Prestasi merudum skuad bolasepak negara, yang langsung tidak mempamerkan peningkatan sejak menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, terbaru tewas kepada jaguh Asia, Australia, 5-0 pada aksi persahabatan semalam menyaksikan pengendali, Datuk K.Rajagobal berdepan tekanan dan kritikan hebat, yang mungkin memaksanya melepaskan jawatan selaku Ketua Jurulatih, apatah lagi dengan hakikat kontraknya belum lagi diperbaharui majikannya, FAM.
Nama jurulatih berpengalaman seperti Reduan Abdullah, JOBLESS K.Devan, FANS FAVOURITE Azraai Khor Abdullah, MEDIA FRIENDLY Dollah Salleh selain jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee antara yang dilihat sebagai calon berpotensi mengisi kerusi panas itu, tatkala kepercayaan dan sokongan peminat terhadap Rajagobal, jurulatih yang menoktahkan kemarau emas Sukan Sea 20 tahun, makin hari makin pudar.
Pencapaian skuad negara selepas menjuarai Piala AFF nyata tidak begitu memberangsangkan, apatah lagi kita muncul juara pun selepas tewas kepada Indonesia 1-2, menang aggregate 4-2. Jika Thailand dan Indonesia berpakat dan bermain untuk seri pada perlawanan terakhir kumpulan ketika itu, yang mana Indonesia menang 2-0 jaringan Bambang Pamungkas, bukankah bermakna kita sudah boleh bungkus awal?
Namun, bagi bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali, yang seringkali tampil selaku PENGKRITIK hebat terhadap pengurusan FAM dan aksi longlai skuad bolasepak tanah air kendalian Rajagobal, kali ini bersifat defensive terhadap jurulatih berusia 53 tahun itu, dengan menyifatkan Rajagobal sudah melakukan yang terbaik untuk bolasepak Malaysia, dan berpendapat buat masa ini tiada jurulatih tempatan layak menggantikan tempat Rajagobal.
“Biarlah kita stay dulu dengan Raja, kalah friendly match jer, rekod Raja sebagai coach baik setakat ini. takde sape yang layak ganti Raja. HANYA OVERSEA coach aje yang layak kalau adapun, dari Jepun, Korea, atau negara Eropah sepertimana dilakukan Thailand, Indon. Tapi jangan tolak ke tepi sumbangan Raja. Sekarang ni tugas berat raja adalah untuk kembalikan sokongan peminat yang mula hilang kepercayaan terhadap kredibiliti dia, dan kuatkan mental para pemain..” – Khalid Ali.
Apapun, Khalid tetap memberi sokongan andai rakan baiknya, Dollah, yang kini jurulatih skuad Liga Premier Pahang, diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab tersebut, apatah lagi nama Dollah pernah disebut sebagai calon pengganti bersama-sama Devan selepas Sathianathan dipecat pada Februari 2009, kerana berpendapat pasukan negara perlu diberi suntikan idea baru.
Dollah Salleh pernah digelar jurulatih yang memiliki sentuhan magis ekoran kecemerlangannya membimbing MPPJ Selangor muncul pasukan kelab pertama bergelar juara Piala Malaysia pada 2003, seterusnya 3 piala (Piala FA, Liga Perdana, Piala Malaysia) bersama Selangor pada 2005, kejayaan yang melayakkan Selangor untuk beraksi di Liga Super tahun berikutnya.
Dollah Salleh pernah digelar jurulatih yang memiliki sentuhan magis ekoran kecemerlangannya membimbing MPPJ Selangor muncul pasukan kelab pertama bergelar juara Piala Malaysia pada 2003, seterusnya 3 piala (Piala FA, Liga Perdana, Piala Malaysia) bersama Selangor pada 2005, kejayaan yang melayakkan Selangor untuk beraksi di Liga Super tahun berikutnya.
Manakala Ong Kim Swee dirasakannya lebih elok kekal bersama skuad Olimpik memandangkan OKS sedang melakukan yang terbaik bersama skuad masa depan negara itu, selain pelbagai ASSIGNMEN besar yang menanti di depan, iaitu Kelayakan Olimpik dan Sukan Sea 2011 di Palembang.
