Pautan Suara Sukan

Monday, April 16, 2012

Kata-Kata Azuddin Beri Lampu Hijau Kepada Rajagobal Untuk Terus Bereksperimen


Tanpa kelibat sekurang-kurangnya 10 pemain dari 2 pasukan Pantai Timur – Kelantan dan Terengganu - Ketua Jurulatih Skuad Bolasepak Kebangsaan, Datuk K.Rajagobal sekali lagi akan menjadikan perlawanan persahabatan antarabangsa, kali ini menentang Sri Lanka sebagai medan eksperimen untuk menguji pemain-pemain baru.

kredit foto : thestar
Dengan panggilan ke skuad kebangsaan kali ini diwarnai kehadiran 5 pemain dari skuad Selangor diketuai Safiq Rahim, pemain seperti Rozaimi Abdul Rahman (Sabah), Nizam Abu Bakar (Felda Utd), Faiz Subri (T-Team) dan Sani Anuar Kamsani (Penjaga Gol Sarawak) kembali dipanggil Rajagobal untuk membarisi SKUAD UJIAN RAJAGOBAL.

Sedar atau tidak, skuad Harimau Malaya masih tercari-cari kemenangan pertama di pentas antarabangsa sejak menewaskan Taiwan di Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia HAMPIR setahun yang lalu.

Sebarang keputusan menentang Sri Lanka SELAIN kemenangan bakal menyaksikan RANKING Malaysia terus merudum dan bolasepak Malaysia akan kembali meniti zaman kejatuhan (gelap), apatah lagi Sri Lanka ketika ini berada 25 anak tangga di bawah Malaysia.

Namun, situasi itu pastinya tidak menjadi kebimbangan Rajagobal, kerana dia mendapat LAMPU HIJAU serta BACKUP Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad yang awal-awal lagi sudah memberi kenyataan bahawa ranking tidak penting.

Dan ia juga pastinya menjadi AZIMAT dan MOTIVASI berguna buat Rajagobal untuk menurunkan barisan pemain yang mempersenda pasukan Sri Lanka pada 28 April nanti.  Jika seri atau tewas, mudah untuknya memberi alasan : “..pasukan ini masih dalam proses eksperimen, Datuk Azuddin sendiri tidak kisah tewas kepada pasukan ranking lebih rendah, kenapa anda pula nak melatah?..”.  

Safiq, tonggak berpengalaman
Apapun sebagai rakyat Malaysia, marilah kita mendoakan agar Malaysia tidak diaibkan sebuah lagi pasukan kerdil dalam peta bolasepak dunia, semoga kemenangan berpihak kepada kita.

Berikut senarai pemain yang dipanggil untuk melapor diri dan menyertai latihan bermula 20 April, Jumaat.

G.Jeevanathan, Bunyamin Omar, Safiq Rahim, Asrarudin Putra Omar, K. Gurusamy (Selangor), Shahrom Kalam (Perak), Azamudin Akil (Pahang), Shakir Ali, Farizal Marlias, S. Kunalan, Shahurain Abu Samah (N9), Rozaimi Abdul Rahman (Sabah), Sani Anuar Kamsani, Asri Chuchu (Sarawak), Aidil Zafuan, Amiridzwan Taj (ATM), Helmi Remeli (PKNS), Amar Rohidan, Azmizi Azmi (Kedah), Nizam Abu Bakar (Felda Utd), Faiz Subri (T-Team), Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal, Hazwan Bakri (Harimau Muda) dan Safee Sali (Pelita Jaya).

Dalam pada itu, blog Suara Sukan tercalon sebagai salah satu daripada 4 Blog Sukan Pilihan Anugerah Arena  2011 yang akan berlangsung pada 24 April depan. Untuk makluman, daripada 4 blog yang tercalon, Suara Sukan merupakan satu-satunya blog sukan berbahasa Melayu.

Kepada pembaca blog ini, yang berpendapat kupasan atau artikel di dalam blog Suara Sukan melayakkannya menjadi blog pilihan anda peminat sukan, bolehlah mengundi di laman web berikut : http://www.stadiumastro.com/Arena/AnugerahArena.aspx, selain mengundi calon pilihan anda bagi kategori atlet dan jurulatih terbaik.

8 comments:

  1. kawe dh vote blog demo kt astro arena tu...harap2 demo buleh mene..blog demo mmg yg terbaik...tanpa ada apa2 selindung

    ReplyDelete
  2. thanks bro :) -admin-

    ReplyDelete
  3. SS Blog kesayangan ku, Insyaallah mene, saya dah mengundi

    ReplyDelete
  4. saya dh ngundi gak...tapi nape blog rizalhashim tak ado???? kakkakakaka

    ReplyDelete
  5. sy pn dah undi aiman dan siap suruh member undi jgk.sy slalu baca tulisan aiman..sy rasa aiman leh neautral dr rizal hashim yg blagak pandai...

    ReplyDelete
  6. kawe doh post kt FB redsfcnews...suh set2 kelate vote blog aiman...

    ReplyDelete
  7. gua frust....susah nk undi..sbb gua sokong blog rizal hashim...hahahha

    ReplyDelete
  8. biarkanlah rajagopal ber eksperimen.. tahukah anda, thomas edison nk cipta mentol tu eksperiment ke1000++ baru jadi mentol tau?..
    ape salahnye kite tunggu je rajagopal hingga ke eksperimen beliau yg ke 1000++....hehehehehehehehehe....

    ReplyDelete