Selepas Aziman Rosdi dan Hj Azman Ibrahim, model Piala FA bertukar lagi, kali ini Sang Ajis. |
Sebelum SS umumkan nama pemenang, sukacita dimaklumkan Suara
Sukan telah menambah kuota pemenang peraduan dari 5 kepada 8 orang.
Daripada sejumlah 121 pembaca blog Suara
Sukan yang mengambil bahagian dalam Peraduan Jom Saksikan final Piala FA yang
menawarkan tiket percuma sekeping seorang, adalah dimaklumkan hanya seorang
sahaja yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat. Sebelum melihat nama
pemenang, jom kita semak dulu jawapan kuiz.
1.
Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam
perlawanan Liga Perdana Satu. Siapakah yang menjaringkan gol menarik menerusi
sepakan sudut yang melencong masuk terus ke gawang N9 pada perlawanan itu?
Jawapan : S.Sivaram
2.
Siapakah jurulatih Kelantan pada tahun tersebut,
dan dua pemain kesayangan yang dibawa masuk?
Jawapan : K.Rajagobal ; S.Sivaram, Rizal
Zambry Yahya, Nazreen Tee, Sany Fahmi (mana-mana 2 pemain)
3.
Siapakah yg menyempurnakan sepakan penalti
terakhir ketika mnyingkirkan Pulau Pinang (5-4, penalti) dan membawa Kelantan ke
separuh akhir Piala Malaysia?
Jawapan : Nazreen Tee Abdullah
4.
Seorang pemain Kelantan pada perlawanan itu yang
masih beraksi bersama skuad 2012.
Jawapan : Shahrizan Ismail
5.
Pemilik dan penulis SS.
Jawapan : Muhammad Aiman, ini sekadar
soalan bonus, salah jugak tak tahulah J
Pemenangnya adalah seperti berikut :
1.
Siti Nurfadhilah Yakub (5/5)
2.
Faris Bahruddin (4.5/5)
3.
Wan Muhamad Shafiq (4.5/5)
4.
Zulhilmi Ramli (4.5/5)
5.
Khairul Amin (4.5/5)
6.
Zulkifli Shaari (4/5)
7.
Halimi Hassan (4/5)
8.
Azrul Nasrun (4/5)
Kriteria pemilihan pemenang, SEPERTIMANA TELAH DINYATAKAN,
jawapan yang tepat, lebih kurang tepat atau terpantas. Bagi soalan 1, selain S.Sivaram kalau adapun jawapan lebih
kurang tepat boleh dipertimbang, adalah Hardi Ahmad. Kerana dalam perlawanan
tersebut hanya dua pemain ini yang menjaringkan gol. Sivaram 2 gol, Hardi satu
gol.
Bagi soalan 2, selain 4 nama yang dinyatakan, jawapan lain
tidak dilayan sama sekali, tiada jawapan lebih kurang tepat.
Bagi soalan 3, selain Nazreen kalaupun ada yang meneka nama
lain, hanya dari kalangan 4 pemain lain yang ambil sepakan penalti sahaja
dipertimbang sebagai lebih kurang tepat – Rosli Omar, Roslisham, Anuar Abu
Bakar dan Rizal Zambry.
Soalan 4 & 5 : Siapa salah terus reject J
Terdapat hampir 45 pembaca yang menjawab lebih kurang tepat,
dan dalam hal ini, kriteria yang dipertimbang, adalah siapa yang terpantas
(sudah dinyatakan awal-awal). Justeru tahniah diucapkan kepada semua pemenang,
dan terima kasih kepada yang mencuba. Gagal takpe, boleh cuba lagi next time.
Peace !
Tiket boleh dituntut dengan saya bermula esok, di Stadium
Nasional Bukit Jalil, saya akan PM nombor ke email. Terima kasih.
Bro,
ReplyDeletekawe pun 4/5, x mene pun? hehe