Adakah bola sepak Liga Malaysia akan
menyaksikan satu lagi penglibatan dari kerabat Diraja? Begitulah perkhabaran
yang mula bertiup membabitkan pasukan paling berjaya dalam arena bola sepak
tanah air, Selangor yang dikatakan menarik minat anakanda Tengku Panglima
Diraja Selangor, Tengku Haji Shakirinal’ Amin Sulaiman Shah.
Tengku Shakirinal’ atau Tengku Nana,
didefinisikan sebagai seorang yang berjiwa bola dan mula menunjukkan minat yang
lebih terhadap perkembangan pasukan kesayangannya itu sejak kebelakangan ini,
dengan kelibatnya turut disaksikan ketika pertemuan Selangor menentang Hanoi
T&T di Stadium Shah Alam pada 1 April lalu.
Jika benar, Selangor akan menjadi pasukan
Liga Malaysia ketiga mendapat sentuhan kerabat untuk memacu mereka ke arah
penswastaan selepas Pahang yang dipimpin Presidennya Tengku Abdul Rahman Sultan
Ahmad Shah, manakala Johor dipimpin Tunku Ismail Idris.
tengku nana mmg minat bola dari dulu lagi masa saya sekolah rendah dia dah support team yang saya main. Orang yang kenal tengku nana je tau mmg dia minat bola dari dulu lagi.
ReplyDeletejika benar. harap ianya mampu meningkatkan prestasi pasukan selangor. mengembalikan selangor ke era kegemilangan
ReplyDeletewahh lepas ni ramai lah terlibat dengan bola..
ReplyDelete