Pautan Suara Sukan

Thursday, November 10, 2011

Beri Mereka Peluang Buktikan


Ketika Malaysia seri tanpa jaringan menentang Singapura pada perlawanan pembukaan tempoh hari, sememangnya prestasi ala kadar mereka layak untuk mengundang kritikan daripada peminat bolasepak tempatan – tiada nafsu mencari gol, hantaran yang kerap tersekat di tengah, serta permainan hambar yang langsung tidak menepati ciri-ciri skuad berstatus juara bertahan.

Penulis sendiri kecewa walaupun tidak berkesempatan menonton sepenuhnya perlawanan itu, kerana badi kita dengan Singapura, sama ada senior atau B-23 mereka yang disifatkan pasukan kedua terlemah dalam Kumpulan A, masih tidak dapat diatasi – hinggakan media sendiri tidak terkecuali daripada membidas permainan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu. 

Apapun, penulis mengambil sikap tunggu dan lihat, tidak mahu terlalu cepat membuat penilaian dan membidas tak kena tempat, kerana itu baru perlawanan pertama, mereka masih ada 3 perlawanan selepas perlawanan tersebut, justeru peluang masih terbuka untuk mengintai slot ke separuh akhir.

Dan ia dibuktikan semalam ketika menumbangkan Thailand, dengan aksi yang jauh lebih baik berbanding perlawanan pertama - penguasaan bola nyata milik skuad negara, ditambah pula kekerapan menguji penjaga gol lawan, cuma sekali lagi dikecewakan sentuhan penyudah tumpul, serta seperti lazimnya hilang fokus di saat akhir, di mana ketika Thailand menjaringkan gol penyamaan, terdapat 7 pemain termasuk penjaga gol berada dalam kotak penalti namun gagal untuk menghalang jaringan tersebut.

Izzaq Faris yang dikritik hebat pada perlawanan pertama walaupun hanya beraksi 10 minit, membalas kritikan dengan menjaringkan gol kemenangan (juga beraksi hanya 10 minit), manakala Fakri, tidak langsung menunjukkan aksi yang boleh JUSTIFY kenapa dia layak berada di dalam skuad. 

Sorry to say Fakri, anda gagal membalas kepercayaan OKS, walhal OKS sendiri tahu sejauh mana persembahan anda bersama skuad senior, serta di Negeri Sembilan, anda langsung tidak mendapat tempat, tersisih di belakang Hairudin Omar, Firdaus Azizul, Shahurain Abu Samah, dan Zaquan Adha. Kalau tidak mahu terus menjadi sasaran kritikan peminat mahupun media, BUKTIKAN SESUATU, ini bukan kritikan, tapi cabaran buat anda – balas kepercayaan yang diberi OKS.

Manakala OKS pula, beri peluang sekali dua tu boleh diterima, tapi kalau pemain dah diberi peluang berpuluh kali main masih tahap sama, lain kali drop jer terus. Ramai lagi pemain berpotensi tinggi. 

Kemenangan ke atas Thailand juga, dalam masa sama menyaksikan skuad B-23 bebas daripada kritikan buat sementara waktu, namun jika gagal dalam misi ke separuh akhir, bersedialah untuk sebarang kemungkinan.

4 comments:

  1. de live ke mas vs india ahad ni

    ReplyDelete
  2. Tapi worst player lwan Thailand : Gurusamy. M
    alah, lepas 2 prlawanan, dia still worst player. Bukan msalah ball control ke, tackling ke, tapi msalah mentaliti dia, mcm takde motivasi. Posisi betul2 kat depan 2 centreback, tapi Thailand senang je lepas. Lpas tu buat silly tackle. Mungkin dah mula besar kepala main M'sia?


    Fakri pulak ibarat Torres M'sia. Masa dekat Perlis memang top form, ada self motivation, kalau tak goal dia assist. Sekarang ball control tak reti, shooting sesat, positioning lagi la, striker pgi dduk dkat halfway line je buat ape.
    Sekarang ni memang kemarau panjang la dia, gol pun dah lama tak skor. Tapi kalau gol 1-2, mungkin ada harapan nak main bagus balik. Walaupun lebih senior, banyak dia boleh belajar dri Shahrul Azwari tu.
    Stamina tak abis-abis mcam chicharito pulak.

    ReplyDelete
  3. NK BUKTIKN APA LG, MMG STAKAT TU JE LA TAHAP PERMAINAN MALAYSIA

    ReplyDelete
  4. terkebih dahulu syabas kpd skuad HM krn menerkam garuda menyembah bumi mereka sendiri. x dpt digambarkan kepuasan setelah kecewa dgn longlainya skuad takraw & kurangnya pengalaman skuad badminton msia.

    kgum dgn permainan nazmi faiz yg tnang control bola dan cool wp bru umur 17 thun. prospek utk skuad senior (tp x taulah kalu coach x nmpak). tang guru & shukor jusoh amat mengecewakan. guru terlalu soft utk jd defensive midfielder wpun dh kira senior.

    izzat dh ada nmpak peningkatan. advantage dia ialah mempunyai susuk badan yg tinggi, tegap tp perlu diasah utk menjdi lbih aggresif & mobile. tang fakri tu dlm tim n9 pun x dak dlm perancangan tp msih dberi pluang utk tugasan HM.

    ReplyDelete