Untuk rekod, Khalid merupakan bekas bintang pasukan negara, pernah mewakili Malaysia selama 9 tahun bermula 1976-1985 dan pernah digelar PAKAR ING SWINGER, tonggak tengah yang memacu skuad negara untuk layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, yang mana Malaysia kemudiannya menarik diri.
Saya sependapat dgn penulis..
ReplyDeleteFor me,malaysia mmg masih ketinggalan di blkg thailand sbnrnya,actually masa AFF pun Malaysia masih ketinggalan di blkg Thailand,if u can remember,Malaysia hampir tersingkir di peringkat kump ketika thai mendahului tuan rumah,indonesia 1-0 ketika berbaki 30minit permainan,kerana jika thai mng atau seri,thai n indon akan lyk ke separuh akhir. akan tetapi disbbkn indon beraksi sbagai tuan rumah,pengadilan berat sblh lebih memihak kpd indon dgn diberi 2penalti utk mng ke atas thai n thai trsingkir di peringkat kump masa tu..
Tapi media memperbesar2kan pencapaian itu dgn mengangkat skuad rajagopal adalah jaguh asia tenggara.. Selepas peristiwa tersebut,prestasi skuad raja trus merudum..
Berapa byk skuad negara dibolosi dlm math tahun nie?
Bilakah kali terakhir skuad negara tidak dibolosi dlm perlawanan antarabangsa?
Pengambilan coach luar mampu mengubah mentaliti pemain negara suapaya tiada anak emas dlm skuad harimau malaya lps nie..
*SHUKRI*
Dollah Salleh nk kemudi skuad negara...?? skuad tok gajah pun tertunggeng...buktikan dulu kemampuan diperingkat negeri...
ReplyDeleteto anon 10:09 :
ReplyDeleteSEMAK BALIK sejarah bolasepak Malaysia. jangan main hentam jer kalau tak tahu ape2, tahun tak kenapa Dollah dipancing Pahang? Sebab dia bawak Selangor muncul juara 3 piala pada 2005, tahu tak sebelum tu dia bawak MPPJ Selangor kelab pertama muncul juara Piala Malaysia? masa tu lah dia dilabel jurulatih dengan sentuhan magis, dah Pahang takde player bagus, sume muda2, mmglah tak boleh nak naik. Dollah dgn pahang jer tak menjadi, overall dia seorang yg bagus.
-silent reader-
To silent leader
ReplyDeletekalau coach bagus..dia dapat pemain anak ayam pun dia leh didik jd bagus..kalau jd coach nk terus dpt ayam bapak...utk buat lawan...ko bleh jd coach 'silent leader'.
org tk peduli dah prestasi dia waktu dulu..apa yg org lihat waktu sekarang...mcm gak rajagobal..org duk hentam dia kiri kanan..sb apa? sb prestasi skrg..org tk tgk dah hak jadi juara nasib piala AFF tu..
Len kali nak cakap..tk perlu bukak sejarah bola...bola dengan sejarah tanah air lain..ahahahaha..bola sepak org tengok yg terkini..apa org tu leh buat...
kita sebenarnya terhutang budi dgn dkr coz laos sea game & aff. wlpun di aff pkt awal kalah 5-1 dgn indon, kalah dgn thai, menang dan seri dgn vietnam di 1/2 final, menang dan kalah sekali lagi dgn indon at final. then menang dan kalah dgn taiwan, kalah dgn 3 half-cooked epl giants. lagi teruk kalah dan seri dgn singapore, kalah diperbudak oleh australia yang menurunkan barisan simpanan. so ape benda yang nk dibanggakan dgn dkr lagi ? dia pun dah dapat title dato' atas budi nya, tak terus kita nak gadai body kat dia lagi. strategy dan pemilihan pemain masa lost dgn singapore adalah satu kesilapan bodoh, diulang lagi bila jumpa australia. bukan dia sahaja yang ditelanjangkan, tapi seluruh negara malu. kalah adalah normal, tapi kena 5 gol dgn indon, 6 gol dgn s/pore, 5 gol dgn aussie dan epl giants adalah abnormal. menukar ketua jurulatih yang not perform adalah normal tetapi terus mengekalkan atas alasan terhutang budi dan malu alah adalah abnormal dan dungu. kena ikut juga cara kelab dan negara kuasa besar bola sepak menangani crisis.
