Kehadiran pemain berpengalaman ternyata
memberi kelebihan kepada pasukan Mazatech ‘A’ apabila muncul juara pusingan
pertama SepakTakraw League (STL) di Stadium Tertutup Negeri.
Regu
bimbingan Bakari Semah yang diperkuatkan dua pemain kebangsaan, Izurin Refin
dan Kamal Alfiza Shafie serta pemain sepak takraw negeri, Muzhaffar Zamir, mengetepikan
tentangan ATM ‘A’ pada aksi akhir dengan keputusan 21-15, 21-19 untuk membawa
pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta tiket automatik untuk beraksi di
pusingan Grand Finals di Kuala Lumpur pada Januari nanti.
ATM
‘A’ yang membariskan bekas ‘killer’ kebangsaan, Sazali Saat, Hairul Hazizi dan
Saiful Bajuri berpuas hati dengan hadiah wang tunai RM3,000 selain layak untuk
beraksi di pusingan play-off bagi merebut tiket beraksi di pusingan Grand
Finals.
Hadiah
kepada pemenang disampaikan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM),
Dato’ Haji Ahmad Ismail yang hadir menyaksikan perlawanan bersama-sama
timbalannya Akramudin Abdul Aziz dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu,
Abdul Rashid Jusoh.
Mazatech
‘A’ yang membawa nama Terengganu, mendapat sokongan padu hampir 500 peminat dan
tidak berdepan masalah untuk membuktikan kelas mereka dengan aksi bertenaga
sepanjang pertandingan selama dua hari itu.
“Pemain
saya telah menunjukkan aksi cukup bertenaga, mungkin sedikit kelebihan kepada
regu saya kerana menurunkan dua pemain kebangsaan, tetapi kita tidak memandang
rendah keupayaan lawan. Kami menunjukkan komitmen penuh dari perlawanan pertama
hingga ke perlawanan akhir“, kata Bakari.
Tambahnya,
“Menerusi STL kita berharap jurang yang wujud antara pemain-pemain amatur dan
bertaraf kebangsaan akan lebih kecil selepas ini. Saya melihat STL sebagai satu
kejayaan.”
Jurulatih
ATM, Aswadi Abdullah, pula berkata ATM memandang serius penganjuran STL dan
berpendapat STL akan berjaya dalam usahanya untuk memartabatkan semula sukan
sepak takraw.
“STL membawa satu dimensi baru, ini adalah apa
yang kita perlukan sejak sekian lama. Bagi pihak ATM, kami mahu mencabar secara
serius di semua sirkit berlangsungnya STL. Sejauh mana pencapaian kami di STL
adalah perkara kedua yang penting platform kini sudah tersedia untuk
pemain-pemain. Kami mempunyai beberapa regu yang dibarisi bekas pemain senior
dan pelapis kebangsaan dan saya gembira melihat mereka beraksi cemerlang
sehingga ke final,” katanya.
Terdahulu
pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di sebelah petang, Mazatech
menewaskan ATM ‘C’ 21-6, 21-8 manakala ATM ‘A’ menyingkirkan Gastak ‘B’ 21-14,
21-14.
Sementara
itu, ATM ‘C’ menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Gastak ‘B’ 14-21,
21-15, 21-19 dalam aksi sengit penentuan tempat ketiga yang berlangsung hampir
70 minit. Kemenangan membolehkan satu lagi regu bimbingan Aswadi itu meraih
hadiah wang tunai RM1,000 dan layak beraksi di pusingan play-off.
STL
yang diperkenalkan buat julang kalinya sebagai usaha merevolusikan arena sepak
takraw tempatan dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin pada 7 November lalu. Selepas dua pusingan awal di Kuala
Terengganu, pusingan seterusnya akan berlangsung di Kedah, Johor dan Melaka
sebelum Grand Finals berlangsung di Kuala Lumpur.
KEPUTUSAN
STL (Peringkat
kalah mati):
Suku Akhir: ATM
‘C’ mng Mazatech ‘B’ 2-1 (21-11, 19-21, 21-14); Mazatech ‘A’ mng Pasta ‘B’ 2-0
(21-13, 21-13); ATM ‘A’ mng Gastak ‘A’ 2-0 (21-16, 21-18) dan Gastak ‘B’ mng
ATM ‘B’ 2-0 (21-15, 21-12)
Separuh Akhir: Mazatech
‘A’ mng ATM ‘C’ 2-0 (21-6, 21-8) dan ATM ‘A’ mng Gastak ‘B’ 2-0 (21-14, 21-14)
Tempat ketiga : ATM ‘C’ mng GASTAK ‘B’ 2-1
(14-21, 21-15, 21-19)
Akhir : MAZATECH ‘A’ mng ATM ‘A’ 2-0
(21-15, 21-19)
No comments:
Post a Comment