Pautan Suara Sukan

Sunday, May 20, 2012

Demi The Red Warriors : Subra


“Kesakitan ini apalah sangat jika dibandingkan dengan kegembiraan ratusan ribu penyokong yang datang jauh untuk menyokong kami, kemeriahan yang menakjubkan. kemenangan ini untuk semua peminat TRW, ia tak mungkin hadir tanpa sokongan mereka.

“masa injured tu saya tak terfikir pun nak keluar, atau akan digantikan, bagi saya ia cuma kecederaan kecil. semangat saya masih kuat dan saya fikir mahu teruskan permainan selepas mendapat rawatan, tetapi fisio dah memberi isyarat kepada coach Bojan agar pertukaran dibuat,”


Demikian reaksi S.Subramaniam, pertahanan tengah Kelantan yang menerima 4 jahitan di bahagian kening kiri gara-gara disiku ayam tambatan Sime Darby, Patrick Ronaldinho.

Namun yang membanggakan dalam situasi darah masih mengalir, dia tetap berupaya melangkah keluar padang dengan gah untuk berjabat tangan dengan Rizal Fahmi dan menuju ke bilik persalinan.

Jelas, Subra berada di kelasnya tersendiri, membuktikan mengapa dia layak dilabel antara pertahanan terbaik negara, malah menjadi idola kebanyakan pemain muda termasuklah pertahanan kebangsaan meningkat naik, Amiridzwan Taj yang turut menyampaikan simpati + tahniah kepada Subra melalui laman Facebooknya.

Meskipun hanya beraksi 33 minit, Subra berjaya ‘mengikat’ Ronaldinho dan memastikan pemain dari Liberia itu sekadar menyentuh bola secara minimal, sekaligus menyaksikan Khairul Fahmi hanya sesekali diuji.

Apapun, pujian buat semua pemain benteng terakhir, yang turut menunjukkan komitmen penuh – Daudsu Jamaludin, Obinna Nwaneri, Rizal Fahmi, Zairul Fitri, Farisham Ismail serta Khairul Fahmi, di dalam memastikan Piala FA singgah pertama kali ke bumi Kelantan – meskipun final kali ini layak dianggap tiada kualiti final ekoran aksi hambar yang ditunjukkan.


“saya tidak setuju jika anda kata Ronaldinho tidak bermain dengan baik, sebaliknya pemain pertahanan saya telah menjalankan tugas dengan berkesan, bermain dengan baik, untuk mengawalnya. Ronaldinho tiada idea bagaimana untuk melepasi kawalan pertahanan, dan mencari ruang. Itu bezanya antara pemain terbaik saya dan pemain terbaik Sime Darby..” – Bojan Hodak.  

3 comments:

  1. Memang btul jawapan Bojan, benteng pertahanan klate bertindak ngan cemerlang dapat merantai Patrick Ronaldinho, bukannya dia tidak bermain dengan baik. Itulah kualiti yg kita ada berbanding dgn Sime Darby. Krn itulah juga dlm liga super team klate merupakan team yg paling sedikit bolos. Wlaupn game krg menarik tetapi ape yg pasti Klate adalah JUARA PALA FA 2012!!!! Kemenangan melalui penalti tidak ada salahnya kerana klate berhak mendapat penalti tersebut. Apepn thniah TRW!!!!

    ReplyDelete
  2. jangan lupa subra juga smpat bisik tips penting kepada rizal.

    ReplyDelete
  3. NASIB BAIK XLEH NK LIKE KOMEN2 KORANG..KLU DOK GAK..KAWE LIKE BLAKO HOK MANO ADO..HAHAHAHA....TRW TTP YG TERBAIK...

    ReplyDelete