan bintang Borussia Dortmund yang
akan turun menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan persahabatan
antarabangsa yang julung kalinya antara kedua-dua pasukan di Stadium Tan Sri
Dato’ Haji Hassan Yunos malam esok.
Kagawa,
yang kembali ke Signal Iduna Park dari Manchester United, adalah antara 27
pemain yang disenaraikan juara Bundesliga lapan kali ini bagi persinggahan
Jelajah Asia 2015 Borussia Dortmund di Malaysia.
Antara pemain lain termasuklah Mats Hummels,
Henrikh Mkhitaryan, Marco Reus, Gonzalo Castro, Jeremy Dudziak, Mitsuru Maruoka,
Jon Stankovic dan Matthias Ginter. Bagi
peminat yang mengikuti perkembangan BVB di era kegemilangan mereka pada
1990-an, duta antarabangsa BVB Karl-Heinz
Riedle dan penyelaras pasukan belia Lars Ricken turut menyertai kontijen Hitam Kuning itu dalam jelajah ini.
Borussia
Dortmund menampilkan aksi dominan bertenaga ketika mencatat kemenangan 6-0 ke
atas pasukan Liga Jepun Kawasaki Frontale dalam aksi pertama Jelajah Asia
mereka di hadapan 24,650 peminat yang memenuhi Stadium Todoroki pada Selasa.
Kagawa dan Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing menjaringkan dua gol,
manakala Maruoka dan Stankovic meledak satu gol.
Borussia
Dortmund akan tiba di Singapura hari ini untuk persinggahan kedua dalam siri
Jelajah Asia mereka. Selepas satu malam di bandar itu, BVB akan bertolak ke Johor
Bahru esok untuk sesi ramah mesra bersama peminat di Malaysia bertempat di Puma
Store di Komtar, JBCC (2.30-3.15 petang) dan Al-Ikhsan Megastore di Bandar Baru
Uda (2.30-3.30 petang). Mereka akan kembali turun ke gelanggang untuk
menceriakan lebih 30,000 peminat apabila menentang Johor Southern Tigers di Stadium Larkin (sepak mula jam 9.45 malam).
Gergasi
Bundesliga ini telah menikmati hubungan istimewa dengan rantau Asia sejak
menjuarai Piala Intercontinental di
Tokyo pada 1997.
Manakala
di pihak Harimau Selatan, yang mara ke peringkat suku akhir Piala AFC 2015 di
bawah kendalian pengurus Roberto Carlos Mario Gomez, bersedia menampilkan aksi
terbaik menentang pasukan pelawat.
Perlawanan
ini diadakan susulan kerjasama yang terjalin di antara Johor Darul Ta’zim dan
Borussia Dortmund menerusi kerjasama pembangunan berprofil tinggi pada 2014.
Perjanjian ini akan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi informasi latihan dan kejurulatihan selain pertukaran
pemain di masa akan datang untuk pembangunan bolasepak belia di Johor.
Skuad Borussia Dortmund : Pierre-Emerick Aubameyang, Sven Bender, Jakub
Blaszozykowski, Hendrik Bonmann, Gonzalo Castro, Jeremy Dudziak, Erik Durm,
Matthias Ginter, Kevin Grosskreutz, Mats Hummels, Ciro Immobile, Shinji Kagawa,
Kevin Kampl, Oliver Kirch, Mitch Langerak, Mitsuru Maruoka, Henrikh Mkhitaryan,
Sokratis Papastathopoulos, Lukasz Piszczek, Adrian Ramos, Marco Reus, Nuri
Sahin, Marian Sarr, Marcel Schmelzer, Neven Subotic, Roman Weidenfeller, Julian
Weigl.
No comments:
Post a Comment