Pautan Suara Sukan

Monday, April 16, 2012

Apabila Ranking Tidak Lagi Penting, Maka ...

Agak menghairankan apabila seorang individu berkedudukan tinggi bergelar Setiausaha Agung, mengeluarkan kenyataan yang tidak melambangkan langsung kedudukannya itu, yang boleh disifatkan kelakar, atau dalam bahasa kurang sopan, kenyataan BODOH. Opps, ini bukan statement saya, tetapi statement beberapa bekas pemain kebangsaan yang ditemui sepanjang minggu lepas dan saya kumpulkan sekali untuk renungan anda.

Azuddin kata ranking tak penting
Apakah wajar Setiausaha Agung berkata kejatuhan RANKING Malaysia dalam kedudukan yang dikeluarkan FIFA itu tidak penting? Mari selusuri pendapat yang telah saya adunkan ditambah dengan PENDAPAT PERIBADI, maaf jika ada yang tidak bersetuju.

Apabila ranking tidak lagi penting, maka cadangan saya syarat pengambilan pemain import juga bolehlah diperhalusi balik, dan diberi kelonggaran bagi memberi peluang kepada pasukan yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, untuk mengambil pemain-pemain dari Sri Lanka, Kemboja, Virgin Island, Timor Timur, Brunei dan San Marino.

Sebelum ini pemain dari negara berkenaan tidak boleh diambil kerana faktor RANKING, di mana salah satu syarat pengambilan pemain import untuk Liga Malaysia adalah pemain itu perlulah datangnya dari negara yang RANKINGnya lebih tinggi dari Malaysia. Kalau ranking tidak penting, tak perlu rasanya syarat import begitu ketat, bagi jer lah siapapun main di Liga M yang semakin hilang standard ni.

Apabila ranking tidak lagi penting, saya juga ingin mencadangkan agar Safee Sali pergi TRIAL sekali lagi di Cardiff City, ataupun terus TRIAL di Queens Park Rangers. Kali ini Safee pastinya dapat menunaikan hajat untuk beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang masalah.

Safee tak dapat permit kerana masalah ranking
Semua pun tahu sebelum ini Safee tak dapat peluang kerana kesukaran mendapatkan permit, di mana permit hanya diberi kepada negara yang berada DALAM KEDUDUKAN 70 TERATAS RANKING yang dikeluarkan FIFA. Berita tentang perkara ini bukan sahaja dilaporkan di media tempatan tetapi juga media antarabangsa (baca sini). Jadi, kenapa ranking tidak penting?

Saya rasa mungkin Azuddin tidak tahu pasal benda ini, jadi, oleh sebab itulah dia cakap ranking tak penting, mungkin dia fikir dengan ‘KUASA DIRAJA’ yang dia ada, dia dapat mengarahkan Datuk Chan (Cardiff) atau Tony Fernandes (QPR) untuk ambil pemain Malaysia main dekat sana, ranking atau kriteria lain, tolak ketepi. Dia kan ORANG NOMBOR SATU DI FAM.

Bukan sahaja Safee, selepas ini pemain-pemain seperti Khairul Fahmi dan Baddrol Bakhtiar juga dengan senang boleh mengintai peluang beraksi bersama kelab Inggeris, tidak perlu lagi memikirkan masalah sama ada akan diberi atau tidak permit kerja untuk mereka.

Apabila RANKING tidak lagi penting, rasanya selepas ini peminat skuad bolasepak kebangsaan akan disajikan deretan perlawanan persahabatan berstatus A bertaraf dunia, contohnya menentang skuad senior Brazil di ranking nombor 6 dunia, atau Argentina (10), Jerman (2), Mexico (20), sebelum ini hendak ajak Thailand friendly pun susah, setakat juara Sukan Sea dan Piala AFF siapalah nak pandang? Lainlah kalau RANKING tinggi. Tapi Azuddin dah cakap ranking tak penting, jadi kebarangkalian juara dunia, Sepanyol pun berminat friendly dengan Malaysia agak tinggi ketika ini. Tiada lagi perlawanan sarkas.

Korea dahulunya 'makanan' Malaysia, kini mereka pun tidak pandang kita ekoran perbezaan ranking yang begitu ketara.
Apabila RANKING tidak lagi penting, saya berpendapat pada kejohanan-kejohanan utama ASEAN selepas ini seperti Piala AFF, Sukan Sea, Malaysia akan dengan mudahnya bergelar pasukan pilihan dan mengelakkan daripada diundi bersama pasukan berstatus GERGASI ASIA TENGGARA. Untuk makluman, status selaku pasukan pilihan atau di dalam balang mana pasukan Malaysia diletakkan bergantung SEPENUHNYA kepada kedudukan RANKING, bukannya reputasi selaku juara bertahan.

