Pautan Suara Sukan

Thursday, January 5, 2012

Isu Pemain Import : PBSNT Bukan Budak Sekolah - Azuddin

Sungguh kelakar cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Setiausaha Agung FAM, Dato’ Azuddin Ahmad berhubung status pendaftaran pemain import pasukan Terengganu, hampir bertukar kepada perang mulut antara penulis dan Dato’ Azuddin yang berpendapat penulis cuba melaga-lagakan beliau dan PBSNT.

Sorry Dato’ Azuddin, isu ini bukan isu kecil, bukannya menjadi CONCERN saya seorang, tapi saya yakin jawapan FAM kepada status pendaftaran duo pemain import Terengganu, Francis Doe dan Erison Da Silva turut menjadi pertanyaan dan persoalan peminat bolasepak tempatan, lebih-lebih lagi penyokong pasukan Terengganu dan PBSNT sendiri.

Sambil mengakui FAM ada menghantar Surat Pekeliling kepada Terenggany bertarikh 23 Disember lalu, Azuddin menegaskan lanjutan tempoh pendaftaran pemain asing hanyalah untuk Piala AFC, dan bukannya Liga Malaysia.

“ia satu salah faham, kita tidak pernah lanjutkan tempoh pendaftaran pemain import untuk Liga Malaysia, 8 Disember adalah muktamad, jadi dari mana datangnya 2 lagi import? Ia dibuka untuk AFC window, tak mungkin Terengganu daftarkan pemain import untuk Liga M dalam window ini, kita (FAM) bukan berurusan dengan budak sekolah, PBSNT bukan budak sekolah untuk buat-buat tak faham peraturan, mereka professional..”.

Azuddin turut menegaskan FAM tidak perlu memberi penjelasan tambahan kepada PBSNT, kerana isu ini tidak seharusnya wujud jika semua persatuan faham peraturan yang ditetapkan.

Suara Sukan : Jadi bagaimana pula sekiranya Terengganu tetap menurunkan pemain import mereka itu Selasa ini, dengan berpegang kepada Surat Pekeliling tersebut yang mana dibacakan Datuk Che Mat Jusoh? Dalam surat tersebut Che Mat menyebut FAM turut memberi kelonggaran bagi saingan Liga M? Adakah FAM akan ambil tindakan tegas?

“Awak jangan nak lagakan saya dengan PBSNT pulak ok, jangan buat provokasi, apa salahnya bagi komen yang membina dalam artikel awak, apa yang PBSNT tidak jelas, atau kurang jelas, mereka boleh rujuk Jawatankuasa Pertandingan FAM, tidak perlu guna media..”.

So, sekarang tidak perlulah fan Terengganu memaki hamun, mencaci sesiapa, atau mencari siapa yang salah. Sebaliknya lebih elok Datuk Che Mat Jusoh, atau wakil PBSNT merujuk terus kepada FAM untuk penjelasan lebih jelas, dan CLARIFY perkara ini sebaiknya tanpa ada salah faham.

TAMBAHAN : Info dalam surat pekeliling mengatakan untuk Liga Malaysia, jadi salah siapa, FAM atau PBSNT? SS cuma menyampaikan info, tentang percanggahan dalam surat pekeliling tu silalah PBSNT rujuk FAM, kan senang, nape nak kecoh-kecoh.

9 comments:

  1. nk suh gi tny azudin smula.. tarikh dftr import AFC nk extend kot mane lagi nye? bukn habis lg pon.. mnde tujuan surat pkeliling tu? jeng..

    ReplyDelete
  2. surat pekeliling adalah bukti.. jika benar FAM hantar.. maka salah di pihak FAM.. tanya balik ada hantar surat kat mana-mana persatuan x dlm bulan lepas? haha.. sbb surat tu memang tulis macam tu.. jangan nnk bedalih2 pulak..

    ReplyDelete
  3. jeng jreng kongkeng.. tp nk wat guane muga dia penganjur tu gak.. ganu, pade main set tempatan je lah.. cbe buktikan set ganu boleh menyerlah tnpa import.. tgk caro team ganu 'mcm'lengkap doh dgn defend ada muslim, midfield tmbh shukur pah striker nmpk berkesan musim lepas.. blh duk belakang TRW xpo doh hehe.. peace yo..

    From bonuhan a.k.a bini org ganung

    ReplyDelete
  4. info : berita terbaru tentang import trg. srt pekeliling yg dihantar oleh FAM BANGSAT kpd pbsnt mengatakan pendaftaran pemain import UNTUK LIGA MALAYSIA bg pasukan Terengganu ditutup pada 9JANUARI 2012 dan bagi KELANTAN 6JANUARI 2012.. DAN UNTUK PIALA AFC DITUTUP PADA 6FEBRUARI 2012.. ini disahkan wakil kami yg melihat sendiri surat tersebut.. dlm srt tu terang2 tulis untuk LIGA MALAYSIA.. bkn AFC CUP utk 9januari 2012tu.Sumber : TFC

    ReplyDelete
  5. sakit Dato’ Azuddin askar pencen...

    ReplyDelete
  6. kite tgu dan lihat...klu dh ade bukti ape nk tkut...nk tgk fam jwb guane...jap lg trg fc akan post copy surat tu...ramai dh luga ngan fam..koho2 benci la pah ning..ayuh peteh

    ReplyDelete
  7. azzuddin nyanyok dah ke.....surat tu dlm bahasa melayu, sign nya terang terpampang dan nyata..... letak jawatan laaaaa

    ReplyDelete
  8. FAM bersalahhhhhh.....

    FAM BUAT SURAT MACAM BUDAK SEKOLAH
    FAM BUAT SURAT MACAM BUDAK SEKOLAH
    FAM BUAT SURAT MACAM BUDAK SEKOLAH
    FAM BUAT SURAT MACAM BUDAK SEKOLAH
    FAM BUAT SURAT MACAM BUDAK SEKOLAH

    ReplyDelete