ReplyDelete- abg mok
Betul kata FAM tu...
ReplyDeleteKita kena stay dengan Raja walau apapun... Bagi masa at least 3 tahun.
Masa depan M'sia memang cerah, cuma sekarang ni ada batu penghalang.
Jgnlah kalah beberapa kali je dah cepat melatah.
Lagipun, kita ni terlampau back up sangat players team kita shinggakan coach dipersalahkan. Tanyalah mana-mana coach negara lain, prestasi Raja. Kalau dia tak hebat, takkan orang panggil pegi bagi seminar.
Dalam kekalahan 5-0 Australia tu pemain patut dipersalahkan. Cuba fikir, ada ke coach AJAR SURUH CLEAR BALL 90MIN? Nampak sangat pemain yang kurang pengalaman dan semangat.
Tak relevan nak salahkan coach atas kekalahan sebab pemain yang main macam tu. OKS pun tak tahu pemain die akan defend je 90min lawan Jepun, dan media pun lebih salahkan pemain. Kenapa tidak begitu bagi national kita? Sedangkan ada lagi pemain bermain macam baru main di national kerana gementar.
Pandangan saya (PS) :
-Tengok Piala AFC team kita kena belasah. Kerana apa? Gementar, kurang yakin lawan team lain. Sedangkan sebenarnya kita lagi hebat. Sampaikan forfeit awal-awal. MEMALUKAN!
-Tengok Alex Mcleish. Dia bukan coach yang mementingkan strategi sangat, tapi berbekalkan kelebihan yang turut ada pada Raja, dia boleh menang Carling Cup dgan team kecil. Apa kelebihannya? Top-level man-management, kemampuan untuk meyakinkan pemain dan memberi semangat yang tinggi, hanya dalam 15min half-time.
Bila pemain yakin, baru strategi akan berjaya. JADI PEMAIN PATUT DIPERSALAHKAN.
Pandangan secara profesional dan neutral ye.
Malaysia perlu pemain pertahanan baru. Asrar off form, mahali, muslim & fadhli shas fokus utk olimpik, jangan kacau team senior.
ReplyDeletemungkin malaysia perlu cuba guna formasi 4-2-3-1 terutamanya untuk game tempat lawan. sebab dah lama Malaysia tak menang tempat lawan kan. 2 defensive midfielder sebab pertahanan senang sangat nak bolos.
tp apahl pun balik pd FAM gak..
ReplyDeletepmbangunn liga..skuad pelapis..kejurulathn..pengadiln..dh buat abis baik ke? tak de la nk tunggu mantap abis..tp langkah tu dh cukup jelas ke?..
Dlm Nadi Arena td, rajagopal anggap kekalahan 0-5 x pelik coz uzbekistan pun kena dibelasah 0-6 oleh aust S/F asia cup. masalahnya skuad aust yg belasah kita 5-o tu pemain2 simpanan dia je, tu pun 2nd half diaorang dh kurang berselera cari gol. kalau x mau 8-10 gol bolos.
ReplyDeleteMmg seronok bila tgk peminat dh bg sokongan kpd skuad nasional. mereka bangga memakai jc msia di mana2. jgn lak dek rentetan2 kekalahan demi kekalahan, penonton mula x nak ambik peduli dgn skuad msia. bukan x leh terima kekalahan, tp biarlah kalah dgn keadaan bermaruah & memberi tentangan sengit. habis game,kita dihidangkan dgn khutbah ulangan coach yg menuntut kita bersabar!
kalau tk tukar corak permainan dan tk tukar pemain yg tk contribute.....tk yah ckp nk lawan pasukan dr negara lain la.. lawan sekolah men chung hwa je akan menang...
ReplyDeleteNi bukan soal formasi permainan..tp ni soal tektikal..corak permainan...kemahiran pemain..basic football...bawa dtg coach dr langit sekali pun kalau benda2 tu tk improve..tk yah laaa