Contoh yang paling mudah difahami, lihat di Piala Dunia, kalau bukan kerana ranking yang memisahkan, takkan ada kelompok 8 pasukan pilihan (termasuk tuan rumah, special case) yang diletakkan di balang yang berlainan sebelum undian dilakukan. Kalau juga bukan kerana ranking, maka bolehlah kita menyaksikan Sepanyol, Brazil, dan Jerman beraksi dalam satu kumpulan yang digelar Kumpulan Maut.

Lupakah Azuddin, kerana kita berada di ranking keenam Asia Tenggara lah, tempoh hari masa Sukan Sea kita diundi sekumpulan bersama Thailand, Indonesia dan Singapura? Memang kita tetap muncul juara, dah menang takdelah yang nak bising tetapi selepas seri perlawanan pembukaan menentang Singapura bukankah kita dikatakan akan tersingkir awal? Jika Thailand tampil dengan pasukan terkuat mereka ketika itu, saya yakin semuanya akan berlaku IN REVERSE ANGLE.

LAST BUT NOT LEAST, apabila ranking tidak lagi penting, rasanya tidak perlu FAM mewujudkan pelbagai program dari peringkat akar umbi dengan alasan mahu memajukan pembangunan bolasepak tempatan. Biarkan sahaja bolasepak Malaysia jatuh dan terus jatuh, alah ranking bukan penting pun, duduk di kedudukan 200 dunia pun masih boleh dapatkan penaja besar seperti NIKE, ADIDAS dan sebagainya. 

Jangan terkejut jika selepas ini iklan Nike memaparkan pemain Bangladesh atau Nepal.
Penaja ni bukannya cerdik, mereka mana lah tahu pasal ranking. Tapi kalau mereka lari pergi sponsor team lain yang lebih tinggi kedudukannya, yang memberi MILEAGE dan RETURN lebih tinggi kepada mereka, usahlah ‘Azuddin & The Geng’ duk menangguk, kerana RANKING BUKANNYA PENTING. JANGAN TERKEJUT SEKIRANYA IKLAN NIKE SELEPAS INI MEMAPARKAN PEMAIN BANGLADESH ATAU NEPAL.

20 comments:

  1. Kupasan dan cth yg baik. Mungkin ini adalah pukulan K.0 buat juak2 FAM yg mmg x blh ditegur lg egois.

    Nampaknya askar pencen ni cuba menegakan sesuatu yg memang x blh nk tegak. Tp dek krn trasa diri menjadi kebal, pandangan org lain x dpedulikan. Pelik tp benar.

    Pegawai2 lain x brani bersuara? Rasanya kalau memuji xkan dikenakan tindakan tatatertib. Jd mengapa pegawai lain senyap membisu x mnyokong Azzuddin? Bkatalah ssuatu spt "sya pegwai FAM bersetuju dgn S/U". Yg bsuara stakat ini PEGAWAI YG DIGANTUNG tugas, TAM. Mana Hamidin? Mana?

    Kalau ranking bkn ukurannya, buat apalah FIFA sibuk2 duk hitung, duk kira, duk bg markah pd stiap pasukan ngr? Atau Azuddin & juak2nya merasakan FIFA hanya membuang masa dgn menghitung angka ranking?

    Wartawan.. Kes TAM mendapat liputan wartawan2. Ada menghentam TAM melalui surat khabar, ditambah pula dlm facebook. Kmudian mereka dilihat seakan bergabung membelasah TAM. Turut terpalit adalah penyokong Kelate dan RAKYAT Kelate. Tp dlm kes RANKING BUKAN UKURAN, d mana wartawan2 gila glamor ini? Tulislah dlm surat khabar bhw anda (bkn SS) menyokong Azuddin. Msk kan skali dlm twiter & facebook.

    MUNGKIN cth ini ada kaitan; Kes trbaru yg mlibatkan skuad presiden Kelantan. Syazwan yg didaftar dlm skuad senior (Liga Super) dlarang beraksi utk skuad presiden. Dlm erti kata lain pmain yg berdaftar dgn skuad yg "tinggi" x dbenarkan beraksi dlm skuad "rendah". Tp pmain skuad "rendah" (presiden) blh bmain dlm skuad "tinggi". Persoalannya knp adanya skuad "tinggi" & "rendah"? Bg kawe kerana ranking. Ranking Liga Presiden dgn Liga Super berbeza. Atau mungkin cth ini x ssuai / x releven dgn isu yg dibawakan SS..?

