Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) hari ini melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import sehingga
13 Februari 2012, sebagai langkah penyelesaian dan tolak ansur terbaik, dalam
menangani kemelut serta kontroversi tercetus berhubung status pendaftaran
pemain import dalam saingan Liga Malaysia 2012.
“kita telah memperhalusi rayuan yang dikemukakan, bukan
hanya Terengganu, tetapi semua pasukan yang gagal daftarkan pemain import
dengan pelbagai sebab seperti masalah dokumen, kontrak salah, salah penafsiran
dan pelbagai isu lain, dan jawatankuasa berpendapat, demi kepentingan bolasepak
negara, BUKAN ATAS DASAR TEKANAN YANG DITERIMA JAWATANKUASA, kita sedar pemain
import pun dah lama tak main, pertama kali Transfer Matching System (TMS)
diperkenalkan FIFA, secretariat telah hubungi FIFA, bersetuju lanjutkan tarikh
tutup pendaftaran pemain import ke 13 Februari, dengan memenuhi syarat sepertimana
sedia ada, hanya tarikh tutup dilanjutkan, tiada perubahan lain…”. – Dato’
Hamidin Amin, Pengerusi JKPT.
Manakala Datuk Azuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM, dipetik
berkata :
“kita ambil iktibar demi kebaikan bolasepak, saya mohon
kepada semua persatuan dan kelab agar perkara ini tidak timbul lagi di masa
akan datang, kita bertolak ansur hanya sekali, kerana ini kali pertama TMS
diperkenal, kita harap setiap pasukan mematuhi peraturan dan tempoh masa yang
ditetapkan, apa yang saya nampak, setiap pasukan gemar menunggu betul-betul
hingga saat akhir untuk membuat pendaftaran, apa-apa masalah selepas ini, sila
rujuk kepada secretariat, jangan buat intepretasi sendiri..”. – Dato’ Azuddin
Ahmad.
Dengan keputusan ini, bermakna Terengganu kini bebas
menurunkan 2 pemain import yang didaftarkan pada 4 Januari lalu, iaitu hampir 4
minggu selepas tarikh tutup asal (8 Dis 2011), TETAPI dengan syarat Persatuan Bolasepak Negeri
Terengganu perlu mendaftarkan semula dua pemain itu, dan mereka perlu menunggu
keputusan Vetting Committee di bawah Tan Sri Aseh Che Mat, sebelum dibenarkan
bermain.
Doe, boleh didaftarkan |
Ini bermakna Francis Doe dan Erison Da Silva belum dapat
diturunkan Sabtu ini, KECUALI PBSNT bertindak pantas membuat pendaftaran semula
dengan mengemukakan segala dokumen serta apa yang patut, dan Vetting Committee juga
pantas membuat keputusan sebelum perlawanan pada 14 Januari, sama ada mereka dibenarkan bermain atau tidak. Tapi nampak gaya kena tunggu perlawanan ketiga, baru boleh main.
“usah risau, bilamana persatuan kemukakan pendaftaran,
jawatankuasa Tan Sri Aseh akan sentiasa mengadakan mesyuarat sehingga tarikh
itu (13 Februari). Kita takkan tunggu 13 Februari baru bermesyuarat..”. – Dato’
Azuddin Ahmad.
Setiap pasukan yang sudahpun mendaftarkan dua pemain import,
juga dibenarkan untuk membuat PENGGANTIAN/PERTUKARAN pemain, selagi ianya
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Itu kisah import Terengganu. Mengenai import Selangor, Ramez Dayoub, Azuddin mengakui timbul sedikit kekeliruan namun menegaskan pemain itu tetap layak untuk beraksi bersama Selangor walaupun timbul pertikaian.
“Vetting Committee ni jawatankuasa bebas, terdiri daripada
bekas pegawai kerajaan, pegawai polis, SPRM, dan sebagainya, mereka telus dalam
membuat keputusan. Jadi apabila bersidang pada 22hb Disember, mereka dapati
adalah tidak relevan jika mengikut ranking pada 24 Ogos 2011, kerana ranking ni
sentiasa berubah, jadi mereka mengambil keputusan untuk menetapkan RANKING
TERKINI sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 8 Disember sebagai RANKING YG
DIGUNAPAKAI..dan ia telah dihantar kepda semua persatuan negeri...”.
Untuk rekod, ranking digunapakai untuk tujuan pengecualian
cooling off period, oleh itu Ramez meskipun tidak melepasi syarat cooling off
kerana bermain di Liga Asean, dia melepasi syarat kedua iaitu bermain bersama
pasukan kebangsaan yang ranking lebih tinggi dari Malaysia.
Mengenai tindakan membuang Artikel Mengenai Peraturan
Mengambil Pemain Import di website FAM, Hamidin menjelaskan ia dibuang kerana
sudah tidak boleh digunapakai dan akan diganti dengan yang baru.
harap lepas nie x timbul lagi problem atau isu... bukan apa, kita nak tgk liga M penuh meriah dgn aksi menarik di atas pdg dan bukannya kontroversi di luar pdg...
