Kelibatnya bisa menghadirkan gerun pertahanan lawan, malah
Fernando Torres dan Didier Drogba pun tidak dapat melepasi kekangannya, dia
adalah satu-satunya pemain yang beraksi penuh 90 minit menentang Chelsea tahun
lalu, namun dalam tiga aksi final sejak 2011 – dua Piala FA dan satu final
Piala Malaysia – S.Subramaniam mendapati badi kecederaan yang menghantuinya sukar
untuk dibuang jauh menyaksikan kelibatnya tiada di atas padang setiap kali
wisel penamat tiga aksi final itu ditiup.
Itu tidak sedikitpun menganggu gugat hakikat kehebatan
pemain pertahanan Kelantan berasal dari Perak ini, dan tidak keterlaluan andai
dikatakan dialah nadi utama keutuhan barisan pertahanan Kelantan sejak dua
musim yang lalu, dan pemain yang layak dinobatkan pertahanan terbaik negara
ketika ini.
360images |
Bukan mahu memperkecil keupayaan pemain pertahanan tengah
lain seperti Obinna Nwaneri dan Rizal Fahmi Rosid di Kelantan, atau Aidil
Zafuan, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Amiridzwan Taj di kem kebangsaan, namun
Subra nyata memiliki ‘fear-factor’ yang menjadikannya lebih istimewa dan
mempunyai kelebihan tersendiri sehinggakan sukar untuk penyerang lawan
menembusi benteng terakhir Kelantan apabila dia beraksi.
Pertahanan TRW hanya konsisten dan mantap apabila ada
kelibat pemain berusia 27 tahun ini. Buktinya dapat disaksikan sendiri pada
perlawanan final Piala Malaysia menentang ATM tempoh hari, di mana KURANG
SEMINIT Subra diusung keluar padang akibat kecederaan lutut, dan digantikan
oleh Rizal Fahmi, ATM berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Rezal
Zambery Yahya.
Pertahanan Kelantan kelihatan agak goyah selepas Subra
keluar, dan ATM yang hanya SEKALI menyerang di babak pertama, kali ini
memanfaatkan sebaiknya ketiadaan pertahanan kental itu untuk melakukan asakan
bertali arus ke kubu sang kijang – beza yang nyata.
Ironinya pada aksi final Piala FA musim lalu, faktor Subra
ini jugalah yang memainkan peranan penting apabila Kelantan bolos dua gol lewat
kepada Terengganu seterusnya tewas 1-2.
Jurulatih Terengganu ketika itu, Irfan Bakti secara
terang-terangan mendedahkan kepincangan sebenar Kelantan terserlah apabila
Subra dikeluarkan (baca di sini) sekaligus membuktikan betapa besarnya pengaruh
pemain yang pernah memakai lilitan lengan selaku ketua pasukan di Sukan Sea
Korat 2007 di bawah bimbingan B.Sathianathan.
Untuk dua musim berturut-turut juga, barisan pertahanan
Kelantan adalah yang terbaik dalam Liga Malaysia, mereka memboloskan jumlah
keseluruhan 37 gol dalam semua pertandingan musim 2011 (41 perlawanan) dan jumlah
yang sama juga untuk musim 2012 (44 perlawanan).
Mungkin ada juga yang berpendapat pertahanan seperti Aidil
dan Amir juga telah menunjukkan permainan yang baik musim ini, tetapi perlu
dinilai juga tahap kompetitif permainan liga perdana yang sekadar menampilkan
pasukan seperti NS Betaria, Pos Malaysia, USM FC, Johor MBJB, MP Muar dan sebagainya.
Artikel ini bukanlah bertujuan mahu mengangkat Subra kerana
dia pemain Kelantan (lagipun dia berasal dari Perak), tetapi yang penting dinilai PRESTASI KESELURUHAN MUSIM,
BUKAN SATU DUA PERLAWANAN, harus diakui Subra adalah pertahanan terbaik negara.
Aiman...justification pilih best players based on Piala Malaysia performance...bullshit...zamani main 9 game boleh jadi best defender last season... its harder to win a league rather than a cup competition...consistency is the key
ReplyDeletedalam byk2 anugerah,1 je gua dok highlight,.iaitu Pemain Tengah Terbaik..hm,ternyata....
ReplyDeleteSubra memang hebat walaupun Kelantan berjaya juara Liga Super 2012. Sebab dah ada nama rugile kalau berhijrah ke pasukan lain.
ReplyDeletenice blog
ReplyDelete