    ReplyDelete
  2. kupasan yang menarik.. hrap bnda nie dpt mnhentam balek org2 FAM yg hnya tahu putar belit statement nie.. alasan raking x penting ni mngkn sbb diorng hnya nk cover balek hakikat yg diorng nie x thu nkbuat kerja.. diorng ckp raking x mempamerkan prestasi sebenar.. kita tgk lps ni, tgk mcm mana prestasi harimau malaya.. klau mkin merudum.. tgk jenaka pe plak hantu2 FAM nie nk bg alasan..

    ReplyDelete
  3. tulisan yg baek,, diharap ada perubahan dalam fam

    ReplyDelete
  4. tgk muko judin aku tau dh muko jnis kaki kipas,ampu,bodek pok angguk ore atasan..nk kecek pn ketar mlut..bodoh xleh nk ajar..

    ReplyDelete
  5. dok rok main ngan askar pencen nih.....dr dulu aku panas

    ReplyDelete
  6. Kupasan yang baik aiman.
    Teruskan mengkritik dan membuka mata. Kerana wartawan/journalist kurang risikonya untuk digantung 2tahun setengah.

    ReplyDelete
  7. Komen yg paling bernas..sesuai untuk FAM...

    ReplyDelete
  8. Kupasan yg menarik tp bg fam hanya secebis taik gigi. . . . . FAM lagsung xpeduli suara penyokong. . . . . Liga nk profesional tp pengurusan tahap tadika kemas

    ReplyDelete
  9. BILA ORG KURANG CERDIK BERBICARA..AYAT YG KELUAR PON KURANG PANDAI..TP TETAP MENJADI POJAAN HATI SANG BERKUASA..

    ReplyDelete
  10. Ulasan terbaik....tapi orang FAM baca ke taK blog suara sukan anda ni....

    ReplyDelete
  11. Jenderal pencen ni tau nk kipas bos die je
    Tu yg statement cam d ngara kelas 3

    ReplyDelete
  12. bila rangking dh x penting so xyahhh nk kalutt2 jdi SU dlm FAM jadi jerrr SU jwatan kmajuan KG ang!!!!isshhh2 klau ang x pndang tp kami pnyokong mngambil berat sal rangking bola nie...ada pham ka????

    ReplyDelete
  13. Tiada kata2 terbaik untuk Azzudin dan Subhan kamal kecuali B.O.N.G.O.K

    ReplyDelete
  14. Aku bukannya terlalu pandai, tapi aku berani gerenti, aku lebih pandai buat kerja dari SU FAM ni, much-much better than him. X payah bayar gaji semahal tu pun untuk dptkan khidmat aku.

    sekian terima kasihhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  15. rangking tok penting sebab dok tangga tercorot n dibawah nepal,bangladesh...jika rangking malaysia dok atas daripada mereka niee..mesti dio kate rangking tu penting.......alahai..kesian..

    ReplyDelete
  16. Kita nak tanya FAM, Apakah kenyataan Azzuddin ini merupakan kenyataan resmi FAM atau hanya cerita rekaan dari Azuddin semata2...

    ReplyDelete
  17. kalo ranking jatuh merudum,geng juden ni nanti nak jadikan alasan kalau team bola sepak kita kalah lepas ni...

    ReplyDelete
  18. judin gilo - xdok hal la ranking duk bawoh pun,asalkn gaji aku tinggi...baik aku kipas palo atah skali,bleh jgk pekdoh...bia la maruah bola sepak Malaysia jatuh skalipun asalkn aku senang jah...peduli apo aku...

    p/s : slagi ore yg samo perintoh psatuan bola Malaysia nih,slagi 2 lh kito xkea raso prubahan..bangga sgt la kito dgn jd juara AFF n sukan SEA tu..kami rakyat Malaysia bharap mudah2an bola sepak Malaysia tidak akan tgadai krn mereka2 ini

    ReplyDelete
  19. azuddin org bangla. 2 pasal dia suke bangladesh lgi tgi ranking dri malaysia.

    ReplyDelete
  20. kawe mmg suka baca artikel ini...kupasan yg terbaik tahun 2012 oleh aiman...kelasss gitu....

    ReplyDelete