kredit foto : Bernama |
Gol sepakan akrobatik cantik penyerang veteran, Hairudin Omar menghadiahkan Negeri Sembilan kejuaraan Piala Malaysia kedua dalam tempoh 3 tahun, namun yang pastinya menjadi tumpuan, adalah kehebatan percaturan taktikal jurulatih terbaik Liga Malaysia 2007, Azraai Khor Abdullah serta HIGH PROFILE MISTAKE penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli pada perlawanan yang dimenangi Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.
Kredit pastinya milik Azraai, jurulatih yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-59 Rabu lalu, di atas ketenangan merencana strategi ampuh dalam memastikan kebangkitan dramatic pasukannya menterbalikkan keputusan perlawanan selepas ketinggalan kepada jaringan Ashaari Shamsuddin, sekaligus membuktikan bisa sentuhan magisnya sepertimana ketika membimbing Kedah menjulang Treble dua musim berturut-turut pada 2007 & 2008.
kredit foto : Bernama |
“alhamdulillah, syukur, kejayaan yang cukup manis, cukup istimewa buat saya, lebih-lebih lagi saya sememangnya mengharapkan hadiah harijadi ke-59, dah tua dah saya. pemain-pemain tidak berputus asa selepas ketinggalan, kredit kepada mereka. My boys shows true spirit. Kemenangan ini cukup bermakna, saya baru 3 bulan bersama N9, situasi masa saya ambil team ni semua pun tahu, cukup PARAH, dengan krisis kecederaan, prestasi merudum, macam-macam spekulasi, ada ketika kami di tangga ke-12 liga, really struggle tapi syukur kami akhiri 2011 dengan kejayaan..”.
“tentang gol, u boleh cakap it’s a mistake from goalkeeper, atau nasib, tapi kita yang mencipta peluang itu. mistake takkan berlaku kalau kita tak cipta peluang, dan peluang pula takkan hadir kalau sekadar harapkan nasib. sepanjang permainan kita tak henti cipta peluang, jadi dua gol itu adalah REWARD kepada peluang yang kita cipta, bukan mistake, bukan juga nasib..”. - Azraai Khor Abdullah.
kreedit foto : Bernama |
Azraai nyata bijak mencipta helah, tidak seperti lazimnya apabila Firdaus Azizul, Shahurain Abu Samah dan Hairudin Omar bertindak selaku trio pengempur di barisan depan, Azraai sebaliknya memilih meletakkan Hairudin sebagai penyerang tunggal, dibantu PEMAIN VERSATILE, Shukor Adan, manakala Shahurain berkembang di sayap kanan, S.Kunalan di sayap kiri – percaturan yang nyata memerangkap Terengganu, sekaligus menyaksikan Sang Penyu terkapai-kapai mencari rentak permainan, SITUASI YANG TURUT DIDORONG KEPINCANGAN PERMUKAAN PADANG YANG IBARAT PADANG SEKOLAH.
Apapun, detik yang mengubah skrip perlawanan, sebenarnya hadir angkara kesilapan penjaga gol ANAK EMAS K.Rajagobal, Sharbinee, yang gagal menduga dengan tepat bola hantaran Kunalan yang melantun di depan gol, dan teragak-agak (tidak tahu hendak buat apa dengan bola itu- sama ada nak tepis, tumbuk, peluk, dakap, kucup atau nak makan bola itu – kesilapan tidak sepatutnya oleh penjaga gol kebangsaan, anda telah memalukan K.Rajagobal), sekaligus menghadiahkan Sang Rusa gol penyamaan.
Bermula dari detik itu, semuanya serba tidak menjadi buat anak buah Irfan Bakti, dan lima minit berselang, hantaran Shukor disambut dengan sepakan akrobatik Hairudin – gol di tiga aksi final berturut-turut, seterusnya dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir – dan menghadiahkan Negeri Sembilan kejuaraan kedua.
kredit foto : Bernama |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAyat ni memang kemas, "... (tidak tahu hendak buat apa dengan bola itu- sama ada nak tepis, tumbuk, peluk, dakap, kucup atau nak makan bola itu – kesilapan tidak sepatutnya oleh penjaga gol kebangsaan, anda telah memalukan K.Rajagobal)...."
ReplyDeleteKawe rasa kalu pyokong Ganu baca post ni, lbh2 lg ayat atas tu, mmg mreka hentam SS ckup2. hahaha.. Apa2pun kwe suka..
Mmg tuah Hai-O. 2009 dgn NS; Menang. 2010 dgn Kelate; Menang. 2011 dgn NS balik, menang plok.
2009 Hai-O tanduk, tewaskan Halim. 2010, jg dgn tandukan, tewaskan Sani Anuar Kamsani. Cuma thn ni buat akrobatik, tewaskn Shhhhhhhaaaaaarrrrrrbbbinei...
2009, 2010, 2011; Hai-O jd penjaring kedua buat pasukan masing2.. (kalau kawe x silap)
2012? Bagaimana pula nasib Hai-O?
padam muka coach ganu,hahaha
ReplyDeletetu la.berlagak sgt irfan.aku tabik spring utk azrai.taktikal menjadi
ReplyDeletehai-o pergi ATM thn depan..
ReplyDeleteAiman...Saya tak dapat bayangkan perasaan kecewanya penyokong2 PETEH, Sebagaimana juga kecewanya penyokong2 TRW tatkala tewas di tangan Trengganu dalam final Piala FA,kedua2nya berlaku tatkala kita berada di ambang kemenangan
ReplyDeletepenYokong riak! Jurulatih takbur pemain tamak! Padam muko mung ganung! Wakakakakaka! Muka angkuh sarbini akhirnya bertukar pucat lesi! Wakakakaka
ReplyDeleteyg pasti terengganu berjaya menamatkan keegoaan penyokong kelantan lebih awl muahaha hahaha
ReplyDeletejanji ganu x ley piala malaysia tahun ni.hahaha
ReplyDeleteBagi aku,corak permainan Terengganu bukan macam biasa!Dan kita lihat ketika Trg menewaskan Kelantan dan Selangor,mereka bermain short pass dan hantaran 1,2mereka menjadi!!Tapi...permainan Trg masa final PM baru-baru ini memang tak macam biasa,banyak hilang bola,player-player utama tak menonjol (kecuali Ashaari dan Manaf),midfields memang tak hidup langsung,defends pun tak berfungsi seperti biasa dan kesilapan Sharbinee memang membuatkan moral players Trg down.Serius aku cakap,corak permainan Trg memang betul-betul pelik dan tak macam biasa...
ReplyDelete