Pautan Suara Sukan

Thursday, October 13, 2011

Aidil Kembali Perkuat Benteng N9, Azraai Yakin Felda Bakal Gigit Jari


Kegagalan mencari setidak-tidaknya bekalan satu gol di tempat lawan, tidak langsung menggusarkan pengendali Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, yang berkeyakinan tinggi barisan pemainnya akan menampilkan aksi persis sang juara, seterusnya memastikan Felda United yang memiliki kelebihan 1-0 hasil kemenangan di perlawanan pertama, pulang berputih mata.

Dengan memiliki FULL SQUAD yang bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan, Azraai menjangkakan aksi 90 minit berikutnya di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam esok, tidak ubah seperti final, dan menuntut aksi ALL-OUT dari anak buahnya.

“ya, saya cukup berkeyakinan tinggi, kita akan main tempat kita, satu kelebihan. Kalu u tengok first game pun kita yang control game, sekarang kita ada another 90 minit, kita akan tampilkan aksi all-out, ini dah macam final, confident level di kem kita cukup tinggi..felda juga pastinya mahu mempertahankan kelebihan, dan cuba mencari gol awal, jadi kita perlu fokus”.

“semua player kita available, Aidil pun akan kembali beraksi, baru ni dia tak main, so extra manpower berbanding perlawanan isnin lalu. Dengan kekuatan yg ada ni, saya yakin Negeri tidak akan bermasalah untuk ke separuh akhir..”. – Azraai Khor Abdullah.

Azraai dijangka mempertaruhkan gandingan tiga serangkai di barisan depan, diketuai Hairudin Omar, penjaring salah satu gol di final tahun lalu bersama Kelantan, dibantu Firdaus Azizul dan Shahurain Abu Samah, selain mengharapkan pertahanan diterajui Norhafiz Zamani Misbah dan penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias di gawang tidak bolos gol di tempat sendiri, yang akan memberikan Felda Utd kelebihan gol di tempat lawan.

5 comments:

  1. kelate dh nyawa2 ike dh ni..harap2 boleh bangkit kt KB.....pastu kena hati2, sbb kad kuning ramai yg kena ari tu....bahaya kalau layak ke separuh akhir...tegganu pun bahaya...pengadil johor ni anti pantai timur ko apa?

    ReplyDelete
  2. Saya rasa media seolah-olah mendewa-dewakan pasangan kembar, Aidil n Zakuan. Bg saya xde hebat pon mereka, sama juga media membesarkan2 cerita Hafiz Zamani ketika bertemu Australia seolah-olah Hafiz Zamani lah wira sebelum game, tp dalam game kena hancuss..

    ReplyDelete
  3. Zaquan dah sembuh ke..?
    Aidil dah lama x bermain, rentak dia mungkin kurang skit...
    Aidil watak penting Negeri Sembilan. Pertahanan Negeri Sembilan sukar ditembusi pada final PM tahun lepas sehinggalah Aidil dikeluarkan disebabkan injured....

    ReplyDelete
  4. sebenarnye aura 2 beradik ni lain sikit...wpun lama rest, tp bila dia ada, semua player lain akan main sungguh...semangat jadi lain...tu la antara aura yg akan terjadi bila game2 penting mcm ni...

    tu psl mana2 coach akan seboleh2 nye nk turunkan player2 star masing2 wpun lama direhatkan..

    sbb perlukan semangat n pengaruh diorg di ats padang...

    pemain muda & kurang pengalaman biasanye akan gugup & gopoh ats padang bila game2 penting mcm ni...tapi tak semua la..heheh

    #just pendapat kawe yg baru belajar tgk bola...hehhe

    ReplyDelete
  5. Adenya Aidil msti menguatkan def N9. Bila def kukuh, attk pun byk. Tapi jgnla azraai mainkan die sebab terdesak sangat, takut nanti mcm masa Msia lwan SG brapa minit nak main dah tukar. Biar dia betul-btul fit dulu.

    Sesekali nak jugak tgok kelab main final.

    ReplyDelete