Petugas media menerima layanan kurang ajar daripada petugas
keselamatan atau sekuriti yang telah dilantik FAM untuk final Piala FA edisi
kali ini – menerima makian dan juga ditolak keluar dari pintu masuk stadium dengan
alasan ruang legar hanya untuk pegawai atasan dan sesiapapun tidak dibenarkan
masuk tanpa arahan termasuk mereka yang mana pejabatnya terletak di dalam Stadium
Nasional Bukit Jalil.
Lebih mengecewakan, saya yang hampir 2 tahun pejabat berlokasi di
SNBJ, tidak dibenarkan masuk mengambil barang seperti kamera dan laptop di
pejabat saya (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) walaupun selepas menunjukkan
Pass Media dengan cara sopan.
Perkara seumpama ini belum pernah lagi berlaku sebelum ini, dan
saya berharap pihak yang berkenaan, termasuk Datuk Subahan (Pengerusi
Jawatankuasa Media) akan segera mengambil tindakan berhubung perkara ini sekiranya
tidak mahu imej FAM terus terjejas ekoran tindakan pihak ketiga.
Apabila saya menghubungi Datuk Subahan untuk memberitahu beliau
tentang kejadian ini, dan beliau mahu bercakap dengan pegawai yang mengaku
dirinya bekerja untuk FAM itu, tahu pulak dia cuak dan tidak mahu bercakap,
malah tidak mahu mendedahkan namanya kepada Datuk Subahan.
Dan setelah diarahkan untuk membenarkan saya dan rakan jurugambar
masuk, boleh pula dia berbuat demikian tanpa banyak tanya, tapi mulut macam haram.
Saya juga mahu mereka meminta maaf di atas tindakan bodoh dan tidak professional
ini.
Memang betul SNBJ telah dibook oleh FAM, tetapi FAM harus peka,
tempat yang mereka book, di sekitarnya terdapat ruang pejabat yang banyak
seperti Kesatuan Olahraga, Persatuan Bolatampar, Stadium First, YAKEB, dan
banyak lagi pejabat-pejabat lain dan FAM tidak mempunyai hak untuk menyekat
pekerja keluar masuk menjalankan tugas mereka.
Mereka HANYA BERHAK menghalang sesiapa yang ingin MASUK
MENYAKSIKAN perlawanan sahaja!
d'org x taw yg nak masuk tuh Aiman :)
ReplyDeletesaman je,jgn banyak soal lagi....
ReplyDeleteayat last skali tu kemah..
ReplyDeletekemah doh blogger kita ni.. esk demo tra tanya FAM tu tenket smalam dia jual brapo puluh ribu.. melebihi kapasiti stadium sokmo kalu final gak
ReplyDeleteFAM hanya tau kutip duit jah...masalah parking pn sama...parking yg disediakan tuk sime darby mcm xberbaloi jee...bukan penuh pn..penyokong TRW terpaksa parking kete jauh2..nk parking tepi jalan POLIS lak kuarkn saman..mentang2 la org kltn dan2 xleh perking...lau wat jom heboh xde lak POLIS nk saman yg parking tepi jalan tullll...HAMPEH TULLLL.....
ReplyDeleteSaman je! Teruk betul lah security tu.
ReplyDelete