Pautan Suara Sukan

Monday, July 9, 2012

Rajagobal Panggil 27 Pemain, Rizal Fahmi, Manaf Mamat Dalam Standby List


Matyo terus mendapat kepercayaan di sebalik prestasi merudum

Menjelang pertemuan menentang dua kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City, Persatuan Bolasepak Malaysia telah memanggil seramai 27 pemain untuk mendaftar diri di kem latihan skuad kebangsaan pada 16 Julai 2012.

Tiada kejutan disaksikan pada senarai pemain yang diumumkan, kecuali penyenaraian penyerang muda, Rozaimi Abdul Rahman yang sedikit mencuri tumpuan. Selain 27 pemain yang dipanggil melapor diri, 5 lagi pemain – Nasril Nourdin, Mazlizam Mohd, Rizal Fahmi Rosid, Gary Steven Robbat, dan Manaf Mamat pula diletakkan dalam senarai ‘standby’ sekiranya berlaku kecederaan kepada mana-mana pemain yang sedia ada.

Senarai penuh :
Amar Rohidan, Khyril Muhaimeen, Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Asrarudin Putra Omar, Bunyamin Omar, Safiq Rahim, Norazlan Razali (Selangor)
Shakir Ali, Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah, S.Kunanlan (N.Sembilan)
Khairul Fahmi, Shakir Shaari, Norsharul Idlan, S.Subramaniam (Kelantan)
Ashaari Shamsudin, Muslim Ahmad, Faizal Muhamad (Terengganu)
Azamudin Akil (Pahang), Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
Mahali Jasuli, Fadhli Shas (Harimau Muda)
Aidil Zafuan, Amiridzwan Taj, Azmi Muslim (ATM)
Safee Sali (Pelita Jaya), Yong Kuong Yong (Felda)

11 comments:

  1. kalu OKS, mesti die pilih pemain hok tgh perfom..amar rohidan?sapekah itu?

    ReplyDelete
  2. Current performance tak ambik kira. Datuk lebih kenal player dia.

    ReplyDelete
  3. amar lebih gemar membantu defender. x rugi masukan dia. org lebh nmpak pada player2 yg score goal saja. klau smua nak score sape nk tlg defend.

    ReplyDelete
  4. piya xde lagi nampak gayanya..1 cap je la sampai bersara

    ReplyDelete
  5. malaysia 0-12 manchester city.
    malaysia 0-12 arsenal.

    ReplyDelete
  6. Indraputra perlu diberi peluang ...

    ReplyDelete
  7. piya, indra, sorg lagi.. permata negara.. norfarhan.. sedarlah malaysia.. cadanganku ini bkn melihat kpd negeri.. indra dan norfarhan bkn kelantanis.. cuma main trw.. tp cadangan atas dasar permata negara.. tolong lahh..

    ReplyDelete
  8. xde gurusamy maknanya amar rohidan main 1st eleven la gamaknya

    ReplyDelete
  9. piya masih lagi ditinggalkan di belakang..shakir jadi cm carrick je la.piya mcam scholes..dua2 kena tggl..wlupom meletop nga team negeri...

    standard piya xlayak main team kebangsaan ke?

    ReplyDelete
  10. ni yg buat azlan Johar kecik hati ni...Peminat no 1 piya tu weh...adusss..aku sedih tengok azlan johar kecewa nama piya xde dlm list..hehhe

    ReplyDelete
  11. Hahahaha.. Ammar Rohidan masih adakan..? Haha.. KongGobal xde perasaan ke hah..!!? Kedah tu dh nyawa2 ikan kat MSL, msih pcaya pd pmain2nye..? Okeylah..xpe, ambiklah pmain Kedah tu. Tp knp Amar? Sabre Abu ada (mungkin KongGobal dh ramai sgt defender). Badrol okey jg la.

    Piya bkn pilihan KongGobal, walaupun Zainal Abidin Rawop & Azlan Johar, Nazzab Hizan, mrasakan dia MA terbaik.. Passing yg lawa dia la byk mmbantu pemain Kelate dpt score goal. Fuh..kenegeri jap ye..

    Safee Sali... Jgn dsebabkan dia satu2nye pmain yg bemain d luar negara (Indon je pun, bknnya Jepun) Safee yg djadikan sandaran utama. Tp okeylah,blh wat patner dgn MatYo / Rozaimi Sabah tu..

    "Saya kenal pemain saya".. Tp knp dia x pnah nk kenal penyokong2 Malaysia...??..

    ReplyDelete