ReplyDeletedodgy gila peraturan.utk menyelamatkan team kesayangan FAM.tah apa2.boleh tukar2 peraturan
ReplyDeleteHamidin Amin, Pengerusi JKPT tidak matang dalam tindak tanduknya malah tidak profesional.Layak mengurus pasukan estet je..Sebelum kita nak bertegas, check dulu peraturan dan pekeliling yang kita keluarkan tu ada lompang atau tidak. Kalau ia boleh dipertikaian, maknanya pengurusan belum mantap lagi.
ReplyDeleteKena ada orang spt MB terengganu,acah FAM dan esok tengok impaknya.
Tak sampai 48 jam FAM dah berubah nada, baru nak guna budi bicara,dengan macam-macam rasionalnya. kenapa sebelum ini FAM tidak bertindak macam ni?
Itulah Midin, nak mengurus satu badan induk seperti FAM ini kena ada sedikit ilmu,banyak baca buku, kena cerdik dan berhemah... bukan main taram ikut rasa dengan sedikit kuasa yang ada....
Harbijj.
Keputusan mengubah tarikh ranking dari Ogos ke Disember memang mengarut. Cuba bayangkan jika ranking Lubnan ataupun mana2 negara berubah sebaliknya dari lebih tinggi dari Malaysia ke lebih rendah (bukan lebih rendah ke lebih tinggi seperi sekarang). Akibatnya pemain dari negara tersebut yang sudah awal2 didaftarkan itu akan hilang kelayakan kerana FAM ubah peraturan selepas tarikh tutup. Ini bukan masalah relevan atau tidak relevan seperti kata FAM.
ReplyDeleteTarikh rujukan ranking mana boleh diubah, kalau dah ditetapkan 24 Ogos, kena ikutla tarikh tu sebab pasukan negeri akan rujuk ranking 24 Ogos untuk cari pemain import. Kalau pemain tu layak berdasarkan ranking negaranya pada 24 Ogos, dan pasukan negeri dah sign kontrak dia, tiba2 pada Disember ranking negaranya dah turun, lebih rendah dari Malaysia. Habisla.....
setuju dgn comment anon 12.52.. nsb baik perkara tu tak berlaku kalau tidak isu baru akan muncul..walaupun FAM menegaskan yang keputusan dibuat BUKAN ATAS DASAR TEKANAN YANG DITERIMA JAWATANKUASA tetapi hakikatnya selepas seseorang yang berkuasa memberi komen dan kritikan + ugutan terus FAM mengambil keputusan untuk membuat perubahan.
ReplyDeleteso untuk kes perubahan ini kredit harus diberikan kepada:
A: aiman (admin)
B: Fan club Negeri Sembilan yg byk menyelongkar pelbagai kelemahan FAM termasuk isu pemain import selangor
C: Fan Club GanuSoccer.net yang berkerjasama dgn Fan n9
D: MB Tranung Datuk Ahmad Said yg ala2 KT Gangster memberi amaran (fan ganu jgn marah mmg Mat Said ada stail tersendiri (salute)
Liga Super semakin meriah, tiada team favorite buat masa sekarang selepas kelantan draw dgn PKNS game kedua, ganu kalah dgn perak, selangor NS draw, kedah kalah teruk dgn 1 lagi wakil tranung..yang pasti di liga perdana marlon alex james terus mengamuk dgn 6 gol dlm 2 game..
Dapatkan jersi pasukan kegemaran anda di sini,
ReplyDeletehttp://cebagoomarket.blogspot.com/
Jersi harimau malaya, jersi EPL dan kalau nk jersi pasukan negeri, sila request ke cebagoomarket@hotmail.com...
Like our fb page https://www.facebook.com/cebagoomarket
FAM mmg bangang sbb x tegas dgn sesuatu keputusanG.. tranunG pulok mmg staranG...
ReplyDeletememang bukan Terengganu sahaja yang benefit. team kesayangan FAM yang lain pun boleh consider ambil import baru, ganti yang injured ke..
ReplyDeleteapa-apapun, tindakan FAM tak menjawab masalah pekeliling dan peraturan yang caca-marba.
kalau sekali tengok tindakan FAM seperti takut akan terengganu sehingga membuka semula pendaftaran pemain import tetapi sebenarnya mereka ingin menyelamatkan selangor ekoran tempoh cooling period dayoub.
ReplyDeletebkn sbb tu anon 10:55. tganu tu sbnarnya nangis2 nk pmain impot sampai ugut nk tarik diri.. sb FAM kesian kt tganu lah dia bg tganu daftar balik.. kalu x tganu tarik diri & player dia xda keje, last2 keje wat kepok leko je.. starang tganu starang..
ReplyDeleteat the end,kelantan pon ambik import baru...
ReplyDeletemaaf,tp nk pesan je,lain kali jgn nk mengata kat negeri org buat tu buat ni,last kelantan pon sama...ambik jugak import barunya...berpade2lah bro,last skali diri sndri pon perlukan usaha orang lain...maaf atas bahasa kalu kurang elok,cume xsuka org duk mengata sama sendiri..