BIARPUN hanya beraksi tiga
minit, ia tetap pengalaman berharga buat pertahanan kanan, K Reuben pada
penampilannya menentang gergasi Sepanyol, Barcelona tempoh hari.
Masuk sebagai pemain
gantian pada masa kecederaan, pemain berusia 23 tahun itu tidak diberikan
banyak masa untuk membuktikan kemampuannya namun ia masih menjadi sesuatu yang
bakal dikenang anak kelahiran Kajang sepanjang hayatnya.
“Sungguh pun beraksi hanya
tiga minit, ia tetap pengalaman yang berguna buat saya dalam kerjaya sebagai
pemain bola sepak. Diharapkan saya dapat menggunakan pengalaman yang diraih
dalam menghadapi saingan Piala Malaysia.
“Selepas kekalahan kami
pada perlawanan pertama kepada Sime Darby, Selasa, kami perlu memastikan tiga
mata penuh menentang Selangor supaya kami tidak tercicir dalam perebutan tiket
ke suku akhir,” kata Burn.
Penampilan Burn dalam
skuad kebangsaan menandakan sejauh mana kerjayanya sudah berkembang sejak
menempa nama di Sukan Universiti Dunia di Shenzhen dua tahun lalu.
Kini Burn sudah berjaya
menempatkan diri dalam benak pemikiran pengendali skuad kebangsaan K Rajagobal
dan kini menjadikan posisi pertahanan kanan secara tetap dalam barisan ATM
bimbingan B Sathianathan.
Tewas 3-4 kepada Sime
Darby dalam aksi pembukaan, ATM kini berdepan misi getir untuk meraih
kemenangan ke atas the Red Giants esok dalam misi untuk menghidupkan peluang ke
peringkat kalah mati.
Dengan Selangor sekadar
seri tanpa jaringan dengan Johor pada perlawanan pembukaan, saingan dalam
Kumpulan A kekal terbuka dalam pertembungan yang menjanjikan aksi sengit,
menarik dan disulami kontroversi seandainya berpandu kepada rekod pertemuan.
Masih segar di ingatan
kekalahan 1-2 kepada Selangor menerusi jaringan minit terakhir K Gurusamy yang
menamatkan impian ATM untuk merebut gelaran liga selain kekecewaan penentuan
penalti pada pusingan pertama Piala FA yang menafikan khidmat pemain akibat
penggantungan berikutan insiden pergeseran antara kedua-dua pasukan itu.
Berikutan kekalahan Selasa lalu, Sathia menjanjikan rombakan di bahagian pertambahan sambil mengalu-alukan kepulangan semula penjaring terbanyak, Marlon Alex James daripada penggantungan.
Namun, penyerang kelahiran St Vincent & Grenadines itu berkemungkinan besar tidak akan diturunkan kerana demam menyaksikan gandingan serangan Hairuddin Omar-Nizaruddin Yusoff dikekalkan.
Pertahanan kiri, Muhammad Safwan Hashim akan mengisi posisi bek kiri menggantikan Fitri Omar.

No comments:
Post a Comment