Tiket bagi menyaksikan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Perak di Stadium Shah Alam, 10 Oktober (Isnin) depan, akan mula dijual pada hari sama bermula jam 9 pagi, di kaunter tiket Stadium Shah Alam.
Menurut kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Selangor, tiket akan dijual pada harga RM15 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.
Untuk rekod, Selangor, bimbingan P.Maniam mara ke suku akhir selaku Naib Juara Kumpulan D, dan mengintai kejuaraan ke-33, manakala Perak, mara selepas mendominasi Kumpulan A, mencari kejuaraan ke-8 selepas kali terakhir merasai nikmat bergelar juara pada tahun 2000.
Aksi suku akhir lain : Felda Utd vs N.Sembilan, T-Team vs Sabah, Kelantan vs Terengganu
final perak vs terengganu
ReplyDeletenak tanya..k devan dah letak jatawan ke?
ReplyDeletedah..p maniam ganti
ReplyDeleterasa selangor boleh pegi kot
ReplyDelete